Wednesday 30 November 2016

Cerpen : Mendongak Part 5


" eh, tapi kan mamat yang tanya abah (Ustaz Ibrahim : ayah Awatif)  soalan tadi tu muka dia sebijik betul dengan Dilin kan ? " ujar Awatif sepontan sambil matanya terarah pada talifon bimbitnya.

" yeke ? tak perasan pulak Nad tadi. Dilin perasan ke ? " tanya Nadya sambil sepotong kek span pandan dimasukkan ke dalam mulutnya.

Adilin cuba mengelak untuk menjawab persoalan Nadya. " Atif salah tengok kot. eh korang, Dilin nak jumpa ustazah hayati sekejap. " ujar Adilin sambil membawa satu bekas yang berisi bihun di dalamnya.

" Ustazah, ni bihun yang ustazah mintak hari tu. " hulur Adilin kepada ustazah Hayati. 

ustazah Hayati tersenyum gembira. akhirnya, dapat jugak dia merasa bihun goreng Adilin yang diidamkan sejak minggu lepas.

" terima kasih ya Syuhada. " ya, hanya ustazah Hayati dan suaminya ustaz ibrahim sahaja yang memanggilnya dengan panggilan Syuhada. bagi mereka berdua, Adilin sudah dianggap seperti anak mereka sendiri. 

" sama sama. " ucap Adilin sambil wajahnya dimaniskan.

" Syuhada boleh tolong saya angkat polisterin ni kat meja lelaki kat hujung sana tu ?"

" boleh boleh."


* di meja makan lelaki *

" Afif ? " bisik hati Adilin. " Ya Allah, kenapa sekarang kau temukan aku dengan dia ? aku masih tak bersedia nak hadap semua ni. "

tiba tiba Adilin teringat peristiwa semasa mendengar tazkirah maghrib tadi. pemuda yang memakai kemeja merah. ya, dia kenal pada susuk tubuh dan suara itu. pada mulanya, dia cuba menafikan. tapi, bila dah face to face macam ni, tak kan dia nak sedap kan hati dengan buat andaian yang ada depan dia sekarang ni saka Afif kot ?.

air yang sedang diminum oleh Afif tersembur sedikit. bukan kerana kopi itu terasa kelat. tetapi kerana dia terkejut melihat Adilin di depannya.

" Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah. Kau dah makbulkan doa' aku. " bisik Afif dalam hatinya.

" ustazah, saya balik dulu ya ?" ujar Adilin sambil matanya dihalakan pada wajah ustazah Hayati. " eh haa awalnya nak balik ? apa apa pun terima kasih tolong tadi." 

Adilin hanya tersenyum. dia bersalaman dengan ustazah Hayati sambil langkah kakinya dilajukan ke arah sahabat sahabatnya.

dari jauh, Afif hanya memerhati. hatinya sakit. bukan sakit kerana ditinggalkan. tetapi sakit kerana dia tidak mampu menegur wanita yang sudah lama dia cari dan tunggu itu.

Adilin mengemas buku notanya dan diletakkan di dalam beg sisi yang berisi telekung. Nadya yang baru sahaja nak menghabiskan tegukan air nya yang terakhir berhenti. " nak balik dah ke ? " soal Nadya. Adilin hanya mengangguk mengiyakan. 

Nadya cepat cepat menghabiskan minumannya dan membuang cawan polisterin ke dalam tong sampah yang disediakan. Awatif mengemas barang barangnya dan kunci kereta Honda City nya diberikan kepada Nadya. 

" Nad, start kereta dulu. Atif nak jumpa abah dengan ibu sekejap. " ujar Awatif sambil membaiki lipatan tudung bawal kuningnya.

" okay. " ujar Nadya. 


" eh, Dilin. nampak tak apa yang Nad nampak ? " ujar Nadya di bahagian pemandu. " nampak apa ? " jawab Adilin malas malas. " tu haa lelaki yang Atif kata muka macam Dilin tu. haah lah. muka korang nampak seiras sangat. " Adilin cuba menyanggah. " tak sama lah, hahahaha Nad ni ada pulak macam tu. salah tengok kot. "

belum pun sempat Nadya membela dirinya, Awatif terlebih dahulu memasuki kereta. " okay done. jom gerak. " Fuhh, selamat Dilin.

" haa, mana boleh gerak lagi. doa belum baca. " ujar Nadya. " eh haah hahahaha lupa pulak. "


* di rumah sewa Afif dan Aswad *


Afif sedang membaca buku di ruang tamu sambil televisyen dibuka. sungguh, fokusnya terganggu apabila teringat kejadian di masjid pada hari ini.

Aswad meletak kan satu sampul surat di atas meja. pandangan mata Afif masih tidak berganjak daripada melihat isi buku yang dibaca. 

" aku mintak maaf pasal petang tadi. " 

suasana sepi, lama.

kemudian, terdengar bunyi Afif berdehem. kini matanya terarah di arah jam dinding. 

11 : 48 malam.

" malam ni Chelsea lawan Arsenal. Jom lepak Kedai Abang Im " tanpa menunggu jawapan daripada Aswad, Afif terlebih dahulu mencapai kunci kereta HR-V nya.

* di kedai abang Im *

" haa dua brother handsome nak pesan apa ? " tanya si pelayan.

" macam biasa bang. " jawab Aswad dan Afif serentak. 

tidak berapa lama kemudian, kedua dua mereka ketawa serentak.

" hahahaha. " ketawa Afif paling terserlah kerana gaya ketawanya ala ala chipmunks.

apabila keadaan kembali reda, Aswad mencelah " aku mintak maaf pasal petang tadi." Afif hanya tersenyum. 

" aku jumpa dia tadi. betul betul dia As." Aswad tersedak. " serius bro ? " Afif tersenyum sumbing. " yup. tapi sayang, aku tak berani nak tegur dia. haha " ketawanya kedengaran plastik oleh Aswad.

" kat mana kau jumpa dia ? " 

" masjid kat taman tu. " jawab Afif sambil tangan kirinya bermain main dengan straw di dalam cawan yang berisi air teh o ais yang baru sampai itu.

" aku ingat sabtu ni aku nak jumpa mama aku. " luah Afif. " okay bro. aku okay je tinggal  sorang kat rumah. " 

" em thanks As "

* jumaat malam *

Afif teringat kembali kisah 12 tahun yang lalu. masa itu umurnya dalam lingkungan 13 tahun. pada waktu itu, cuti akhir tahun. dia dan keluarganya bercuti di kampung.

pada hari terakhir sebelum percutian mereka di kampung tamat. Adilin ada meluahkan keinginannya untuk bermandi manda di sungai. lalu,  Abang Afif, Fateh membuat keputusan untuk mandi di sungai. namun, Adilin dan Afif membuat keputusan untuk tinggal sahaja di rumah dan menikmati juajah yang disediakan oleh Opah mereka memandangkan cuaca sudah mula mendung.

Fateh mandi di sungai seorang diri. tidak berapa lama kemudian, hujan turun dengan sangat lebat. 

tiba tiba Ayahnya teringat pada abangnya, Fateh.  Afif dan Adilin terpaksa berlaku jujur menjawab pertanyaan ayahnya. kemudian, mereka bertiga pergi mencari Fateh di sungai.

* di sungai *

" hiuw, sejuknya air. hehe bagus kalau berenang lama lagi ni. " luah Fateh. 

tiba tiba Fateh terasa kakinya seperti dibelit sesuatu. dia mula cemas. kakinya tidak dapat digerakkan. dari permurkaan air, kelihatan seekor ular yang sebesar pinggangnya sedang membelit kakinya.

Fateh menjadi cemas dan melaung meminta pertolongan.

" tolong ! " " tolong ! " " papa ! tolong abang pa ! "

mereka bertiga yang terdengar jeritan Fateh terus berlari ke arah sungai. Ayahnya terkejut melihat anaknya dilit ular yang sebesar pinggang anaknya itu. tanpa berlingah, dia berenang ke arah anaknya dan cuba membantu.

" Elyn ! bagi uncle kayu tu " Adilin menghulurkan kayu yang dimaksudkan pak ciknya itu. pergelutan demi pergelutan. namun, tidak berapa lama kemudian,  jasad ayahnya dan abangnya sudah tidak kelihatan di permurkaan sungai. mereka menjadi cemas dan berlari pulang untuk meminta bantuan.

namun, apabila sanak saudara yang lain datang, khabar duka yang mereka dapat. kedua dua jasad insan yang berada di sungai itu, dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

kedua dua mereka sudah tidak bernyawa lagi. Ayahnya, Omar Hussaini bin Abdul Jalil meninggal akibat bersungguh ingin menyelamatkan abangnya, Fateh.   

* di rumah Opah *

" Adik, cepat bagi tahu mama. macam mana boleh jadi macam ni ? " soal Puan Maisarah sambil teresak esak menangis.

" mula mula kitaorang main dekat depan rumah je. lepas tu, kakak Elyn cakap dia teringin nak mandi sungai. lepas tu, abang ajak lah kitaorang pergi. tapi, kitaorang tak nak. abang pergi sorang. lepastu, papa tanya abang kat mana ? kitaorang cakap abang mandi sungai. then, sampai je kat sungai papa terus berenang nak selamatkan abang sebab terdengar abang menjerit mintak tolong. "

Puan Maisarah mengalihkan pandangannya ke arah Adilin yang sedang menangis di hujung sudut pintu bilik. dengan laju Puan Maisarah menuju ke arah Adilin.

" budak tak guna ! sebab kau lah suami dengan anak aku mati ! ". ujar Puan Maisarah sambil tangan mengenggam bahu Adilin dengan kuat.

" sepatutnya kau yang mati. bukan diaorang. kau yang sepatutnya ikut jejak mak bapak kau yang dalam kubur tu ! " emosinya sudah berada di kemuncak. 

" Mai.. sudah lah tu ! " jerit Opah sambil menarik tangan Puan Maisarah daripada terus mencengkam bahu Adilin.

" sabar mai.. ini dah memang ketentuan Allah.. kamu kena terima."  pujuk Opah sambil melindungi Adilin didakapannya.

" kau duduk je dalam bilik ! tak payah keluar tengok diaorang. aku tak izin kan tangan kau yang kotor tu sentuh jasad suami dengan anak aku ! "

Adilin menangis semahu mahunya. Opah tidak mampu berbuat apa apa selain daripada menurut apa yang dikatakan anaknya itu.

ya, sejak daripada itu lah layanan mamanya terhadap Adilin sudah tidak seperti dulu lagi. 

tanpa sedar, air mata Afif mengalir perlahan. ya, dia rindu kan papa dan abangnya. 

perlahan lahan air matanya diseka. sehingga kini dia berasa bersalah dan bersimpati pada Adilin atas layanan mamanya padanya. dia tidak mampu berbuat apa apa untuk melindungi wanita itu. sehinggalah 6 tahun yang lepas, semasa dia pulang daripada sekolah, kelibat Adilin sudah tidak kelihatan di rumahnya lagi. 


selama 6 tahun, Afif cuba untuk menghubunginya tetapi di halang keras oleh mamanya atas alasan tidak mahu mengganggu fokus pelajarannya di Singapura. dan, yang paling menghairankannya ialah, mereka berpindah rumah di Damansara pada awal tahun pertama ketiadaan Adilin di rumah.

ya. dia tekad. esok, dia akan pulang ke rumah mamanya dan bertanyakan tentang perihal yang sebenar.

* bersambung *










Tuesday 29 November 2016

cerpen : mendongak Part 4


" Afif ! " dia malas untuk menoleh. 

" Afif ! " pergerakannya dilajukan.

Aswad berlari dan menghalang perjalanan sahabatnya.

" Wei, asal kau ni ?"

" As, please. forward. " dia menolak perlahan bahu Aswad. sambil tangan sebelah kirinya membetulkan kedudukan beg sandang yang hampir terjatuh daripada bahu kanannya.

" Bro, asal ?  aku salah cakap ke ? " Aswad masih menahan perjalanan sahabatnya itu. kali ini, bahu Afif dipegang erat.

" looks your words. aku chaw dulu. " Afif menepis kuat tangan Aswad yang mencengkam bahunya. lalu dengan pantas langkah kakinya dilajukan meninggalkan Aswad di situ.

 Aswad mengeluh. peristiwa di perpustakaan sebentar tadi terlintas kembali. 

" Bro, malam ni nak makan kat mana ? " Aswad meletakkan pen yang sedang dipegangnya. dia memandang aneh gelagat sahabatnya. 

" Bro ? " Aswad mencucuk cucuk pipi sahabatnya dengan hujung penutup pennya.

Afif yang sedang leka mengelamun terus tersedar. 

" ish, kau ni dah kenapa As ? " Afif mengerutkan dahinya sambil menggosok pipinya yang terasa geli itu. 

" tak ada lah aku nampak kau asyik diam je dari tadi. lepas tu, aku tanya kau nak makan mana malam ni kau tak jawab. kau ada masalah ke ? "

" nampak muka aku macam ada masalah ke ? "

" bro, kau hidup dengan aku dah dekat 12 tahun. "

" kau ingat lagi kat Dilin ? " 

" Dilin mana ni ? "

" Adilin Syuhada "

" haaa err ingat. asal ? "

" dua bulan lepas aku terserempak dengan dia. " Afif menjawab sambil bibirnya digumamkan.

" kat mana ? "

" Taman Agro Sinar. "

" kau sure ke tu dia ? "

" aku tak pasti. aku tengok sekilas je. "

" entah entah orang lain kot. lagi pun, bukan mama kau kata dia sekarang kat singapore sambung medic ? "

" aku tak rasa mama aku jujur dengan aku. "

" bro, tak baik tuduh mama kau macam tu. "

" bukan tuduh. cuma, tak logik. kalau betul lah dia kat singapore, kenapa mama aku tak pernah  bagi aku keizinan pun untuk contact dia selama 6 tahun ni ?  "

" kau yakin tak salah orang ? "

" tak pasti. " Afif mengerling jam g-shocknya, 5 : 40 p.m. dia mengemas barang barangnya.

" kau nak pergi mana ni ? "

" cari dia. "

Aswad tergesa gesa mengemas barangnya dan mengejar Afif yang sudah melangkah beberapa tapak menjauhinya. " Bro,tak nak makan dulu ke ? aku lapar ni. "

" kau makan lah kat mana mana je. nanti aku makan time on the way balik rumah. "

" kau boleh jadi selfish semata mata sebab perempuan tak guna tu ? "

Afif memberhentikan langkah kakinya. badannya dipusingkan. matanya memandang tajam ke arah Aswad. " kau tak layak nak cakap bukan bukan pasal dia Aswad ! "

" apa ? salah ke aku cakap macam ni ? lepas apa dia buat kat family kau, kau boleh lagi nak protect dia ? "

Afif membetulkan cermin mata yang dipakainya. " behave with your words dude. sebelum kita nilai keburukan orang lain, kita kena nilai dulu diri kita. siapa kita nak cari cacat cela orang ? dosa sendiri pun berterabur. " tanpa berlengah Afif melajukan langkahnya.



* di Taman Agro Sinar *

sudah sebulan, Afif ulang rutin yang sama. menunggu seseorang yang sudah lama menghilang  untuk keluar berjogging di taman itu.

" Dilin, come on.. where are you ? " dia mengalah. jam menunjukkan pukul 7 : 00 petang. 

* azan maghrib berkumandang *

seperti biasa, Afif akan berhenti untuk solat berjemaah di Masjid Al - Amin di Taman Perumahan  itu.


seusai mengaminkan doa' yang dibacakan oleh imam, air mata Afif mengalir deras. dia tersentuh dengan bacaan yang dibaca oleh imam pada rakaat kedua. surah az zumar ayat 10 :

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ



" sesungguhnya, hanya orang - orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. "


ya, kini dia tersedar. berapa banyak ujian yang Allah s.w.t beri, dia mengeluh. malah, paling menyedihkan, dia menyalah kan takdir Allah dengan persoalan ' kenapa aku ? ' sedangkan dia lupa, dia hanya hamba. dia layak untuk diuji.


dia membuat keputusan untuk mendengar tazkirah yang akan disampaikan oleh Imam masjid. dan melaksanakan solat isya' di situ.

" Kalau kita nak pertolongan, yang pertama carilah Allah. memang salah lah cara kita mintak bantuan kalau kita bergantung pada manusia dan alatan semata mata. kalau kita faham maksud dan kuasa doa' sesaat pun kita tak nak tinggalkan amalan membaca doa'. "

tiba tiba ada sesusuk tubuh yang berbaju kemeja merah mengankat tangan. 

" Ustaz, saya nak tanya. kenapa ada sesetengah doa' yang kita mintak Allah tak makbulkan ? "

ustaz Ibrahim menghadiahkan senyuman buat pemuda itu.

" bagus soalan kamu tu. kita doa'lah macam mana panjang pun ayat tu, tapi kalau ikhlas dalam doa' tu tiada, tak berbaloi. orang kata apa ? buat bazir air liur je. sebab ibnu kathir menukilkan dalam tafsir ibnu kathir, tuan tuan boleh rujuk setiap orang yang beribadah dan berdoa' kena ada keikhlasan dalam melaksanakannya. lagi satu yang saya nak tekankan kat sini, dalam kitab Doa' wa dzikir dan kitab Da'awat, hadis sahih imam bukhari tentang doa'. Rasulullah s.a.w bersabda, " akan dikabulkan permintaan seseorang diantara kamu, selagi tidak tergesa gesa. iaitu, mengatakan : " saya dah doa' tapi Allah tak makbulkan. ". jangan tergesa gesa. kita kena yakin, Allah Maha Mendengar. mungkin kita nak sangat sesuatu tu sampai kita tak nampak kesan buruk dia pada kita. Tapi, Allah tahu dan Allah nampak kesan buruk dia pada kita. jadi, jangan marah dan perlekehkan kuasa Allah kalau doa' kita tak dimakbulkan. Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. "


* seusai solat isya' *

" nak, sini kejap. " ustaz Ibrahim memanggil Afif yang baru sahaja hendak keluar daripada masjid. 

" ya ustaz ? " huluran tangan daripada ustaz disambut.

" nama siapa ? "

" Afif Shauqi "

" haa Afif, jom makan dulu ? memang dah biasa masjid ni buat makan makan lepas solat isya' "

Afif menggaru garu tangannya. " ehh, tak palah ustaz. saya singgah makan kat luar je nanti. saya segan lah. saya tak alim. "

" Apa yang nak disegankan ? hahaha. jom, makan. "

" baik ustaz" Afif hanya menurut. 

entah mana silapnya, mungkin malam itu adalah rezekinya kelibat Adilin kelihatan di hujung meja bersama sama sekumpulan perempuan yang lain.

" kakak... "


*bersambung*









Saturday 9 July 2016

cerpen : mendongak Part 3

* tit tit tit tit tit *

jam locengnya berbunyi. dia terjaga daripada mimpinya. matanya digosok lembut. secara perlahan lahan langkah kakinya menuju ke arah meja belajarnya, dengan pantas tangannya menekan button off pada jamnya. jam pada waktu itu menunjukkan tepat pada pukul 4 pagi.

dia mengorak langkah menuju ke arah bilik mandi. satu persatu anggota badan yang perlu dibasahi air dengan air wuduk dilakukannya dengan penuh tertib.

dia membuka almari sambil matanya dikedip kedipkan berulang ulang kali kerana ingin mengurangkan sedikit keakitan yang dirasai oleh matanya ketika sisa air wuduk yang berbaki dikelopak mata, mula memasuki mata bundarnya itu. tanpa berlengah, Adilim mengambil sejadah yang diletakkan di dalam almari kayu hitam. kemudian dihamparkan sejadah itu menghadap ke arah kiblat.


pada sujudnya yang terakhir, air matanya minitis, deras. sederas keperitan yang ditanggung olehnya saat ini. dia mengakhiri solat tahajudnya pada hari tu dengan salam. tidak semena mena pada salam yang kedua, air matanya mengalir lagi. kali ini, kelihatan badannya turut bergetar. tangannya sejuk. dalam hatinya, dia berbisik " Ya Allah.. "


dia meluahkan segala yang terpendam di hati. segala perit yang dirasa, dia luahkan pada Dia yang Maha Mendengar.


*di ruang tamu*


" wah, hmm. sedapnya bau. hehe Dilin masak apa tu ? " tanya Awatif sambil tangan kanannya membuka peti sejuk.


" masak bihun goreng je. hehe. mana yang lain ? " soal Adilin sambil meletakkan bihun yang dimasaknya di atas meja.


" Nadya dengan Ulfah pergi jogging. eh chop chop. cakap pasal joging, kenapa Atif dah jarang nampak Dilin jogging pagi pagi, ya ? " Awatif mengajukan soalan sambil mencedok bihun ke dalam pinggannya. huhu.. bukan selalu dapat merasa air tangan Adilin ni, hehe..


Adilin terkesima. ' Ya Allah.. apa aku nak jawab ni ? ' belum pun sempat Adilin menjawab tiba tiba kedengaran pintu utama rumah teres dua tingkat itu diketuk diiringi laungan salam.


" assalamualaikum ! " 


" depa ni, tak penah tak ganaih kalau ketuk pintu. kalau boleh, nak ketuk sampai pintu tercabut agaknya. " omel Atif bersahaja.


Adilin ketawa kecil, ' Ya Allah, terima kasih..' adilin menarik nafas lega. haa, tak payah susah susah nak reka alasan.


Adilin membuka selak kunci, " waalaikumussalam cik Hulk sekalian. " macam kebiasaannya, Adilin akan menyambut sahabat sahabatnya di pintu dengan senyuman, manis !.


" hehe.. haii Dilin. " Ulfah melambai lambaikan tangannya sambil bucu kaki pintu ditahannya dengan kaki. 


" Ulfaaaah ! Nadyaaa ! hampa tak mau rasa bihun yang Dilin masak ni ka ? " dengan loghat kedahnya, Awatif menjerit. bergegar rumah oii..


dengan pantasnya Nadya dan Ulfah berlari lari anak menuju ke arah meja makan. suasana pada pagi itu, riuh rendah. masing masing ada cerita yang mencuit hati. namun, tidak pada Adilin. dia hanya menjadi pendengar yang setia. 


(petang itu)


* tap *


selang dua saat.


* tap *


selang dua saat lagi.


* tap *


Nadya yang sedang membaca buku memandang Adilin dengan pandangan yang pelik. ketika itu, hanya ada Adilin dan Nadya sahaja di rumah. pada petang itu, Awatif menemani Ulfah pergi ke supermarket untuk membeli barang barang dapur.


Nadya meletakkan bukunya di atas meja. lalu berkata, " meletup jugak tv ni nanti. " sambil menyilangkan kakinya. pandangannya masih ditumpukan pada Adilin.


menyedari dirinya diperhatikan, Adilin terus berhenti daripada menukar siaran television.


Nadya : " Dilin okay ? " 


Adilin : " okay je "


Nadya : " sure ? "


Adilin : " :) "


suasana kembali sepi untuk seketika. " jom ? " Nadya berkata sambil menghulurkan tangannya kearah Adilin. " jom kemana ? " ujar Adilin. " Alaa, jom jelah. jangan banyak tanya. " ujar Nadya sambil mengambil kunci kereta honda civicnya.


* Taman Seri Badi *


" jom duduk kat sana " ujar nadya perlahan sambil tangannya mengenggam erat tangan Adilin.


kerusi yang mereka duduki berhadapan dengan tasik Seri Badi. suasana pada petang itu, tenang. 


Nadya : " if you wanna share something, i'm here. "


Adilin : " .. "


Nadya : " Nad tengok sejak dua menjak ni, Dilin macam dah lain. "


Adilin : " .. "


Nadya : " you know what, dear ? Allah takkan uji kita, kalau kita tak mampu nak face semua ujian yang Dia bagi. Allah tak kejam. "


Nadya : " Ada masa, kita kuat. ada masa, kita rebah. Nad tahu, Dilin kuat. "


Adilin : " orang selalu cakap, ' kau kena kuat. ' tapi, diaorang tahu ke betapa payahnya untuk kuat ? "


Adilin : " semua orang boleh luah. 'aku kuat.' 'aku okay.' tapi, hakikatnya ? "


tanpa sedar, air mata adilin mengalir. laju.


Nadya menggenggam erat tangan sahabatnya. 


Nadya : '' okay, look. semua orang boleh cakap yang dia 'kuat' dia 'tabah' dia 'tak mudah rebah'. ya, semua boleh acah acah kuat dengan melontarkan ungkapan. " don't worry. i'm okay."


Adilin : " Nad tak faham.. "


Nadya : '' dear. look at me and listen here. ada orang, bila dia nak cari kekuatan dia. dia akan sembunyikan kesedihan depan manusia dan luah semua duka pada Dia. ada orang pulak, cara dia kumpul kekuatan adalah dengan cara meluah pada manusia.''


Nadya : '' semua orang ada cara masing masing untuk kuat. and, you also have it too. ''


Adilin : " kenapa kena kuat ? "


Nadya : " sebab, kuat bukan pilihan. tapi, ianya jawapan. dalam hidup ni. kita boleh buat pilihan kita. nak makan atau tak. nak tidur atau tak. nak study atau main coc. kita ada pilihan. tapi, untuk jadi kuat. kita tak perlu pilih dan fikir sama ada aku perlu jadi kuat atau aku still nak jadi lemah macam sotong kena pijak anak anak badak yang tengah marathon. ? tak perlu. sebab, kuat itu jawapan."


Nadya : " Nad tahu, tak senang untuk kuat. tapi, apa lagi cara yang kita boleh buat selain daripada berlagak kuat dan usaha untuk jadi kuat ?. orang yang heybat, they face semua ujian yang Allah bagi, dengan penuh macho. tapi, orang yang kurang heybat. dia akan hadapi ujian dengan lemah longlai. think. apa yang kita dapat kalau setiap kali Allah uji, tapi, kita tak hadapi ujian tu bersungguh sungguh ? "


Nadya : " Dilin sayang, Allah takkan uji kita. kalau kita tak mampu. Allah tak kan saja saja biarkan awak menangis tahan peritnya ujian. tak, Allah tak kejam. tapi, apa yang Allah nak kita faham adalah, dalam susah senang kita, Allah sentiasa ada."


Nadya : " Turn to Him. cari Dia, sebelum manusia. kuat ni, macam vaksin untuk jasad yang dah makin jauh daripada realiti kehidupan dalam konteks Hamba dan Pencipta. yakni, dalam konteks hamba dan pencipta ni, tugasan hamba adalah, sambut dan hadapi ujian. bukan, mengeluh dan maki hamun ujian yang Allah bagi. "


Adilin : " Syukran." :)


Nadya : *hulur tisu*


Adilin : " Thanks, hahahahaha. " *menangis sambil ketawa*


Nadya : " Takpe, menangislah. jangan sorok sorok. "


Adilin : " Nadd.. " adilin memanggil nama nadya sambil kepalanya ditundukkan.


Nadya : " ya sayang ? "


Adilin : " lapar "


Nadya : " hek eleh. ingatkan nak story tadi. hahaha. okaylah jom g makan. "


Adilin : " yeye nad belanja ! "



*bersambung*









Monday 30 May 2016

Luahan Si Pendosa

Monolog Hati.

--

hanya luahan hati.
yang aku rungkai dalam bentuk aksara.

mengenai luahan rasa yang terpendam lama.
aku nukilkan bicara.

aku wakilkan diri untuk mereka.
aku ingin mereka tahu.

bahawa, 
aku juga 'pendosa.'

dan,

aku mahu mereka tahu.
bahawa, 
mereka juga berpeluang untuk merasa.
betapa manisnya dichentai dan menchentai.
betapa manisnya chenta hamba buat Ilahi.

sungguh, masih ada harapan untuk kita semua (pendosa).

sungguh, masih ada jalan untuk menggapai Redha dan ChentaNya.

hanya tinggal kita.
yang harus berusah berpuluh kali ganda untuk mencari.
dan, terus mencari. 


--

*saya tak gunakan kau aku untuk entry ni, sebab ianya berkaitan dengan hati.*

k tak ada kena mengena. haha haha.

--

nak tahu tak. ? dalam hidup ni, kita semua ada kisah tersendiri. ada rentetan kisah yang tersendiri.

ada orang, Allah dah memang tetapkan yang dia terpaksa redah jahiliah dulu sebelum hijrah.

ada orang, mula mula fasa kehidupan dia hijrah, tapi pada akhir nafasnya kufur.

saya, anda malah mereka. ya, kita semua. sama.

sama sama pegang tittle pendosa.

saya tahu, dan saya yakin. semua orang tertarik untuk jadi baik. semua orang terasa dan teringin nak hafaz 30 juzuk al Quran, semua orang teringin nak mati syahid, semua orang teringin nak jadi soleh au solehah, semua orang teringin nak masuk jannah.

ya, saya yakin. semua orang pernah terdetik pada hati. ' aku nak berubah.. '

saya tahu, yang diluar sana mesti ada yang sedang berjuang untuk berhijrah. nasihat saya, teruskan. teruskan melangkah ke arah jalan yang diredhai Tuhan. 

jatuh ?

bangkit.

terulang dosa yang dulu ?

taubat.

dikritik oleh masyarakat ?

sabar dan senyum.

yakinlah, Allah ada sentiasa dengan kita. Allah yang nilai usaha kita macam mana, Allah lebih tahu dan sebaik baik penilai adalah Allah. abaikan tohmahan manusia.

kadang tu bukannya apa, mungkin mereka tak boleh terima bila tengok perubahan drastik kita. antara salah satu cara mereka nak kembalikan kita kepada diri kita yang jahil dulu adalah dengan mengkritik, menjatuhkan kita, memaki kita. 

mereka buat macam tu sebab mereka tahu, yang kita tak mampu nak tahan telinga daripada dengar orang mengutuk kita macam macam. and, akhirnya kita buat keputusan untuk tutup pintu hijrah dan kembali menjadi jahil.

pesanan saya cuma satu, sabar.

saya tahu, tak mudah. saya tahu hijrah ni susah. saya pernah rasa. jatuh, bangkit, perit dan sakitnya bila nak tinggalkan cik jahiliah.

saya pernah rasa.


--

seusai tazkirah dhuha.

" Kak Sya, saya nak berubah.. "

si naqibah mendiamkan diri, si naqibah memberi peluang untuk anak usrahnya meluahkan segala yang ingin diluah.

" tapi, saya takut.. saya banyak dosa.. banyak sangat sangat. kalau Allah tak ampunkan saya macam mana.? saya tak nak masuk neraka.. "

si naqibah tersenyum.

" kalau Allah boleh ampunkan dosa saidina umar yang dulunya tegas menentang islam, inikan pulak awak yang lahir lahir terus islam ? "

dia tunduk. kainnya basah dengan air mata. 

si naqibah menyambung bicaranya.

" awak nak tahu tak ? ada satu hadith daripada riwayat muslim. Rasulullah bersabda, bahawa Allah berfirman : " aku sesuai dengan prasangka hamba ku terhadap aku, dan aku selalu bersamanya ketika dia mengingati aku. apabila dia mengingati aku dalam dirinya, aku mengingatinya dalam diri ku. apabila dia mengingati aku dalam satu jemaah manusia, aku mengingatinya dalam satu kumpulan mahluk yang lebih baik dari mereka. apabila dia mendekati aku sejengkal, maka aku mendekatinya sehasta. apabila dia mendekati ku sehasta, aku akan mendekatinya sedepa. dan, apabila dia datang kepada ku dengan berjalan, maka aku akan datang kepadanya dengan berlari. sweet kan Allah dengan kita yang nak berubah ni ? "

kepalanya masih ditundukkan. makin deras air matanya mengalir.

" Allah baik sangat kak... saya ni je yang teruk.. tak pernah hargai kasih sayang Allah.. sayang ke Allah kat saya lepas saya abaikan Allah ? "

si naqibah memujuk lembut.

" Shh, hey, jangan macam ni. nak tahu tak, sekarang ni pun Allah tengah limpahkan kasih sayangNya kat awak tau. "

dia mengangkat kepala.

" mana akak tahu ? "

si naqibah menggenggam tangannya erat. sebuah senyuman yang paling macho si naqibah ni bagi kat anak usrah dia.  erk, k.

" tanda Allah sayang, Allah akan kurniakan hidayah kepada hambaNya supaya hambaNya usaha sehabis mungkin untuk ke jannahNya. samalah macam sekarang, awak menangis bila kenangkan dosa awak, awak rasa bersalah, awak takut neraka, inilah hidayah. Allah jentik hati awak untuk berubah jadi lebih baik. "

dia terus peluk si naqibah sambil menangis teresak esak.

si naqibah berkata perlahan sambil menepuk perlahan belakang badan anak usrahnya."Allah sayangkan awak, Allah nak awak masuk syurgaNya." 


--

bukan semua orang lahir lahir terus jadi solehah dan soleh.
bukan semua orang lahir lahir terus fasih baca al quran.
bukan semua orang lahir lahir terus tahu, mana yang haram mana yang halal.
bukan semua.

ada yang diantara kita, tak tahu ikhtilat tu apa.
ada yang diantara kita, tak tahu solat tu macam mana.

semua orang layak berkenalan dengan cik hijrah. semua orang layak untuk berubah. tinggal pada diri kita, hendak atau pun tak hendak.

pilihan untuk berubah tu ada, cuma kekuatan yang masih tak ada.

untuk para muslimat yang sedang mencari kekuatan dan sokongan untuk berhijrah boleh hantar email kepada saya : sitiaisyahahmadzuhri@gmail.com

In Shaa Allah, saya akan cuba bantu mana yang saya mampu.

saya tahu, ada yang di sini hatinya dah tercuit untuk berubah, tapi selalu sangat rebah bila dicuit oleh nafsu dan iblis. 

usaha, jangan berhenti usaha. yakinlah, Allah nilai semua usaha kita ni.

Moga Allah redha. :)



--



okay, sebagai penambahan saya letakkan lirik nasyid kumpulan rabithah. bolehlah nyanyi sambil menghayati. 


--

Allah, entah sampai bila ?
ku diulit gelisah.
diriku seakan rebah.
bagai tiada arah.

Allah, aku mengakui.
aku hamba hina.
penuh dengan dosa.
namun sampai bila ?

Allah ku ingin berubah.
namun amat payah.
kurniakan hidayah.
Allah engkau tahu.
betapa seksanya.
tika ku berdosa.
diulit resah gelisah

oh, aku pernah cuba.
namun tak berjaya.
ku masih ulangi.
dosa dosa ku lagi.

Allah, entah sampai bila ?
ku rebah bangkit rebah bangkit.
ku ingin bangkit selamanya.
tiada lagi rebah.

Allah ku ingin berubah.
namun amat payah.
kurniakan hidayah.
Allah engkau tahu.
di sudut hati ku.
ku cinta dirimu.
hatiku rindu padamu.

aku tidak tenang.
selagi ku tak berlinang.
air mata keinsafan..







Saturday 14 May 2016

Cerpen : Mendongak Part 2

Pada Malam itu, dikawasan sekitar bandar Suria Siber itu diturunkan oleh Al-Rahim dengan hujan. hujan yang sangat sangat lebat.angin bertiup kencang. laju. sehingga kesejukan angin tersebut menembusi tulang belakangnya. ' macam dah kat kutub utara rasanya. ' bisik hati kecil Adilin.

Adilin melihat jam tangan Fossil merah jambunya.jam tangan ni Atif yang bagi time hari jadi Dilin tahun lepas.

' pukul 2 : 26 pagi '

Adilin memeluk tubuh. ' fuuhh, sejuk sangat ni ' bisik hati monggel Adilin, sambil menutup slide di biliknya. badannya direbahkan ke atas katil.

Adilin mengeluh berat. Sungguh, dia langsung tak suka suasana hujan, walaupun orang kata hujan tu rahmat, tapi bagi Adilin, hujan adalah perosak. sebab kan hujan, hidupnya sampai sekarang ditindas.

orang selalu kata lepas hujan, adanya pelangi same like lepas kita tempuh pahitnya ujian, kita akan rasa manisnya kesabaran. tapi, Dilin tak berapa suka dengan perumpamaan tu. sebab, bagi Dilin, pelangi hanya akan muncul sekiranya hujan tu berlaku time siang, kalau berlaku time malam, macam sekarang ni, ada ke pelangi muncul lepas hujan ? tak dan takkan. 

bagi Adilin, langit yang cerah tu khusus untuk mereka yang terpilih. tapi, macam mana dengan nasib Adilin yang tergolong dalam suasana malam yang gelap ? kosong. 

Adilin membuka laci mejanya. dia mengeluarkan surat khabar 10 tahun yang lalu. diletakkan surat khabar itu di atas katil. pada muka surat tengah tersimpan sekeping gambar. dia melihat gambar itu,dia tersenyum sumbing. dia membaca semula keratan akhbar yang berada di atas katil itu. Adilin membaca tajuk tersebut perlahan " 2 orang jutawan terkenal maut di jalan raya ".

entah apa yang difikirkannya, tiba tiba air mata yang mahal itu mengalir untuk yang keberapa kalinya pun tak tahu. tangisannya makin kuat sambil tangannya memeluk erat gambar arwah papa dan mamanya.

" papa.. elyn rindu papa.. mama.. i need you.. elyn perlukan mama and papa.. "

esakkannya semakin kuat. kali ini dia tidak merasa terganggu untuk menangis, kerana bunyi air hujan yang bergema di atas bumbung menenggelamkan suara Adilin daripada didengari oleh sahabat sahabatnya.

5 minit.

10 minit.

15 minit.

matanya sudah terasa berat. akhirnya dia tertidur sambil tangannya memeluk erat gambar arwah papa dan mamanya. Okay readers, perasan tak ? kadang tu, bila kita ada problem besar, for sure kita akan nangis kan ? after nangis, kita akan terus terasa mengantuk. Orang selalu kata ' maybe sebab penat menangis (?)'. Tapi, bagi saya, perasaan nak tidur tu takkan terjadi tanpa aturan Dia. Dia tahu, hanya dengan tidur, kita dapat rest sekejap daripada luka yang kita rasa tu. jadi, lepas ni kalau kita dapat nikmat 'tidur' after nangis, ucap Alhamdulillah, berterima kasih pada Allah sebab Allah tengah pujuk hati kita tau time tu. kuat ! :)

k hahaha terbebel pulak. okay, proceed to cerpen.

10 tahun yang lalu.

di kelas 4 As-Siddiq kedengaran riuh rendah suara kanak kanak bergelak ketawa sambil terkinja kinja. ada yang terlompat lompat, ada yang main gelek gelek telur dan ada yang tengah bergosip, and paling tak tahan ada yang tengah rushing siapkan homework semalam, yang teacher nak hari tu, ayok dik, tulah tak siap kerja lagi. 

tetapi, dibahagian hadapan kelas. hanya ada seorang budak perempuan duduk menyendiri sambil tangannya menulis sesuatu di dalam buku kecil. 

tiba tiba ada seorang pelajar lelaki menjerit " wei korang, cikgu mai ! cikgu nak mai wei ! duduk cepat. "

dalam sekelip mata je, kelas terus sunyi. hanya kedengaran bunyi kipas. hahaha hipokrik betul budak budak ni. semua acah keluarkan buku plus buat muka fokus untuk study.

" Banguuun, Assalamualaikum cikgu "

bergema satu kelas dengan suara pelajar sekolah rendah memberi salam dan bacaan doa' sebelum belajar. 

15 minit selepas cikgu mengajar.

" knock knock "

pandangan Teacher Ros terus tertumpu ke arah pintu kelas. tchr Ros terus melangkah menuju ke arah pintu. 

Adilin mengerutkan dahinya. " Pak Su ? " luah Adilin perlahan. ' apa pak su buat kat kelas ni ? nak belajar math jugak ke ? ' bisik hati kecil Adilin.

Tchr Ros mengangguk dan menapak terus menuju ke arah meja Adilin. Tchr Ros menghadiahkan seulum senyuman. senyuman yang tawar. " Dilin, awak boleh balik awal hari ni " Adilin hairan. ' aik ? baru pukul 10 : 45 awalnya ? ' bisik hati kecil Adilin. 

Adilin hanya menurut. dia mengemas semua barang barangnya dan dimasukkan ke dalam beg roda barbie yang dibelikan oleh papanya. cantik, kaler pink.

--

*di dalam kereta*

" Pak su, kita nak pergi mana ni ? " soal Adilin sambil tangannya menggaru garu kepalanya.

Pak su senyum. " kita nak pergi jumpa papa dan mama. "

" Ouhh.. okay "

Uncle Umar on radio, and kuatkan level air cond betulkan kedudukan kerusi Dilin, biar Dilin selesa sikit. tidak berapa lama kemudian, Adilin tertidur.

Kereta Nisan Juke berwarna merah itu berhenti di sebuah rumah agam mewah.

" Dilin... bangun sayang, kita dah sampai ni.. Adilin.. " kejut Uncle Umar perlahan.

Adilin tersedar dari lenanya. Adilin yang masih mamai terus bergegas keluar mengekori langkah pak sunya. 

" kenapa ramai orang ni pak su ? " soal Adilin.

Uncle Umar hanya mampu tersenyum. " jom ? " Uncle Umar memimpin tangan anak buahnya untuk masuk ke dalam rumah.

Adilin membuka kasut sekolahnya. ' hmmm wanginya bau ni ' bisik hati kecil Adilin. Uncle Umar memimpin tangan Adilin dan menuju ke arah ruang tamu. makin dekat dengan ruang tamu, makin wangi. 

setapak..

dua tapak..

tiga tapak..

Uncle Umar mengemaskan lagi genggaman tangannya. ' Ya Allah. kuatkan dia.. Dilin Kuat ! Uncle tahu tu.. ' bisik hati kecil Uncle Umar. Uncle Umar melepaskan genggaman tangannya, memberi ruang kepada Adilin untuk melihat wajah arwah papa dan mamanya disebalik kain palas itu.

Uncle Umar menyelak kain palas yang menutupi wajah papa dan mama Adilin.

" papa ? mama ? " sambil tangan kanannya  mengusap lembut pipi mamanya. tangan kirinya pula diletakkan pada bahu arwah papanya.

" papa.. bangunlah.. papa.. " esak tangisnya sudah kedengaran. " papa.. mama.. bangunlaaaah.. "

" jangan tinggalkan Elyn sorang sorang.. Elyn nak ikut papa .. Elyn nak ikut mama.. paa.. maa.. bangunlaah.. "

Adilin berlari menuju ke arah kereta pak sunya, dia membuka pintu kereta dengan pantas lalu membuka zip begnya. dia mengeluarkan satu kertas A4.  Adilin berlari laju, menuju ke arah papa dan mamanya. dia mengesat air matanya, namun air matanya masih mengalir.

" paa.. maa.. Elyn bawkkan hadiah tau ? Elyn lukis gambar kita bertiga ni.. cantik.. papa dengan mama tak nak tengok ke ? "

" paa.. maa.. " Adilin menangis teresak esak. semua yang hadir turut sebak. masing masing berdoa' di dalam hati, agar budak perempuan ini kuat. ' Kuatkan dia Ya Allah.. '


* Sambungan Part 3 In Shaa Allah saya akan sambung bulan puasa nanti. doa'kan :)