Tuesday 24 November 2015

Sahabat Fillah : Diari Sara : Part 2


Di rumah Sara.

" Assalamualaikum ! Assalamualaikum ! " Farah memberi salam sekuat hati sambil mengegarkan pagar rumah Sara. Ish budak ni dah tak nampak langsung keperempuanannya. 

" Farah, agaklah nak roboh pagar ni kau buat " Anisah menegur sambil membetulkan kedudukan Farah apabila menyedari sekujur tubuh membuka pintu rumah. 

Fuh, nasib baik Sara yang bukak kalau mak dia yang bukak habis dah kena bebel budak dua orang ni.

" Waalaikumussalam " Sara menjawab salam sambil membuka pintu pagar. Matanya sembab dan hidungnya kemerahan namun wajahnya tidak pernah lari dengan senyuman. 

" kenapa Anis dengan Farah datang rumah ni ? kalau nak ajak main kat taman Sara tak dapat join. Sara sibuk sikit hari ni " 

" Sara sibuk ? Tapi cikgu tak bagi homework pun, lagi pun hari ni kan Sara tak datang sekolah ? " ujar Anisah sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Sebenarnya Anisah berpura-pura berlakon tidak tahu menahu mengenai berita kemalangan ayah Sara. Bimbang Sara makin pilu hati. Niatnya dan Farah datang 
ke sini untuk menggembirakan hati Sara.

Farah membalas sambil matanya tajam memandang wajah Sara. " Aku tengok gaya kau ni macam baru lepas nangis. tak  nak share dengan kitaorang ? "

Sara terkaku. Alamak kantoi ! " err..tak ada apa lah, Sara Okay je". Sara berkata sambil menghadiahkan senyuman yang manis. 

" kenapa ? kucing kau mati lagi ke ? " suara Farah tegas tak seceria selalu. Sara dapat mengagak kehangatan yang sedang berlaku.

" Tak lah. " Sara menjawab sambil kepalanya ditundukkan. Ya, dia sudah dapat mengagak Farah dan Anisah dah tahu perkara sebenar.

" kenapa kau tunduk ? " Farah senyum sinis. Ya, dia sedar Anisah sudah menjelingnya dengan jelingan yang tajam. Ah ! dia tak peduli. Yang dia tahu dia nak lepaskan kemarahannya pada Sara yang di tahan sejak di sekolah lagi. 

Lantaklah rancangan nak happykan si Sara ni gagal sekalipun asalkan aku puas dan aku nak tahu kenapa dia buat aku dengan Anisah macam ni. bentak hati kecil Farah.

Farah mendengus kasar sambil memalingkan mukanya membelakangi Sara. " Sara, dalam berukhwah ni tak ada istilah walk alone dalam menghadapi masalah. Kau buat aku rasa aku ni tak layak nak kawan dengan kau sebab tak boleh nak solve masalah kau. Kalau kau betul-betul sayangkan ukhwah kita dan kau percayakan keikhlasan kami kau takkan sorokkan kedukaan kau."

Anisah yang memerhati berasa gerun dan terus terbatal nawaitul nak marah si Farah ni. Yelah, selama 6 tahun bersahabat dengan Farah tak pernah-pernah Farah marah sampai macam ni.

" Farah, Sara percayakan keikhlasan ukhwah kita. Bukan bermakna Sara tak share Sara tak percaya. Not all of the problems we have to share " Suara Sara mendatar bila-bila masa sahaja air matanya akan jatuh. Farah, awak takkan faham. bisik hati kecil Sara.

" atau you did't trust me and Anisah can help you ? you're not confident we can help you that's why kau tak nak share. sebab kau tak yakin dengan ukhwah kita kan ? "

" Farah, bukan macam tu " Ya Allah, kau berilah aku secebis kekuatan, aku tak kuat Ya Allah. 

" Farah, dah lah tu. Kita datang sini nak tenangkan hati Sara bukan buat dia makin sedih. ingat balik niat kita yang asal. Jangan layan sangat perasaan kau tu " Tegur Anisah tegas, dia sudah tidak boleh mendiamkan diri kalau dibiarkan boleh tercetus perang setaman ni.

" Anisah, kau lupa apa yang dia cakap semalam ? dia kata dia nangis sebab kucing dia mati  but this morning ustazah cakap semalam petang ayah dia accident. Dia tipu kita Sa, kau faham tak perasaan aku bila diperbodohkan dengan kawan sendiri ?! berjanji bukan main nak rak kalau ada masalah sama-sama settle kalau salah sorang rebah sama-sama bangun. Janji palsu wei ! palsu ! " Farah masih statik dalam keadaan membelakangi Sara. 

Dia masih panas saran dengan sikap Sara yang suka berahsia, acah-acah yang diri kuat. Dia masih tak faham kenapa susah sangat Sara nak cerita masalah ?.

" Dan, kau Sara ! aku tak faham apa definisi ukhwah bagi kau". Farah meletakkan hadiah hari lahir yang diberikan Sara padanya 3 minggu yang lepas pada tanah. 

Ya, Farah masih simpan. Tapi, baginya apa gunanya simpan pemberian dari sahabat yang tak percaya pada kebolehan sahabatnya dalam memberi kekuatan ?

Farah terus berlalu pergi meninggalkan Anisah dan Sara.

Sara tidak dapat menahan lagi tumbir air matanya daripada terus mengalir. Ya Allah, aku tak kuat. Anisah lantas memeluk Sara seerat-eratnya. Dia tidak mahu melihat sahabatnya bertambah sedih.

Apabila keadaan sudah mulai reda. Anisah menyusun kata-katanya dengan teliti. takut-takut Sara terasa hati dengan kata-katanya nanti. 

" Sar..ra, bole..eh Aa..anis taa..hu ken..napa Sar..ra tip..pu kaa.ami ? " teragak-agak Anisah mengajukan soalan. sehinggakan dapat di kesan getaran pada suaranya. 

" Hahaha, ni Anis yang nangis atau Sara ? menggeletar je suara " Sara ketawa. Ya, Anisah tahu ketawa itu juga ketawa olok-olokan. Haih, pandainya Sara berlakun kuat. bisik hati kecil Anisah.

Sara tarik nafas. Ya Allah kau hadiahkan aku secebis kekuatan. " Complicated " Sara menjawab sepatah.

Anisah mengerutkan dahinya sambil membesarkan bebola matanya yang bulat. Sara yang memerhatikan raut wajah Anisah dah persis kucing merayu nak makanan. Hahaha.

" Hahaha, okay-okay. yang ni serious " Sara membetulkan kedudukannya.

" Selama 10 tahun Sara hidup. Sara tak pernah ada sahabat Fillah kecuali Farah dengan Anisah. Sara anak tunggal Sara satu-satunya cucu dalam keluarga belah ayah dan mama sebab ayah dan mama pun anak tunggal. Masa Sara umur 4 tahun Sara masuk Taska sorang kawan pun Sara tak ada. Pergi mana-mana sorang-sorang sampai teacher tegur suruh cari kawan. Sara tak pernah rasa apa makna kongsi cerita, bangkit bersama, gurau senda. tak pernah langsung. Sampailah suatu hari tu Allah temukan Sara dengan dua orang bidadari comel yang mencuit hati Sara untuk kenal dan dalami ukhwah ni bagaimana. Dan, macam-macam yang Sara rasa. Adamasanya gembira tahap kera dapat bunga, ada masanya duka macam kena tusuk pedang 100 kali, ada masanya mencuit hati sampai ketawa tak ingat dunia dan ada masanya rasa nak menyendiri semula sambil bawak hati yang terluka kerana kecewa ni join sama. " 

Anisah terasa seperti ada batu yang menghempap dirinya ketika ini. Yalah, Anisah tak pernah rasa hidup sendiri lagipun dia ada 3 orang adik beradik dan dia anak yang pertama dan boleh dikatakan dialah yang paling manja dalam keluarganya. 
Tak dapat digambarkan oleh akal cerdasnya bagaimana peritnya hidup sendirian. Anisah faham memang agak sukar untuk Sara berkongsi cerita sebab yelah en dah biasa alone memanjang. suka, duka, problems, berita gembira semua Sara rasa sorang-sorang. lepas tu tetiba nak ubah gaya kepada perkongsian rasa pulak. berat nanag tuh.


" Sara rasa macam-macam. Sara tipu bukan sebab Sara tak percayakan keikhlasan kita berukhwah. tapi Sara takut, kalau suatu hari nanti Sara dah tak jumpa bidadari-bidadari comel yang always ada belakang Sara time Sara rebah. Sara takut manisan ukhwah kita hanya seketika. Sara takut salah seorang daripada kita akan pergi tinggalkan Sara. Sara tak nak. Sara tak kuat. " Sara menangis teresak-esak.

kini, fahamlah Anisah mengapa Sara bertindak sedemikian. Anisah berdiri di hadapan Sara lalu mencangkung. " Sara, in Shaa Allah Chenta kita kekal hingga JannahNya " ujar Anisah sambil membetulkan tudung Sara yang senget sedikit kemudian Anisah menggunakan kedua-dua ibu jarinya untuk menyapu air mata yang mengalir pada pipi Sara. 

" eii Bidadari Kuat Anis mana boleh nangis-nangis " Anisah mencubit pipi Sara dengan manja. 


* Hari itu,  terpecahlah tembok kerisauan yang terbelenggu di dalam hati ku. Ya, kini ku tahu, ukhwah itu maknanya saling melengkapi bukan menyendirikan diri. Maafkan Sara Farah. *


( bersambung )

*keesokkan harinya di sekolah*
--

tika ujian datang menyapa
kau pinjamkan telinga sebagai tempat untuk aku meluah rasa.
tika ku kecewa kerna manusia
kau sedarkan aku, Ujian itu hadiah daripadaNya.

kau penghibur dukaku,
Ya Rabb, terima kasih kerana kau cipta pertemuan antara aku dengannya.
Ya Rabb, kekalkan ukhwah ini hingga ke JannahMu nanti.
Ya Rabb, kau peliharalah dia walau dimana pun dia berada.

sungguh aku sayang mereka lillah. 

Salam sayang, Asyh.