Monday 23 November 2015

Ukhwah Fillah : Diari Sara


Bismillah.

Assalamualaikum.

cerpen singkat yang ditulis ini mengenai pengalaman penulis, dan  mungkin juga cerita ini merupakan secebis episod daripada sebahagian memori si penulis.

cerpen mengenai sahabat.

pasti dalam jangka hayat kita, kita akan ada sahabat walaupun seorang. tak kisah yang masih hidup atau sebaliknya, yang masih stay di sisi or berlari pergi meninggalkan diri kita sendiri.

pernah ditinggalkan sahabat ?
pernah dikecewakan sahabat ?

kalau pernah anda dan juga penulis mempunyai chemistry yang kuat. Tapi, kisah yang akan dikupaskan oleh penulis lebih menekankan peritnya kehilangan sahabat. so, kalau para pembaca sekalian tak berminat dengan keperitan, kesakitan, kesayuan pada penutup cerita para pembaca diizinkan menekan button close. Sebab cerpin ni pada pengakhirannya jugak merupakan penamat yang perit.



--



22 september 2008

di sudut hujung kantin sekolah kelihatan seorang budak perempuan duduk bersendirian tanpa ditemani teman. Mata dan hujung hidungnya yang kemerahan serta keadaan tudungnya yang kehadapan menampakkan lagi riak kesedihan pada wajahnya. Dia membukam bibir, tangannya yang berada di peha digenggam. Tanpa ditahan lagi satu persatu air jernih jatuh daripada matanya yang bulat itu. sekali lihat, ya comel juga persis baby yang menangis nakkan susu ibunya.


disebalik sandiwara itu kelihatan seorang budak perempuan yang bersembunyi di sebalik tiang kantin. persis agen rahsia gituh. budak perempuan itu berkulit putih kemerah-merahan pakaianya pula kemas, mata sepetnya yang berwarna coklat menampakkan lagi kegojesan si agen rahsia cilik.

Kring Kring Kring 

loceng sekolah berbunyi menujukkan bahawa habislah sudah sesi rehat untuk pelajar aras 1.

di kelas.

" Anisah, aku tengok kau asik tengok budak baru tu je. Asal ? "

Anisah diam.

" Wei anak Pak Harrun aku tanya ni " Farah yang dikenali dengan sikap tegasnya menekan kan sedikit suaranya. kira hint untuk Anisah lah yang dia tengah marah.

Anisah yang dah masak sangat dengan sikap Farah hanya menggeleng " aku rasa kesian kat dia "

" kenapa ? kau kenal dia ke ? "

" Tak kenal, cuma aku tengok sejak dia pindah sekolah ni dia asyik jalan sorang-sorang, makan sorang-sorang, pergi toilet pun sorang-sorang. lagi satu, tadi masa rehat aku nampak dia nangis. kesian dia kan ? "

" jom ah, pe tunggu lagi ? " Farah terus bangun sambil tarik lengan Anisah.

" nak pergi mana ni ? " Anisah yang masih terkejut dengan tindakan drastik si Farah masih mengeraskan badannya. Eh Farah ni, aku tengah cerita dia boleh pulak ajak aku jalan-jalan bentak Anisah dalam hati.

" Tadi kau kata dia nangis kan ?  haaa jomlah solvekan problem dia. sembang teh tarik je tapi usaha tak ada tak guna jugak. benda still sama kau cerita panjang lebar pun bukan dia terus gelak. apelah. dah, jom ! " Farah terus mengorak langkah menuju ke arah si pulan yang dimaksudkan.

Anisah masih terkaku. Farah ke yang cakap tadi tu ? Anisah terus mengorak langkah.

Farah mengambil dua kerusi dan diletakkan di bahagian depan dan sisi kanan meja. "Haii" sambil menghadiahkan senyuman manis Farah menghenyakkan punggungnya pada kerusi di hadapan meja.


" Eh, jangan lah takut. hehehe, nama saya Nur Farah Insyirah bt Khalid. yang ni kawan saya Sharifah Nur Anisah bt Syed Harrun. nama awak ? " Farah menghulurkan tangannya.

" Qaisara Amani bt Ahmad Amran "  Huluran tangan di sambut.

" Ouh, panggil ? "

" Sara "

Dan, pada haritu bermulah kisah 3 orang Sahabat.

--

29 May 2009

" Anisah ! Sara ! cepatlah nanti kita lambat " laung farah sambil melambai tangan.

Anisah yang baru sahaja mengenakan tudung merah jambunya dengan baju merahnya mendengus . Huh, tudung ni buat hal pulak orang nak cepatlah dia nak senget-senget.

Sara memerhatikan gelagat Anisah yang cemberut dengan muka masam kerana tudung bawal kesayangannya menggelembung macam ikan kembung. Siapa tak stress en orang nak cepat tudung cari gaduh pulak. haih.. kesian Anisah.

Sara menarik muka Anisah menghadapnya dengan perlahan.  " Meh, sara betulkan tudung Anis ya ? " 

Farah yang memerhatikan gelagat mereka dari jauh tersentak. Asal hati aku ni ? takkanlah aku cemburu dengan ukhwah diaorang kot ? ish, Astagfirullah.. apa aku merepek ni ? diaorangkan kawan aku jugak.

" Haaa, kan dah okay " Sara tersenyum puas. Manisnya senyuman Sara ni, macam Mama pulak yang betulkan tudung aku ni bisik hati kecil Anisah. " Jom Anis, nanti Farah sakit pulak tunggu kat tengah-tengah panas "

dalam bas 

" Ish, korang ni lambat sangat lah. aku sempat cari satu tempat je. Macam mana ni ? takkan nak kongsi ? macam tak muat je "

" takpa lah Farah, Sara duduk kat depan dengan cikgu "

" Eh, Sara tak apa. Biar Anisah yang duduk depan lagipun Sara lambat sebab Anisah jugak tadi "

" Wei Nisah, biarlah Sara nak duduk depan kau ni, kalau semua orang nak ke depan siapa nak duduk dengan aku ?! " marah Farah. mulutnya dimuncungakan. nak tunjuk protes ah tu.

Sara dan Anisah tersentak.

" Haah, betul tu Anis, awak teman lah Farah. tak pe, nanti dah sampai cameron kita jalan sama-sama jugak kan ? kita still satu bas yang sama " luah Sara walaupun pahit Sara masih tersenyum.

--

Di Cameron.

" Anis okay tak ni ? macam tak sihat je Sara tengok "

" Okay, just rasa nak muntah "

" Sara kalau kau nak tahu si Anis kau ni ada mabuk darat " Farah menghulurkan air mineral kepada Anisah . Sambil mengunyah roti Farah berkata " Kalau kau nak protect si Anisah ni kau kenalah tahu apa yang dia tak suka, apa yang dia suka. Ha, barulah kau layak nak kawan dengan dia macam aku ni haa. " Farah buat muka selamba. Siapa tak kenal Farah si lezer yang cakapnya street to the point. Ya, pada umumnya semua tahu Farah ni jenis yang ganas dengan sahabat karib dia sejak 5 tahun ( Anisah ) pun dia cakap main lepas inikan pula dengan Sara yang tak sampai setahun pun menjalinkan persahabatan dengannya.

" Err, Sara.. awak jangan salah faham. Farah tak maksud kan pun benda tu. " Anisah seakan dapat membaca wajah Sara yang berubah kepada mendung. " kan Farah ? " Anisah menyiku lengan Farah. 

Farah tersentak. alamak, terlepas cakaplah pulak. eii teruknya aku ni Ya Allah.

" Sara, aku.. "

" tak apa, Sara okay " sambil mengambil bungkusan makanan yang terdapat dalam plastik merah yang disediakan cikgu. " ada betulnya jugak apa yang Farah cakap. apalah makna ukhwah kalau apa yang kawan suka dengan tak suka pun kita tak tahu en ? "

" Sara, kau marah aku ke ? aku mintak maaf. aku memang jenis ganas macam ni. maafkan aku weh. "

" Hahaha, saya tak sampai hati nak marah awak Farah. Takkanlah saya nak marah Sahabat Fillah saya pulak en ? "


--

15 march 2010

Pada pagi itu kelas 5 As-Siddiq riuh rendah almaklomlah hari ni Lori Milo nak mai melawat sekolah. Ada yang bawak botol air 100ml ada yang bawak cawan lebih, tak cukup power lagi ada yang bawak botol minyak 500ml. adoii adik-adik habis milo pak cik tu nanti.

" Weii kome ! duduk tempat masing-masing. ustazah dah on the way ni " Faruq yang terkenal dengan sikap memerhatinya tu memang cekap betul. that's why our class call he Faruq Kspay. 

" Bangun ! assalamualaikum ustazah " hari ini Soleha yang mengetuai ucapan salam sebab ketua kelas demam.

" Waalaikumussalam. duduk " sambil membuka buku teks " Soleha, senaraikan kawan-kawan kamu yang tak hadir dekat papan putih ya ? "

" Baik ustazah " Soleha berpaling dan mengira kehadiran. " Ustazah, saya dah tulis "

" terima kasih, kamu boleh duduk "

sebelum memulakan proses pembelajaran ustazah Asiah akan melihat senarai nama yang tidak hadir. itulah rutin harian ustazah ataupun gelaran manja yang diberikan oleh murid kelas 5 as-siddiq ialah Umi Cute. Ustazah Asiah menepuk dahinya perlahan.

" Ya Allah, ustazah terlupa nak bagi tahu kamu semua. Semalam petang ayah Sara accident "

Farah dan Anisah berpandangan antara satu sama lain.

--

di rumah Sara.

( Bersambung )


Siapa yang tak nak raih tangan Sahabatnya di jannah nanti kan ? semua nak. semua teringin. tapi, tak semua berkesempatan.


* episod seterusnya lebih kepada kepahitan *