Thursday 17 December 2015

Marathon Dalam Mengejar Chenta Ilahi

Assalamualaikum.

Bismillah. 

Sebelum kita start pada point marathon kita pada hari ni. saya nak keutarakan hadith sahih riwayat muslim yang bermaksud.


Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)


Saya nak para mujahadahs sekalian fokuskan ayat akhir hadis ni

 

( Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. )


Okay, oleh kerana tajuk besar yang akan saya bentangkan lebih berkaitan dengan Marathon. so, penulisan yang akan saya sampaikan juga akan berbentuk santai supaya para mujahadahs sekalian tak terasa terlampau rushing.


--



macam biasa, untuk setiap slot saya akan sediakan soalan cepumas untuk para mujahadahs sekalian jawab. And, pastikan tingkap iman dibuka ketika sesi soal jawab di jalankan.


1. Bila kali terakhir anda bertanyakan diri anda sama ada kaki yang anda gunakan ini akan melangkah ke syurgaNya atau sebaliknya ?

2. Bila kali terakhir anda menyemak amalan-amalan anda ?

3. Bila kali terakhir anda manfaatkan masa yang ada sepenuhnya untuk Dia dan ummah ?

4. Bila kali terakhir anda fikirkan nasib anda di mahsyar nanti ?


ataupun anda tidak pernah terfikir nak lontarkan soalan ini dibenak fikiran ?

mungkin fikiran anda dipenuhi dengan persoalan yang berkaitan dengan dunia sehingga persoalan yang berbentuk simple macam ni tak terlintas langsung di benak fikiran mahupun lintasan hati.


* ambik berapa banyak masa yang boleh. sambil para mujahadahs sekalian menjawab sambil-sambil tu kalian boleh membuat sesi bertanya khabar dengan cik iman dan amal. *


--

seronokkan bila di cintai ? bahagiakan bila ada yang mencintai diri kita ?. bila kupas tentang cinta semuanya bahagia bagai menari-nari di atas awan gituh. tapi, ingatlah cinta ada dua kesan pada diri sama ada membahagiakan ataupun sebaliknya. 

cinta yang bahagia =  cinta pada Ilahi, nabi, akhirat dan ummah.

cinta yang tidak bahagia = cinta pada duniawi.

dunia ni luas, pelbagai definisi cinta yang ada kan ?

untuk pastikan sama ada cik mujahadah sekalian tergolong dengan cinta dunia or tak meh jawab soalan ni.

1. berapa jam yang kita gunakan untuk date dengan ilahi ?
2. berapa jam yang kita gunakan untuk baca al-quran untuk hari ni ? dan hari sebelumnya ?
3. berapa kerap kali mulut kita berzikir dengan khusyuk dan merendah diri ?
4. berapa ribu kali dalam tahun ni kita berselawat kepada kekasih ilahi yakni Nabi Muhammad s.a.w ?

* ambillah seberapa banyak masa pun yang cik mujahadah sekalian nak untuk menjawab persoalan ni *

tapi ingat, bukalah tingkap iman dan hati time menjawab persoalan yang saya ajukan.  in shaa Allah kita akan nampak apa yang kita lebih cinta sama ada dunia atau akhirat. =)


' eherm. Asyh, ni nak borak pasal marathon ke cinta ni ? konfius ana dibuatnya '


* senyum *


saya mulakan sesi kupasan hari ni dengan membuat sesi muhasabah diri sebab dengan bermulanya perasaan bersalah dalam diri perasaan nak berubah and terima teguran tu senang nak di hadam. Dan saya berharap para Mujahadahs sekalian memastikan Jeneral Nafsu and Uncle Ego dah di penjarakan di bilik gantungan muhasabah.



--



" Err, Asyh. Saya tak sukalah lari-lari ni. penat lepastu panas pulak tu. "

" samihni ukhty ana ada lelah so, ana tak boleh nak lari. hm "

* hulur patung baymax sambil senyum *

untuk sesi Marathon mengejar Chenta Ilahi ni orang yang tak larat and tak suka berlari pun boleh join sekali. 

" ha ? serious ke Asyh ? "

Yup.

sebab marathon yang saya nak terangkan ni lain macam sikit. kita tak perlu berlari tapi, kita tetap akan sampai ke destinasi. ajaib kan ?


apa yang saya maksudkan dengan berlari bukan bermakna kita berpulun habis berlari nak kejar chenta ilahi. berlari yang saya maksudkan usaha yang padu dalam mengejar chenta ilahi.

contohnyalah en.

Kiiranya macam kita dapat bonus time merentas desa. kalau orang lain berlari 6km untuk sampai sekolah, kita pulak dapat bonus naik motor mean tak banyak tenaga yang kita keluarkan tapi usaha nak bawak motor tu mesti ada untuk sampai ke destinasi kalau baru 2 km kita dah rasa segal tangan, mengantuk peluang nak sampai ke destinasi tu nipis sebab apa ? sebab usaha tak padu.

sebab tu saya berani kata semua orang tak kira sihat fizikal or tak cukup baik fizikalnya layak and boleh join marathon ni. sebab syarat dia bukan berlari ataupun lengkap mempunyai dua kaki tapi syarat dia kena ada Cik usaha dan Cik Istiqamah time join marathon ni.


contoh usaha yang kita boleh buat untuk upgrade iman kita :

1. berzikir.
2. membaca al-quran.
3. memperbanyakkan amalan sunat and ibadah wajib di jaga dengan istiqamah.

' mana ada masa nak berzikir, busy la '

' tak cukup masalah ukhty nak baca al-Quran. Hm '

' Fuhh. Tak rajin ana nak puasa sunat. dahlah mama ana masak sedap. '


ALASAN = RUGI.

Ruginya kalau kita ummat islam. ummat yang paling senang nak masuk Syurga tapi kita tak manfaatkan masa yang Allah bagi dengan sebaik-baiknya. rugi.

Ruginya anda yang mengutamakan kehendak Jeneral Nafsu dan Residen Iblis sebagai pembimbing diri.

kenapa rugi ? sebab nikmat Chenta Ilahi kita terhalang hanya dengan nikmat dunia.

sebab apa terhalang dengan Dunia ?

sebab diri  merasakan dunia ada nikmat yang boleh membahagiakan jiwa.

kalau macam tu saya berani cakap. Di Syurga pun ada nikmat yang mampu membahagiakan jiwa, malah nikmat tu berkekalan.

kalau kat dunia :

hari ni kita makan makanan mewah belum tentu esok harinya kita makan makanan yang sama.

hari ni kita berduit dan berharta belum tentu esok harinya kita still pegang tittle si kaya.

hari ni kita ada rumah yang besar and selesa belum tentu esoknya kita still duduk dan tinggal dalam rumah yang besar and mewah.


tapi, di syurga. nikmat kenyang, gembira, tenang semuanya kekal.


and, kalau cik mujahadahs nak tahu hadiah untuk marathon ni bukan duit, kereta, rumah, piala ataupun sijil. Hadiah marathon ni istimewa dapat je hadiah ni apa-apa yang kita nak kita akan dapat.


apa hadiah tu ya ?


'' syurga ilahi " =)


--


orang yang miskin dekat dunia dekat syurga gelaran miskin akan hilang.

orang yang dekat dunia rumah just sekangkang kera in shaa Allah kat jannahNya mahligai sebagai naungan tempat tinggal.

yakinlah dengan janji Allah.


and yang istimewanya hadiah ni tak pilih tempat pertama, kedua, ketiga, malah orang yang dapat tempat ke 1000 pun still dapat hadiah yang sama. 

Adilkan Allah ?

--

' wah macam best je marathon. '

Best en ?  tapi marathon ni ada syarat dia.

' apa syarat dia Asyh ? '


syarat-syaratnya :

1. Bekalan istiqamah mesti full.

Selalunya, kalau aktiviti yang berkaitan berlari kita akan bawak bekalan minuman or roti sebagai alas perut kan ? tapi, untuk MDMCI kita tak perlukan minuman isotonik  such as 100 plus or another minuman isotonik. sebab apa ?

sebab, maksud bekalan yang saya gunakan bukan bermakna makanan, or minuman. tapi bekalan istiqamah.

' penting sangat ke bekalan istiqamah ni ? '

Yup.

bila bekalan istiqamah kita full jarak Puan Malas yang bertahta dalam jiwa kita akan menjauh, jauh jauh dan jauh.

bila jarak kita dengan Puan Malas dah jauh peluang untuk kita cari alasan untuk berhenti berlari mengejar chenta Ilahi makin tipis. 

2. Pasang perisai iman.


' ha ? mean ? tak clearlah Asyh '

kita kalau nak pergi kedai naik motor kena pakai helmet untuk elakkan kcederaan serius dekat area kepala. kalau nak makan pulak kena basuh tangan dulu pakai sabun untuk elakkan jangkitan kuman.


Okaylah, saya bagi gambaran.

askar A : tak pakai sut khas untuk perang.

askar B : pakai sut khas untuk perang yang lengkap.


kalau nak pergi berperang agak-agak  antara askar A dengan askar B mana yang ada potensi perlindungan yang lebih. ?

mestilah askar B en sebab badan dia dilundungi dengan pakain khas tentera time berperang.

macam tulah dengan iman kita. kalau tak dibena tembok ataupun perisai iman kita akan senang rosak, musnah.

'' So, kiranya penting lah ni ya ? "

* angguk *

--

And, saya nak ingatkan masa aktiviti marathon dijalankan terdapat beribu-ribu habuk dunia yang akan mengkaburi mata. so, untuk persediaan para mujahadahs sekalian kena sediakan al-Quran sebagai panduan. 


--


' Asyh,  marathon ni best buat alone ke ramai-ramai ya ? '

Lebih best and manis kalau marathon dalam mengejar chenta Ilahi ni dilakukan secara berjemaah untuk terus ke jannah. 

That's why kalau nak gempakkan lagi aktiviti marathon ni Cik Mujahadahs sekalian digalakkan untuk tarik tangan sahabat fillah untuk mengejar matlamat yang suci yakni mengejar chenta Ilahi yang hakiki =)

--

Lari
penat
lelah
berhenti
jatuh.

ulang lagi sekali.

tapi, kali yang kedua selitkan :


Lari
penat
lelah
berhenti
jatuh
bangkit dan senyum.


--

penat en marathon ?  

tapi, ada satu marathon ni yang kalau kita masuk kita tak boleh terus jatuh melutut mencium tanah merah. 


bangunlah tikamana dunia cuba menjatuhkan.
ingatlah sentiasa, Dia ada untuk hulurkan kekuatan.
jika hatimu terluka kerana cacian manusia,
ingatlah, Dia sentiasa ada bersama dengan hambaNya.

Seribu dosa yang kau lakukan.
andai satu saat itu kau manfaatkan.
untuk memohon ampun kepada Tuhan.
Dia akan sambut dengan keriangan.

Jika kau terdetik ingin berhenti berlari.
Ingatlah, Chenta pada hambaNya takkan berhenti.
Jika kau terdetik untuk menjauhkan jarakmu dengan Ilahi.
ingatlah, sesaat pun Dia tak pernah lupa mendengar dan memerhati.

teman,
sedarlah yang dunia hanya permainan semata.
bilamana kau melupakan.
Dia sentiasa ada tika kau memerlukan kekuatan.
bilamana kau sepi.
Dia sentiasa ada untuk menemani.
bilamana manusia melupakan.
ingatlah, sesaat pun Dia tidak pernah meninggalkan kasihNya buat mu teman.


Salam Sayang,  Asyh.