Tuesday 24 November 2015

Sahabat Fillah : Diari Sara : Part 2


Di rumah Sara.

" Assalamualaikum ! Assalamualaikum ! " Farah memberi salam sekuat hati sambil mengegarkan pagar rumah Sara. Ish budak ni dah tak nampak langsung keperempuanannya. 

" Farah, agaklah nak roboh pagar ni kau buat " Anisah menegur sambil membetulkan kedudukan Farah apabila menyedari sekujur tubuh membuka pintu rumah. 

Fuh, nasib baik Sara yang bukak kalau mak dia yang bukak habis dah kena bebel budak dua orang ni.

" Waalaikumussalam " Sara menjawab salam sambil membuka pintu pagar. Matanya sembab dan hidungnya kemerahan namun wajahnya tidak pernah lari dengan senyuman. 

" kenapa Anis dengan Farah datang rumah ni ? kalau nak ajak main kat taman Sara tak dapat join. Sara sibuk sikit hari ni " 

" Sara sibuk ? Tapi cikgu tak bagi homework pun, lagi pun hari ni kan Sara tak datang sekolah ? " ujar Anisah sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Sebenarnya Anisah berpura-pura berlakon tidak tahu menahu mengenai berita kemalangan ayah Sara. Bimbang Sara makin pilu hati. Niatnya dan Farah datang 
ke sini untuk menggembirakan hati Sara.

Farah membalas sambil matanya tajam memandang wajah Sara. " Aku tengok gaya kau ni macam baru lepas nangis. tak  nak share dengan kitaorang ? "

Sara terkaku. Alamak kantoi ! " err..tak ada apa lah, Sara Okay je". Sara berkata sambil menghadiahkan senyuman yang manis. 

" kenapa ? kucing kau mati lagi ke ? " suara Farah tegas tak seceria selalu. Sara dapat mengagak kehangatan yang sedang berlaku.

" Tak lah. " Sara menjawab sambil kepalanya ditundukkan. Ya, dia sudah dapat mengagak Farah dan Anisah dah tahu perkara sebenar.

" kenapa kau tunduk ? " Farah senyum sinis. Ya, dia sedar Anisah sudah menjelingnya dengan jelingan yang tajam. Ah ! dia tak peduli. Yang dia tahu dia nak lepaskan kemarahannya pada Sara yang di tahan sejak di sekolah lagi. 

Lantaklah rancangan nak happykan si Sara ni gagal sekalipun asalkan aku puas dan aku nak tahu kenapa dia buat aku dengan Anisah macam ni. bentak hati kecil Farah.

Farah mendengus kasar sambil memalingkan mukanya membelakangi Sara. " Sara, dalam berukhwah ni tak ada istilah walk alone dalam menghadapi masalah. Kau buat aku rasa aku ni tak layak nak kawan dengan kau sebab tak boleh nak solve masalah kau. Kalau kau betul-betul sayangkan ukhwah kita dan kau percayakan keikhlasan kami kau takkan sorokkan kedukaan kau."

Anisah yang memerhati berasa gerun dan terus terbatal nawaitul nak marah si Farah ni. Yelah, selama 6 tahun bersahabat dengan Farah tak pernah-pernah Farah marah sampai macam ni.

" Farah, Sara percayakan keikhlasan ukhwah kita. Bukan bermakna Sara tak share Sara tak percaya. Not all of the problems we have to share " Suara Sara mendatar bila-bila masa sahaja air matanya akan jatuh. Farah, awak takkan faham. bisik hati kecil Sara.

" atau you did't trust me and Anisah can help you ? you're not confident we can help you that's why kau tak nak share. sebab kau tak yakin dengan ukhwah kita kan ? "

" Farah, bukan macam tu " Ya Allah, kau berilah aku secebis kekuatan, aku tak kuat Ya Allah. 

" Farah, dah lah tu. Kita datang sini nak tenangkan hati Sara bukan buat dia makin sedih. ingat balik niat kita yang asal. Jangan layan sangat perasaan kau tu " Tegur Anisah tegas, dia sudah tidak boleh mendiamkan diri kalau dibiarkan boleh tercetus perang setaman ni.

" Anisah, kau lupa apa yang dia cakap semalam ? dia kata dia nangis sebab kucing dia mati  but this morning ustazah cakap semalam petang ayah dia accident. Dia tipu kita Sa, kau faham tak perasaan aku bila diperbodohkan dengan kawan sendiri ?! berjanji bukan main nak rak kalau ada masalah sama-sama settle kalau salah sorang rebah sama-sama bangun. Janji palsu wei ! palsu ! " Farah masih statik dalam keadaan membelakangi Sara. 

Dia masih panas saran dengan sikap Sara yang suka berahsia, acah-acah yang diri kuat. Dia masih tak faham kenapa susah sangat Sara nak cerita masalah ?.

" Dan, kau Sara ! aku tak faham apa definisi ukhwah bagi kau". Farah meletakkan hadiah hari lahir yang diberikan Sara padanya 3 minggu yang lepas pada tanah. 

Ya, Farah masih simpan. Tapi, baginya apa gunanya simpan pemberian dari sahabat yang tak percaya pada kebolehan sahabatnya dalam memberi kekuatan ?

Farah terus berlalu pergi meninggalkan Anisah dan Sara.

Sara tidak dapat menahan lagi tumbir air matanya daripada terus mengalir. Ya Allah, aku tak kuat. Anisah lantas memeluk Sara seerat-eratnya. Dia tidak mahu melihat sahabatnya bertambah sedih.

Apabila keadaan sudah mulai reda. Anisah menyusun kata-katanya dengan teliti. takut-takut Sara terasa hati dengan kata-katanya nanti. 

" Sar..ra, bole..eh Aa..anis taa..hu ken..napa Sar..ra tip..pu kaa.ami ? " teragak-agak Anisah mengajukan soalan. sehinggakan dapat di kesan getaran pada suaranya. 

" Hahaha, ni Anis yang nangis atau Sara ? menggeletar je suara " Sara ketawa. Ya, Anisah tahu ketawa itu juga ketawa olok-olokan. Haih, pandainya Sara berlakun kuat. bisik hati kecil Anisah.

Sara tarik nafas. Ya Allah kau hadiahkan aku secebis kekuatan. " Complicated " Sara menjawab sepatah.

Anisah mengerutkan dahinya sambil membesarkan bebola matanya yang bulat. Sara yang memerhatikan raut wajah Anisah dah persis kucing merayu nak makanan. Hahaha.

" Hahaha, okay-okay. yang ni serious " Sara membetulkan kedudukannya.

" Selama 10 tahun Sara hidup. Sara tak pernah ada sahabat Fillah kecuali Farah dengan Anisah. Sara anak tunggal Sara satu-satunya cucu dalam keluarga belah ayah dan mama sebab ayah dan mama pun anak tunggal. Masa Sara umur 4 tahun Sara masuk Taska sorang kawan pun Sara tak ada. Pergi mana-mana sorang-sorang sampai teacher tegur suruh cari kawan. Sara tak pernah rasa apa makna kongsi cerita, bangkit bersama, gurau senda. tak pernah langsung. Sampailah suatu hari tu Allah temukan Sara dengan dua orang bidadari comel yang mencuit hati Sara untuk kenal dan dalami ukhwah ni bagaimana. Dan, macam-macam yang Sara rasa. Adamasanya gembira tahap kera dapat bunga, ada masanya duka macam kena tusuk pedang 100 kali, ada masanya mencuit hati sampai ketawa tak ingat dunia dan ada masanya rasa nak menyendiri semula sambil bawak hati yang terluka kerana kecewa ni join sama. " 

Anisah terasa seperti ada batu yang menghempap dirinya ketika ini. Yalah, Anisah tak pernah rasa hidup sendiri lagipun dia ada 3 orang adik beradik dan dia anak yang pertama dan boleh dikatakan dialah yang paling manja dalam keluarganya. 
Tak dapat digambarkan oleh akal cerdasnya bagaimana peritnya hidup sendirian. Anisah faham memang agak sukar untuk Sara berkongsi cerita sebab yelah en dah biasa alone memanjang. suka, duka, problems, berita gembira semua Sara rasa sorang-sorang. lepas tu tetiba nak ubah gaya kepada perkongsian rasa pulak. berat nanag tuh.


" Sara rasa macam-macam. Sara tipu bukan sebab Sara tak percayakan keikhlasan kita berukhwah. tapi Sara takut, kalau suatu hari nanti Sara dah tak jumpa bidadari-bidadari comel yang always ada belakang Sara time Sara rebah. Sara takut manisan ukhwah kita hanya seketika. Sara takut salah seorang daripada kita akan pergi tinggalkan Sara. Sara tak nak. Sara tak kuat. " Sara menangis teresak-esak.

kini, fahamlah Anisah mengapa Sara bertindak sedemikian. Anisah berdiri di hadapan Sara lalu mencangkung. " Sara, in Shaa Allah Chenta kita kekal hingga JannahNya " ujar Anisah sambil membetulkan tudung Sara yang senget sedikit kemudian Anisah menggunakan kedua-dua ibu jarinya untuk menyapu air mata yang mengalir pada pipi Sara. 

" eii Bidadari Kuat Anis mana boleh nangis-nangis " Anisah mencubit pipi Sara dengan manja. 


* Hari itu,  terpecahlah tembok kerisauan yang terbelenggu di dalam hati ku. Ya, kini ku tahu, ukhwah itu maknanya saling melengkapi bukan menyendirikan diri. Maafkan Sara Farah. *


( bersambung )

*keesokkan harinya di sekolah*
--

tika ujian datang menyapa
kau pinjamkan telinga sebagai tempat untuk aku meluah rasa.
tika ku kecewa kerna manusia
kau sedarkan aku, Ujian itu hadiah daripadaNya.

kau penghibur dukaku,
Ya Rabb, terima kasih kerana kau cipta pertemuan antara aku dengannya.
Ya Rabb, kekalkan ukhwah ini hingga ke JannahMu nanti.
Ya Rabb, kau peliharalah dia walau dimana pun dia berada.

sungguh aku sayang mereka lillah. 

Salam sayang, Asyh.













Monday 23 November 2015

Ukhwah Fillah : Diari Sara


Bismillah.

Assalamualaikum.

cerpen singkat yang ditulis ini mengenai pengalaman penulis, dan  mungkin juga cerita ini merupakan secebis episod daripada sebahagian memori si penulis.

cerpen mengenai sahabat.

pasti dalam jangka hayat kita, kita akan ada sahabat walaupun seorang. tak kisah yang masih hidup atau sebaliknya, yang masih stay di sisi or berlari pergi meninggalkan diri kita sendiri.

pernah ditinggalkan sahabat ?
pernah dikecewakan sahabat ?

kalau pernah anda dan juga penulis mempunyai chemistry yang kuat. Tapi, kisah yang akan dikupaskan oleh penulis lebih menekankan peritnya kehilangan sahabat. so, kalau para pembaca sekalian tak berminat dengan keperitan, kesakitan, kesayuan pada penutup cerita para pembaca diizinkan menekan button close. Sebab cerpin ni pada pengakhirannya jugak merupakan penamat yang perit.



--



22 september 2008

di sudut hujung kantin sekolah kelihatan seorang budak perempuan duduk bersendirian tanpa ditemani teman. Mata dan hujung hidungnya yang kemerahan serta keadaan tudungnya yang kehadapan menampakkan lagi riak kesedihan pada wajahnya. Dia membukam bibir, tangannya yang berada di peha digenggam. Tanpa ditahan lagi satu persatu air jernih jatuh daripada matanya yang bulat itu. sekali lihat, ya comel juga persis baby yang menangis nakkan susu ibunya.


disebalik sandiwara itu kelihatan seorang budak perempuan yang bersembunyi di sebalik tiang kantin. persis agen rahsia gituh. budak perempuan itu berkulit putih kemerah-merahan pakaianya pula kemas, mata sepetnya yang berwarna coklat menampakkan lagi kegojesan si agen rahsia cilik.

Kring Kring Kring 

loceng sekolah berbunyi menujukkan bahawa habislah sudah sesi rehat untuk pelajar aras 1.

di kelas.

" Anisah, aku tengok kau asik tengok budak baru tu je. Asal ? "

Anisah diam.

" Wei anak Pak Harrun aku tanya ni " Farah yang dikenali dengan sikap tegasnya menekan kan sedikit suaranya. kira hint untuk Anisah lah yang dia tengah marah.

Anisah yang dah masak sangat dengan sikap Farah hanya menggeleng " aku rasa kesian kat dia "

" kenapa ? kau kenal dia ke ? "

" Tak kenal, cuma aku tengok sejak dia pindah sekolah ni dia asyik jalan sorang-sorang, makan sorang-sorang, pergi toilet pun sorang-sorang. lagi satu, tadi masa rehat aku nampak dia nangis. kesian dia kan ? "

" jom ah, pe tunggu lagi ? " Farah terus bangun sambil tarik lengan Anisah.

" nak pergi mana ni ? " Anisah yang masih terkejut dengan tindakan drastik si Farah masih mengeraskan badannya. Eh Farah ni, aku tengah cerita dia boleh pulak ajak aku jalan-jalan bentak Anisah dalam hati.

" Tadi kau kata dia nangis kan ?  haaa jomlah solvekan problem dia. sembang teh tarik je tapi usaha tak ada tak guna jugak. benda still sama kau cerita panjang lebar pun bukan dia terus gelak. apelah. dah, jom ! " Farah terus mengorak langkah menuju ke arah si pulan yang dimaksudkan.

Anisah masih terkaku. Farah ke yang cakap tadi tu ? Anisah terus mengorak langkah.

Farah mengambil dua kerusi dan diletakkan di bahagian depan dan sisi kanan meja. "Haii" sambil menghadiahkan senyuman manis Farah menghenyakkan punggungnya pada kerusi di hadapan meja.


" Eh, jangan lah takut. hehehe, nama saya Nur Farah Insyirah bt Khalid. yang ni kawan saya Sharifah Nur Anisah bt Syed Harrun. nama awak ? " Farah menghulurkan tangannya.

" Qaisara Amani bt Ahmad Amran "  Huluran tangan di sambut.

" Ouh, panggil ? "

" Sara "

Dan, pada haritu bermulah kisah 3 orang Sahabat.

--

29 May 2009

" Anisah ! Sara ! cepatlah nanti kita lambat " laung farah sambil melambai tangan.

Anisah yang baru sahaja mengenakan tudung merah jambunya dengan baju merahnya mendengus . Huh, tudung ni buat hal pulak orang nak cepatlah dia nak senget-senget.

Sara memerhatikan gelagat Anisah yang cemberut dengan muka masam kerana tudung bawal kesayangannya menggelembung macam ikan kembung. Siapa tak stress en orang nak cepat tudung cari gaduh pulak. haih.. kesian Anisah.

Sara menarik muka Anisah menghadapnya dengan perlahan.  " Meh, sara betulkan tudung Anis ya ? " 

Farah yang memerhatikan gelagat mereka dari jauh tersentak. Asal hati aku ni ? takkanlah aku cemburu dengan ukhwah diaorang kot ? ish, Astagfirullah.. apa aku merepek ni ? diaorangkan kawan aku jugak.

" Haaa, kan dah okay " Sara tersenyum puas. Manisnya senyuman Sara ni, macam Mama pulak yang betulkan tudung aku ni bisik hati kecil Anisah. " Jom Anis, nanti Farah sakit pulak tunggu kat tengah-tengah panas "

dalam bas 

" Ish, korang ni lambat sangat lah. aku sempat cari satu tempat je. Macam mana ni ? takkan nak kongsi ? macam tak muat je "

" takpa lah Farah, Sara duduk kat depan dengan cikgu "

" Eh, Sara tak apa. Biar Anisah yang duduk depan lagipun Sara lambat sebab Anisah jugak tadi "

" Wei Nisah, biarlah Sara nak duduk depan kau ni, kalau semua orang nak ke depan siapa nak duduk dengan aku ?! " marah Farah. mulutnya dimuncungakan. nak tunjuk protes ah tu.

Sara dan Anisah tersentak.

" Haah, betul tu Anis, awak teman lah Farah. tak pe, nanti dah sampai cameron kita jalan sama-sama jugak kan ? kita still satu bas yang sama " luah Sara walaupun pahit Sara masih tersenyum.

--

Di Cameron.

" Anis okay tak ni ? macam tak sihat je Sara tengok "

" Okay, just rasa nak muntah "

" Sara kalau kau nak tahu si Anis kau ni ada mabuk darat " Farah menghulurkan air mineral kepada Anisah . Sambil mengunyah roti Farah berkata " Kalau kau nak protect si Anisah ni kau kenalah tahu apa yang dia tak suka, apa yang dia suka. Ha, barulah kau layak nak kawan dengan dia macam aku ni haa. " Farah buat muka selamba. Siapa tak kenal Farah si lezer yang cakapnya street to the point. Ya, pada umumnya semua tahu Farah ni jenis yang ganas dengan sahabat karib dia sejak 5 tahun ( Anisah ) pun dia cakap main lepas inikan pula dengan Sara yang tak sampai setahun pun menjalinkan persahabatan dengannya.

" Err, Sara.. awak jangan salah faham. Farah tak maksud kan pun benda tu. " Anisah seakan dapat membaca wajah Sara yang berubah kepada mendung. " kan Farah ? " Anisah menyiku lengan Farah. 

Farah tersentak. alamak, terlepas cakaplah pulak. eii teruknya aku ni Ya Allah.

" Sara, aku.. "

" tak apa, Sara okay " sambil mengambil bungkusan makanan yang terdapat dalam plastik merah yang disediakan cikgu. " ada betulnya jugak apa yang Farah cakap. apalah makna ukhwah kalau apa yang kawan suka dengan tak suka pun kita tak tahu en ? "

" Sara, kau marah aku ke ? aku mintak maaf. aku memang jenis ganas macam ni. maafkan aku weh. "

" Hahaha, saya tak sampai hati nak marah awak Farah. Takkanlah saya nak marah Sahabat Fillah saya pulak en ? "


--

15 march 2010

Pada pagi itu kelas 5 As-Siddiq riuh rendah almaklomlah hari ni Lori Milo nak mai melawat sekolah. Ada yang bawak botol air 100ml ada yang bawak cawan lebih, tak cukup power lagi ada yang bawak botol minyak 500ml. adoii adik-adik habis milo pak cik tu nanti.

" Weii kome ! duduk tempat masing-masing. ustazah dah on the way ni " Faruq yang terkenal dengan sikap memerhatinya tu memang cekap betul. that's why our class call he Faruq Kspay. 

" Bangun ! assalamualaikum ustazah " hari ini Soleha yang mengetuai ucapan salam sebab ketua kelas demam.

" Waalaikumussalam. duduk " sambil membuka buku teks " Soleha, senaraikan kawan-kawan kamu yang tak hadir dekat papan putih ya ? "

" Baik ustazah " Soleha berpaling dan mengira kehadiran. " Ustazah, saya dah tulis "

" terima kasih, kamu boleh duduk "

sebelum memulakan proses pembelajaran ustazah Asiah akan melihat senarai nama yang tidak hadir. itulah rutin harian ustazah ataupun gelaran manja yang diberikan oleh murid kelas 5 as-siddiq ialah Umi Cute. Ustazah Asiah menepuk dahinya perlahan.

" Ya Allah, ustazah terlupa nak bagi tahu kamu semua. Semalam petang ayah Sara accident "

Farah dan Anisah berpandangan antara satu sama lain.

--

di rumah Sara.

( Bersambung )


Siapa yang tak nak raih tangan Sahabatnya di jannah nanti kan ? semua nak. semua teringin. tapi, tak semua berkesempatan.


* episod seterusnya lebih kepada kepahitan *


Saturday 21 November 2015

Part 2 : Hanya PadaMu

Bismillahir Rahmanir Rahim.


saya teringat kenalan saya yang mengajukan soalan kepada saya mengenai apakah definisi Chenta ni ?

' Asyh, Chenta ni apa eh ? '

then i answer 

' Chenta ni something yang tak boleh diukur dengan kaedah fizik '

dan

Cinta itu juga kadang-kadang menyakitkan.
Cinta itu juga adamasanya mampu membuatkan manusia yang biasa berubah kepada luar biasa. 
Cinta juga mampu mengubah hati manusia.

--

Cinta, cinta dan cinta.

fahamkah anda definisi sebenar Cinta ini ?
tahukah anda pada siapa cinta ini harus di sandarkan ?

semua manusia yang normal akan mempunyai ukiran chenta di dalam hati. Tapi, ramai orang yang normal (tahu pasal cinta) tak tahu kat mana nak cari manisan Chenta, pada siapa nak kongsikan manisan chenta dan waktu bila nak muntahkan keseluruhan nikmat chenta yang di kurniakan oleh-Nya.

mungkin ada segelintir masyarakat yang dah tahu kat mana nak cari Chenta. pada siapa nak dicurahkan air chenta. Tapi, belum tentu separuh daripada segelintir manusia yang dah lulus ujian Wheres Chenta ni berada dalam zon chenta yang betul.

Ya, mereka atau anda tahu kat mana nak cari Chenta, tapi adakah tempat yang anda temui Chenta anda itu akan terus kekal ? statik ? tak runtuh bila di tiup angin ?.

Ya, anda tahu siapa gerangan yang anda nak curahkan azimat chenta anda. Tapi, belum tentu ' siapa ' or ' mereka ' akan terus setia dengan Chenta anda.

masih ingat nasyid ni ? 

Cintakan bunga akan layu.
Cintakan manusia akan mati
Cintakan Allah, kekal abadi.
itulah cinta yang hakiki. 

Ramai yang lebih berselera nak hulurkan manisan chenta yang banyaknya tiada had (infiniti) pada manusia tapi huluran manisan chenta untuk Allah hanya ala kadar sahaja.

Buktinya ?

* jawab soalan di bawah *


Berapa kali dalam sehari kita berzikir kepadaNya ? SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akhbar. 30 kali ? 1000 kali ? atau anda baru mula berzikir setelah membaca apa yang saya tulis ?

Selepas solat adakah anda terus berzikir ataupun angkat kaki p tengok HP ?

Pernah tak kita miss Qiamullail ? or tak pernah buat langsung untuk tahun ni ? dan tahun-tahun sebelumnya ?

Time solat anda rasa diri makin dekat dengan Dia or sebaliknya ? or tak rasa apa-apa ?

After solat anda terus ambil al-Quran then baca or sambung main HP ?

muhasabah diri kita. 

sekirannya masih ada yang terkurang, cuba sehabis baik untuk tutup kekurangan itu. andai ibadah kita masih cacat pada pandangan Dia, cuba sedaya upaya kita untuk sempurnakan ibadah kita pada pandangan Dia.

tidak kira payah mana, suasah mana, and sakit mana pun, teruskan. Teruskan berlari mengejar redhaNya, teruskan berharap agar kita sentiasa di RahmatiNya. Teruskan.

' Jangan putus asa daripada rahmat Allah '
(surah az-Zumar ayat 53)

* hulur tangan *

jom ? kita raih chenta-Nya sama-sama. =)

' Sure *senyum* but, how ? '


baiklah, bagi memecahkan tembok pertanyaan yang berlegar-legar dalam minda anda saya akan membantu anda untuk mencari ChentaNya yakni Manisan Chenta yang manisnya tiada tahap.

dari ibnu Qayyim

First.

Baca dan faham ayat al-Quran yang kita baca.

' Tapi, saya tak belajar arab '

gunakan tafsir =)

kedua.

upgrade ibadah sunat disamping ibadah wajib kita still sempurna tahapnya.

' ha ? tak faham '

macam banyakkan puasa sunat isnin khamis, bangun tahajud, solat sunat dhuha =)

ketiga.

Sentiasa ingat Dia. tak kira time happy or sadness tak kiralah time dengan family or member. Always remember he. Banyakkan menuturkan zikrullah =)

keempat.

gunakan hard level  punya had time  nak fight dengan nafsu semata-mata nak dahulukan Chrenta-Nya daripada segala-galanya.

' Asyh, saya tak mampu. Hm '

aip, kita usaha sama-sama ya ? =)

kelima.

fahamkan makna disebalik namaNya. dengan cara ni kita akan lebih chenta pada Nya dan Dia juga akan kasih kepada kita.

keenam.

imbas balik segala nikmat yang Allah bagi dekat kita. such as example Oxygen. Then, ucapkan alhamdulillah. Allah suka hambaNya yang bersyukur =)

ketujuh.

Pandu hati kita kalau boleh keseluruhannya untuk Dia time kita tengah beribadat padaNya. 

' contohnya Asyh ? '

Solat khusyuk =)

kelapan.

rajinkan diri kita untuk bangun tahajud and solat taubat. 

kesembilan.

bergaul dengan orang yang baik-baik. Orang yang always remember He.

kesepuluh.

jauhkan diri kita daripada terjebak dengan perkara-perkara yang Allah tak suka. macam tinggal sembahyang, puasa, mengumpat.

sekarang anda dah tahu How to find Allah loves.

* tarik tangan * (akhwat)

Jom ? sama-sama cari Chenta yang infiniti buat Dia . =)



Salam Sayang, Asyh.