Saturday 1 August 2015

Part 1 : Hanya PadaMu

 Cinta pada manusia yang tidak pasti dia adalah jodoh anda dan anda letakkan nama si dia sebagai pembuka cerita bagi hari-hari anda, anda bukan menempah tiket bahagia, tapi anda menempah penutup cerita tanpa kemanisan di dalam cerita tersebut.

kenapa ?

Saya yakin, 20% akal anda melontarkan soalan ini.

kenapa ? kerana, bila anda bangun pagi hanya untuk menunggu wish "MORNING" dan "SELAMAT PAGI" dari dia anda hanya membuang masa anda. Saya agak hairan, mengapa bila si dia call anda pukul 5 pagi anda sanggup korbankan tidur yang berbaki? tapi, apabila laungan azan subuh yakni Panggilan bayuan rindu dari Dia anda tolak mentah-mentah dengan melanjutkan masa tidur anda.

Permulaan hari anda yang paling indah ialah anda masih bernafas di dunia pada pukul 5 : 45 a.m

kenapa indah pula ?

kerana, anda masih mempunyai peluang untuk bersembang dengan pencipta Dunia ini. 

Cuba anda bayangkan nilai keindahan yang mana lebih manis ?

bersembang dengan Ilahi semasa solat subuh ataupun menunggu si dia memberikan hadiah " Wish Morning " ?

Fikir-fikirkan.

sekarang, saya pula yang akan mengajukan soalan kepada anda.

MENGAPA ?

Adakah rasa cinta anda pada Dia hanya mainan bicara ?
Adakah perasaan rindu anda pada Dia yang Maha Esa telang terhapus ?
Adakah rasa kasih anda pada Dia telah diracuni dengan nama Manusia ataupun isi Dunia ?

Ingatlah, cinta yang hakiki itu adalah cintaNya, bukan manusia.

Jangan jadikan Dunia sebagai Taman bunga yang menggantikan Taman Bunga kita di SyurgaNya.