Saturday 27 February 2016

Langit.










monolog hati kecil.

" Ya Allah, cantiknya "

" tenangnya dia kat atas sana. hm "

" sungguh, aku teringin nak mendekat. tapi, aku tak layak. aku kotor "


--


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


hijrah.

dalam penghijrahan kita akan hadapi pelbagai cabaran dan pelbagai bentuk dan rasa kesakitan. sama ada kepahitan yang terasa peritnya di hati atau pun keperitan yang terasa pada mental.

sakit.

ya, sakit bila kita start nak melangkah untuk mengejar chenta-Nya tiba-tiba dipertengahan jalan langkah kita terhalang dengan cemuhan, sindiran, makian, herdikan dan kutukan.


ya, sakit.


tapi peliknya, hanya dengan mulut. kita dah boleh terjatuh golek golek. hanya dengan kutukan yang secebis kita dah jatuh menghempap bumi. hanya dengan sindiran kata-kata yang mengguris, air mata terus menitis. laju.

beribu ribu kali pelik bila islam diabaikan oleh penganut agamanya ? pelik bila kita mengikut syariat tetapi hidup terikat dengan kata kata yang menyengat ? pelik. sungguh, hati ini memekik " apa dunia ini sudah terbalik ?! "

pelik bukan ?

بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ


sabda rasulullah “Islam datang dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasing itu.” 

pelik bila diri terasa terasing sedangkan kaki melangkah mencari Redha Tuhan.

dan, ya. yang pelik itu juga yang membezakan kita semua. ' Hamba yang sedar dirinya berTuhan ' atau ' HambaNya yang berlagak Tuhan '.

siapa kata hijrah ini mudah ?
siapa kata hijrah ini tiada ujian ?
siapa kata hijrah ini melemahkan ?
siapa kata hijrah ini 'sentiasa' dikurung dengan kepayahan ?

ya, sejujurnya. hijrah ini memang payah. memang susah.

tapi, ingatlah kata kata motivasi daripada Dia :


Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
  jika tika ini bibir masih mengeluh, Suasana taman bunga di hati pula makin keruh. ingatlah, "Dia ada sentiasa"

mungkin tika ini kita menahan peritnya tohmahan. sakitnya ujian. tapi, kesakitan yang kita rasa hanya kesakitan yang rasanya hanya seketika. kebahagiaan yang pada akhirnya akan kita rasa yakni di bawah rahmatNya. 

bukan semua orang lahir-lahir terus jadi muslimah, anak soleh wa solehah, hambaNya yang taat akan perintah.

bila ada peluang dan terdetik dalam hati ' aku nak berubah ' teruskan melangkah. walaupun dipandang hina manusia ingatlah hidup kita sebagai hamba adalah untuk mengabdikan diri buat pencipta bukan manusia.

biarkan kritikan.
tepis segala kutukan.

yakinlah, diri ini masih ada Tuhan.

perjuangkan apa yang perlu diperjuangkan. angkat apa yang perlu diangkat. kerana itulah tugas kita sebagai khalifah bumi.

kadang, Tuhan hantar kan ujian bukan untuk melihat hambaNya tersedu sedan terseksa menahan rasa dan kenyataan bahawa dirinya seorang ' hamba yang lemah ' dalam mempertahankan deen Nya. 

tak.

Dia hantar ujian tikamana hati dah start nak beralih pada cahaya untuk ingatkan diri kita sebagai hamba yang sering ' lupa ' bahawa pergantungan manusia hanya pada Pencipta, bukan bergantung selain daripada-Nya.

FirmanNya :

" Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan. "


semua orang layak untuk berhijrah. semua orang mampu untuk berhijrah. pabila terdetik pada hati inginkan perubahan pada diri. ingin berubah pangkat daripada 'hamba jahiliah' kepada 'hambaNya yang taat perintah'. teruskan.

ya, bukan mudah.

tapi, itu bukan satu alasan untuk berhenti melangkah. teruskan berlari mengejar chenta Ilahi. lihat langit. indah bukan ? 

lihat pula awan yang tergantung tanpa tali. kukuh di atas sana. subhanaallah. hebat bukan ?

jangan rasa diri kita je yang ada masalah. lihat langit, pada siangnya ditemani burung yang berkicauan dan sinaran mentari dan dalam masa yang sama di langit yang sama itu jugak ada kepulan awan hitam yang menandakan suasan akan hujan.

pada langit. petir menyambar nyambar.
pada langit. ada pelangi sebagai hiasan selepas hujan.
pada langit. kelihatan ukiran awan yang berbentuk bentuk yang memberi ketenangan.

pada langit yang kelihatan tenang itu juga ada suasana suramnya.

ya. mendongaklah untuk seketika. lihat pada langit.


--

hijrah. 
satu jalan. 
yang penuh dengan duri mehna.
bersyukurlah.
jika kau tergolong daripada golongan yang terasing.