Saturday 19 December 2015

Manisan Ukhwah.








Assalamualaikum =)

Bismillah.


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad.

semoga para pembaca yang sanggup mengorbankan masa untuk membaca entry saya pada kali ini di Rahmati oleh Allah s.w.t =)

madu, cekelat, gula, susu. manis kan ?

dapat straight A UPSR, straight A PMR/PT3, straight A SPM. Maniskan ?

Tapi, nak tahu tak apa yang lagi manis daripada apa yang saya nyatakan kat atas.

Manisan Ukhuwah.

Ramai orang ingat manisan ukhuwah ni manis sebab ' cik sayang ' yang menjadi perantaraan. yup. memang betul. tapi, apa bezanya manisan ukhuwah dunia dan akhirat ?

untuk merungkai persoalan para pembaca sekalian, saya akan menerangkan perbezaan manisan ukhuwah fillah dunia dan akhirat.

sebelum tu, saya nak tanya satu soalan. 

apakah makna manis ?

'' Err, manis la manis. takkan hang tak tau kot ? "

ramai yang bila saya tanya 

'' macam mana nak describe rasa manis ni ya ? "

macam-macam jawapan yang saya dapat. Ada yang suruh saya makan coklat, ada yang suruh saya search google, ada yang suruh saya makan madu banyak-bayak. terlampau banyak jawapan and yang pasti semua jawapan tu lawak. ( kk tetiba ).

and, saya pun buatlah kajian. ( Acah saintis gituh ) kk sorry guys tak serious. Apa yang saya faham about m.a.n.i.s ni dia melahirkan suasana suka, seronok, bahagia  kat dalam hati. And, one day saya kaitkan manis dengan ukhuwah. 

and diagnosis yang saya dapat : 

Ukhuwah yang terjalin tanpa Chenta pada Dia = manis level C
Ukhuwah yang terjalin ikhlas kerana Dia tapi tak membimbing = manis level B
Ukhuwah yang terjalin lillah plus saling membimbing lillah = manis level A

' asyh, nak tanya. manis pun ada level ya ? '

* angguk *

baiklah apa yang dimaksudkan dengan manis level C bagi pandangan saya ialah suasana ukhuwah di sekolah, masyarakat.

kita kalau kat dalam kelas semua orang yang dalam kelas tu ke kita sayang sebenar-benar sayang, yakni sayang lillah ?. inilah yang saya fahamkan mengenai manis level c. Mungkin sayang tu ada, tapi keikhlasan antara jalinan ukhwah tu jarang jumpa. 

Andai kata dalam kelas kita ada 40 orang, bukan semua 40 orang tu kita sayang lillah. mesti ada beberapa orang yang kita tak rapat sangat, ada beberapa orang yang tak boleh nak duduk rapat dengan kita atas faktor emosi.

jadi, ukhuwah level c ni lebih kita faham pada pandangan umumnya jalinan ukhuwah yang ikhlasnya samar-samar.

--

baiklah, apa pulak yang dimaksudkan dengan manisan level B ya ?

apa yang saya perhatikan, ramai orang manisan mereka lebih terkumpul pointernya pada manisan level B.

manisan level B ni lebih tertumpu kepada : Best Friend Forever.

and, manisan level B ni ada kaitannya dengan manisan ukhuwah fillah dunia yang akan saya terangkan selepas habisnya pengenalan untuk level kemanisan ukhuwah. 

BFF ada dua kategori.

BFF dunia. = Tak cegah rakan daripada tinggalkan laranganNya.
BFF akhirat. = bimbing rakan untuk mengejar RedhaNya.


BFF dunia. = melangkah di dunia bersama-sama, tapi ketikamana rakan tersungkur ke zon jahiliyah kita malah turut melangkah bersama ke zon jahiliyah.

 BFF akhirat. = melangkah di dunia yang sama, tanah yang sama. tika salah seorang tersungkur ataupun try nak ngorat cik/encik jahilyah kita ingatkan sahabat kita godaan ini hanya permainan dunia yang nikmatnya hanya seketika.

lebih umum kita panggil BFF dunia = rakan yang kita kongsikan segala-galanya tapi, tujuan sebenar bersahabat tu hilang, tak ada.

tujuan sebenar kita nak bersahabat ni adalah untuk membimbing antara satu sama lain untuk tetap berpegang teguh dengan agama Allah, yakni Islam.

ramai yang ada BFF yang sentiasa buat kita gembira, seronok. tapi belum tentu mendatangkan kebaikan di akhirat. 

makna umumnya manis level B ni ikatan persahabatan yang setia tu ada. macam bila kawan jatuh kita bangkit sama-sama. ya, istilah tu hidup dalam ikatan ni. tapi, hanya terkurang satu perisa : amar makruf nahi mungkar.

kenapa pentingnya perisa amar makruf nahi mungkar ? 

sebab. One day, Para sahabat tanya Rasulullah. 

"Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya".

then, para sahabat tanya lagi

"Apakah pula ciri-ciri sahabat yang tidak baik?" Baginda s.a.w. membalas (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bukan sahaja tidak membantu kita semasa kita mengingati Allah s.w.t. malahan dia juga tidak menegur semasa kita alpa dalam dosa dan maksiat."

sebab tu pentingnya, perencah amar makruf nahi mungkar dalam jalinan persahabatan. Bila kita buat apa yang Allah suka. cinta kita pada Dia akan bertambah and hubungan kita dengan pencipta syurga akan bertambah erat.

=)


--


Level A ni macam mana pulak ya ?

manis level A = Berkasih sayang kerana Lillah dan mengamalkan proses amar makruf nahi mungkar.

yang A dia terbalik dengan B.

Level B tak terapkan konsep amar makruf nahi mungkar. Tapi, level A terapkan amalan ni.

Beruntunglah mana-mana manusia kat dunia ni yang ada sahabat yang ' tegur ' kita bila kita buat salah. bukan bermakna dia tegur dia nak tunjuk baik. tak, tapi sebab sayangnya dekat sahabat sampai tak nak sahabat dia buat apa yang Allah tak suka. 

kiranya level A ni level paling bagus and sangat-sangat perlu untuk semua orang terapkan dalam jalinan ukhwah.

sebab, dengan cara ni perkataan sayang yang kita sebut bukan hanya luahan rasa malah kita buktikan dengan tindakan.

sebab, dengan tindakan tu lah bukti yang kita benar-benar chenta pada sahabat. Dengan cara bantu sahabat untuk jauhkan jaraknya dari neraka and dekatkan jaraknya dengan syurga. =)


--

isi kedua yang akan saya kupas adalah mengenai perbezaan manisan ukhuwah dunia dengan manisan ukhuwah akhirat.

kita start daripada manisan ukhuwah dunia dulu.

Manisan ukhuwah dunia = Nikmat manis yang kita rasa hanya seketika.

Manisan ukhuwah dunia ni ada kaitannya dengan manis level B yang saya terangkan kat atas tadi.

apa yang kita faham makna sahabat ni lebih kepada setia dan perkongsian rasa. 

setia : jatuh bangun sama-sama, lapar sama-sama, sedih sama-sama, berseronok sama-sama.

perkongsian rasa : saling memahami, time sahabat down kita sentiasa di sisi.

contoh ringkas yang saya bagi macam kat atas inilah yang akan kita rasa time dekat dunia.

apa yang saya nak para pembaca faham makna manisan ukhwah dunia ni umpama masa kehidupan yang kita corakkan untuk kita dan sahabat sama ada bahagia ini kekal hingga syurga ataupun hanya di dunia.

tapi, terkadang ikatan yang dijaga dengan baik pun boleh roboh kan ? 

itulah manisan ukhuwah di dunia, ujian itulah perencah kemanisan. Macam kita buat cerpen mesti ada konflik yang boleh menyebabkan para pembaca rasa teruja nak baca en. So, beruntunglah siapa yang Allah hadiahkan sahabat yang manis level A sebab keikhlasan berukhuwah tu berpaksikan namaNya.

bila apa-apa yang kita buat and berpaksikan namaNya in shaa Allah selagi mana perkara yang kita buat tu benda yang baik in Shaa Allah kita akan dapat nikmat bahagia.

apa yang saya nak terangkan kat sini ukhuwah adalah hadiah daripada Allah. kalau kita jaga hadiah yang Allah bagi dengan baik in shaa Allah ganjarannya kita akan dapat di akhirat kelak.

jagalah ikatan ukhuwah dengan baik. sebab bukan semua orang berpeluang merasa makna manisan ukhwah. walaupun nikmat manisan yang kita rasa hanya seketika, tapi ingatlah, otak kita bekerja untuk simpan memori. and one day, andai perpisahan terjadi gunakanlah cik otak untuk mengupas setiap bait memori =)


--


manisan ukhuwah akhirat lebih tertumpu kepada Mardhatillah and Jannah.

manisan ukhuwah akhirat lebih tertumpu kepada cara bimbingan kita pada sahabat untuk tetap teguhkan chentaNya buat Dia, Rasulullah, umi walid juga terhadap ummah.

manisan ukhwah akhirat ni dia akan dapat dua bonus kasih sayang.

satu kasih sayang daripada sahabat, kedua kasih sayang daripada Allah s.w.t

macam mana boleh dapat bonus ni ya ?

dengan cara mengingatkan sahabat Dia sentiasa memerhati.
dengan cara mengingatkan sahabat Syurga Allah itulah matlamat jalinan ukhwah ini.
dengan cara mengingatkan sahabat Janji Allah itu pasti.

maniskan bila ada sahabat yang tegur kita bila kita tersalah. tarik tangan kita bila kita tersasar. ingatkan kita ujian itu satu batu loncatan yang menguatkan. 

tapi, ramai orang kata :

susah, susah, susah, and suashnya untuk (pemegang tittle si manis level A) untuk kekalkan kemanisan tu.

and alasan yang dibagi untuk sokong perkataan susah :

" sebab, kadang-kadang kita yang lebih tapi sahabat tak hargai pun. "

teringin tak nak ubah susah kepada senang ?

semuanya akan jadi senang bila kita belajar untuk hargai dan terima kekurangan sahabat.

1000 manusia 1000 perspektif.

1000 manusia 1000 sikap yang berbeza.

1000 manusia 1000 warna kegemaran yang berbeza-beza.

ada orang yang sayang, tapi tak luah.
ada orang yang ambil berat, tapi tak tunjuk.

jangan jadikan alasan sahabat tak hargai untuk kita berhenti nak melangkah mengejar Mardhatillah dan Syurga ilahi dengan Sahabat yang sejati. jangan, jangan, jangan dan jangan.

sebaliknya kita kena hargai pemberian daripada Ilahi ni. 

kalau orang bagi hadiah kita akan jaga and simpan elok-elok kan ?.

anggaplah ukhuwah ini hadiah daripada Ilahi. jaga.

tajdid niat. ikhlas bersahabat kerana Dia.

bila kita tajdid niat dengan betul. walaupun seteruk-teruk perangai yang dia tonjolkan kita akan ubah bukan menjauh. kita akan bimbing dan tegur, bukan melarikan diri dan tinggalkan dia sendiri bermain manja dengan jahilyah yang masih menghantui diri dia.

kemanisan tu kita akan rasa bila kita dapat tarik sahabat kita untuk lebih dekat dengan Ilahi. sungguh. kita akan rasa manisnya.

manisan ukhuwah akhirat pada asalnya saya fokuskan pada mengejar mardhatillah dan jannah secara berjemaah dengan sahabat fillah. 

semak hati kita, adakah kita dah capai tahap manisan ukhuwah akhirat ni ?

akhir kata daripada saya.

ukhuwah ni macam cekelat. ada yang mahal ada yang murah. ada yang cepat cair ada yang always keras. ada yang berperisa ada yang kosong. ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna hitam. tapi, hakikatnya rasa manis tetap kita rasa walaupun pelbagai perbezaan yang berbeza.


--

Ukhuwah.

makna kuat itu.
aku fahami dari kejatuhan yang lalu.
kau langsung tidak jemu.
mengingatkan aku ujian itu utusan rindu.

Bila diri start nak jadi kalekatu.
kau ingatkan aku Tuhan sentiasa membantu.
sentiasa aku keliru.
adakah kau mampu membaca fikiranku.?

aku cemburu.
cemburu dengan senyuman palsu. 
yang kau lempar ketika ujian menerpa dirimu.
'Kuatnya kau' bisik hati kecilku.

terkadang, aku terfikir.
tidak jemukah dirimu dengan sikapku?
manja ku ?
kehambaran ku ?
aduan ku ?

sahabat.
aku mohon,
andai aku menyusahkan.
jangan kau tinggalkan aku.
sebaliknya, kau bimbinglah aku.

sahabat.
pabila kau dah pulun habis mengadu kat Dia.
kalau kau perlukan teman penghibur duka.
carilah aku.

sahabat.
andai suatu hari nanti.
saat kau inginkan aku di sisi.
tapi, aku tiada untuk menemani.

ingatlah.
Dia sentiasa ada di sisi.
menemani hatimu yang sunyi.


Salam Sayang,  Asyh.