Monday 30 May 2016

Luahan Si Pendosa

Monolog Hati.

--

hanya luahan hati.
yang aku rungkai dalam bentuk aksara.

mengenai luahan rasa yang terpendam lama.
aku nukilkan bicara.

aku wakilkan diri untuk mereka.
aku ingin mereka tahu.

bahawa, 
aku juga 'pendosa.'

dan,

aku mahu mereka tahu.
bahawa, 
mereka juga berpeluang untuk merasa.
betapa manisnya dichentai dan menchentai.
betapa manisnya chenta hamba buat Ilahi.

sungguh, masih ada harapan untuk kita semua (pendosa).

sungguh, masih ada jalan untuk menggapai Redha dan ChentaNya.

hanya tinggal kita.
yang harus berusah berpuluh kali ganda untuk mencari.
dan, terus mencari. 


--

*saya tak gunakan kau aku untuk entry ni, sebab ianya berkaitan dengan hati.*

k tak ada kena mengena. haha haha.

--

nak tahu tak. ? dalam hidup ni, kita semua ada kisah tersendiri. ada rentetan kisah yang tersendiri.

ada orang, Allah dah memang tetapkan yang dia terpaksa redah jahiliah dulu sebelum hijrah.

ada orang, mula mula fasa kehidupan dia hijrah, tapi pada akhir nafasnya kufur.

saya, anda malah mereka. ya, kita semua. sama.

sama sama pegang tittle pendosa.

saya tahu, dan saya yakin. semua orang tertarik untuk jadi baik. semua orang terasa dan teringin nak hafaz 30 juzuk al Quran, semua orang teringin nak mati syahid, semua orang teringin nak jadi soleh au solehah, semua orang teringin nak masuk jannah.

ya, saya yakin. semua orang pernah terdetik pada hati. ' aku nak berubah.. '

saya tahu, yang diluar sana mesti ada yang sedang berjuang untuk berhijrah. nasihat saya, teruskan. teruskan melangkah ke arah jalan yang diredhai Tuhan. 

jatuh ?

bangkit.

terulang dosa yang dulu ?

taubat.

dikritik oleh masyarakat ?

sabar dan senyum.

yakinlah, Allah ada sentiasa dengan kita. Allah yang nilai usaha kita macam mana, Allah lebih tahu dan sebaik baik penilai adalah Allah. abaikan tohmahan manusia.

kadang tu bukannya apa, mungkin mereka tak boleh terima bila tengok perubahan drastik kita. antara salah satu cara mereka nak kembalikan kita kepada diri kita yang jahil dulu adalah dengan mengkritik, menjatuhkan kita, memaki kita. 

mereka buat macam tu sebab mereka tahu, yang kita tak mampu nak tahan telinga daripada dengar orang mengutuk kita macam macam. and, akhirnya kita buat keputusan untuk tutup pintu hijrah dan kembali menjadi jahil.

pesanan saya cuma satu, sabar.

saya tahu, tak mudah. saya tahu hijrah ni susah. saya pernah rasa. jatuh, bangkit, perit dan sakitnya bila nak tinggalkan cik jahiliah.

saya pernah rasa.


--

seusai tazkirah dhuha.

" Kak Sya, saya nak berubah.. "

si naqibah mendiamkan diri, si naqibah memberi peluang untuk anak usrahnya meluahkan segala yang ingin diluah.

" tapi, saya takut.. saya banyak dosa.. banyak sangat sangat. kalau Allah tak ampunkan saya macam mana.? saya tak nak masuk neraka.. "

si naqibah tersenyum.

" kalau Allah boleh ampunkan dosa saidina umar yang dulunya tegas menentang islam, inikan pulak awak yang lahir lahir terus islam ? "

dia tunduk. kainnya basah dengan air mata. 

si naqibah menyambung bicaranya.

" awak nak tahu tak ? ada satu hadith daripada riwayat muslim. Rasulullah bersabda, bahawa Allah berfirman : " aku sesuai dengan prasangka hamba ku terhadap aku, dan aku selalu bersamanya ketika dia mengingati aku. apabila dia mengingati aku dalam dirinya, aku mengingatinya dalam diri ku. apabila dia mengingati aku dalam satu jemaah manusia, aku mengingatinya dalam satu kumpulan mahluk yang lebih baik dari mereka. apabila dia mendekati aku sejengkal, maka aku mendekatinya sehasta. apabila dia mendekati ku sehasta, aku akan mendekatinya sedepa. dan, apabila dia datang kepada ku dengan berjalan, maka aku akan datang kepadanya dengan berlari. sweet kan Allah dengan kita yang nak berubah ni ? "

kepalanya masih ditundukkan. makin deras air matanya mengalir.

" Allah baik sangat kak... saya ni je yang teruk.. tak pernah hargai kasih sayang Allah.. sayang ke Allah kat saya lepas saya abaikan Allah ? "

si naqibah memujuk lembut.

" Shh, hey, jangan macam ni. nak tahu tak, sekarang ni pun Allah tengah limpahkan kasih sayangNya kat awak tau. "

dia mengangkat kepala.

" mana akak tahu ? "

si naqibah menggenggam tangannya erat. sebuah senyuman yang paling macho si naqibah ni bagi kat anak usrah dia.  erk, k.

" tanda Allah sayang, Allah akan kurniakan hidayah kepada hambaNya supaya hambaNya usaha sehabis mungkin untuk ke jannahNya. samalah macam sekarang, awak menangis bila kenangkan dosa awak, awak rasa bersalah, awak takut neraka, inilah hidayah. Allah jentik hati awak untuk berubah jadi lebih baik. "

dia terus peluk si naqibah sambil menangis teresak esak.

si naqibah berkata perlahan sambil menepuk perlahan belakang badan anak usrahnya."Allah sayangkan awak, Allah nak awak masuk syurgaNya." 


--

bukan semua orang lahir lahir terus jadi solehah dan soleh.
bukan semua orang lahir lahir terus fasih baca al quran.
bukan semua orang lahir lahir terus tahu, mana yang haram mana yang halal.
bukan semua.

ada yang diantara kita, tak tahu ikhtilat tu apa.
ada yang diantara kita, tak tahu solat tu macam mana.

semua orang layak berkenalan dengan cik hijrah. semua orang layak untuk berubah. tinggal pada diri kita, hendak atau pun tak hendak.

pilihan untuk berubah tu ada, cuma kekuatan yang masih tak ada.

untuk para muslimat yang sedang mencari kekuatan dan sokongan untuk berhijrah boleh hantar email kepada saya : sitiaisyahahmadzuhri@gmail.com

In Shaa Allah, saya akan cuba bantu mana yang saya mampu.

saya tahu, ada yang di sini hatinya dah tercuit untuk berubah, tapi selalu sangat rebah bila dicuit oleh nafsu dan iblis. 

usaha, jangan berhenti usaha. yakinlah, Allah nilai semua usaha kita ni.

Moga Allah redha. :)



--



okay, sebagai penambahan saya letakkan lirik nasyid kumpulan rabithah. bolehlah nyanyi sambil menghayati. 


--

Allah, entah sampai bila ?
ku diulit gelisah.
diriku seakan rebah.
bagai tiada arah.

Allah, aku mengakui.
aku hamba hina.
penuh dengan dosa.
namun sampai bila ?

Allah ku ingin berubah.
namun amat payah.
kurniakan hidayah.
Allah engkau tahu.
betapa seksanya.
tika ku berdosa.
diulit resah gelisah

oh, aku pernah cuba.
namun tak berjaya.
ku masih ulangi.
dosa dosa ku lagi.

Allah, entah sampai bila ?
ku rebah bangkit rebah bangkit.
ku ingin bangkit selamanya.
tiada lagi rebah.

Allah ku ingin berubah.
namun amat payah.
kurniakan hidayah.
Allah engkau tahu.
di sudut hati ku.
ku cinta dirimu.
hatiku rindu padamu.

aku tidak tenang.
selagi ku tak berlinang.
air mata keinsafan..







Saturday 14 May 2016

Cerpen : Mendongak Part 2

Pada Malam itu, dikawasan sekitar bandar Suria Siber itu diturunkan oleh Al-Rahim dengan hujan. hujan yang sangat sangat lebat.angin bertiup kencang. laju. sehingga kesejukan angin tersebut menembusi tulang belakangnya. ' macam dah kat kutub utara rasanya. ' bisik hati kecil Adilin.

Adilin melihat jam tangan Fossil merah jambunya.jam tangan ni Atif yang bagi time hari jadi Dilin tahun lepas.

' pukul 2 : 26 pagi '

Adilin memeluk tubuh. ' fuuhh, sejuk sangat ni ' bisik hati monggel Adilin, sambil menutup slide di biliknya. badannya direbahkan ke atas katil.

Adilin mengeluh berat. Sungguh, dia langsung tak suka suasana hujan, walaupun orang kata hujan tu rahmat, tapi bagi Adilin, hujan adalah perosak. sebab kan hujan, hidupnya sampai sekarang ditindas.

orang selalu kata lepas hujan, adanya pelangi same like lepas kita tempuh pahitnya ujian, kita akan rasa manisnya kesabaran. tapi, Dilin tak berapa suka dengan perumpamaan tu. sebab, bagi Dilin, pelangi hanya akan muncul sekiranya hujan tu berlaku time siang, kalau berlaku time malam, macam sekarang ni, ada ke pelangi muncul lepas hujan ? tak dan takkan. 

bagi Adilin, langit yang cerah tu khusus untuk mereka yang terpilih. tapi, macam mana dengan nasib Adilin yang tergolong dalam suasana malam yang gelap ? kosong. 

Adilin membuka laci mejanya. dia mengeluarkan surat khabar 10 tahun yang lalu. diletakkan surat khabar itu di atas katil. pada muka surat tengah tersimpan sekeping gambar. dia melihat gambar itu,dia tersenyum sumbing. dia membaca semula keratan akhbar yang berada di atas katil itu. Adilin membaca tajuk tersebut perlahan " 2 orang jutawan terkenal maut di jalan raya ".

entah apa yang difikirkannya, tiba tiba air mata yang mahal itu mengalir untuk yang keberapa kalinya pun tak tahu. tangisannya makin kuat sambil tangannya memeluk erat gambar arwah papa dan mamanya.

" papa.. elyn rindu papa.. mama.. i need you.. elyn perlukan mama and papa.. "

esakkannya semakin kuat. kali ini dia tidak merasa terganggu untuk menangis, kerana bunyi air hujan yang bergema di atas bumbung menenggelamkan suara Adilin daripada didengari oleh sahabat sahabatnya.

5 minit.

10 minit.

15 minit.

matanya sudah terasa berat. akhirnya dia tertidur sambil tangannya memeluk erat gambar arwah papa dan mamanya. Okay readers, perasan tak ? kadang tu, bila kita ada problem besar, for sure kita akan nangis kan ? after nangis, kita akan terus terasa mengantuk. Orang selalu kata ' maybe sebab penat menangis (?)'. Tapi, bagi saya, perasaan nak tidur tu takkan terjadi tanpa aturan Dia. Dia tahu, hanya dengan tidur, kita dapat rest sekejap daripada luka yang kita rasa tu. jadi, lepas ni kalau kita dapat nikmat 'tidur' after nangis, ucap Alhamdulillah, berterima kasih pada Allah sebab Allah tengah pujuk hati kita tau time tu. kuat ! :)

k hahaha terbebel pulak. okay, proceed to cerpen.

10 tahun yang lalu.

di kelas 4 As-Siddiq kedengaran riuh rendah suara kanak kanak bergelak ketawa sambil terkinja kinja. ada yang terlompat lompat, ada yang main gelek gelek telur dan ada yang tengah bergosip, and paling tak tahan ada yang tengah rushing siapkan homework semalam, yang teacher nak hari tu, ayok dik, tulah tak siap kerja lagi. 

tetapi, dibahagian hadapan kelas. hanya ada seorang budak perempuan duduk menyendiri sambil tangannya menulis sesuatu di dalam buku kecil. 

tiba tiba ada seorang pelajar lelaki menjerit " wei korang, cikgu mai ! cikgu nak mai wei ! duduk cepat. "

dalam sekelip mata je, kelas terus sunyi. hanya kedengaran bunyi kipas. hahaha hipokrik betul budak budak ni. semua acah keluarkan buku plus buat muka fokus untuk study.

" Banguuun, Assalamualaikum cikgu "

bergema satu kelas dengan suara pelajar sekolah rendah memberi salam dan bacaan doa' sebelum belajar. 

15 minit selepas cikgu mengajar.

" knock knock "

pandangan Teacher Ros terus tertumpu ke arah pintu kelas. tchr Ros terus melangkah menuju ke arah pintu. 

Adilin mengerutkan dahinya. " Pak Su ? " luah Adilin perlahan. ' apa pak su buat kat kelas ni ? nak belajar math jugak ke ? ' bisik hati kecil Adilin.

Tchr Ros mengangguk dan menapak terus menuju ke arah meja Adilin. Tchr Ros menghadiahkan seulum senyuman. senyuman yang tawar. " Dilin, awak boleh balik awal hari ni " Adilin hairan. ' aik ? baru pukul 10 : 45 awalnya ? ' bisik hati kecil Adilin. 

Adilin hanya menurut. dia mengemas semua barang barangnya dan dimasukkan ke dalam beg roda barbie yang dibelikan oleh papanya. cantik, kaler pink.

--

*di dalam kereta*

" Pak su, kita nak pergi mana ni ? " soal Adilin sambil tangannya menggaru garu kepalanya.

Pak su senyum. " kita nak pergi jumpa papa dan mama. "

" Ouhh.. okay "

Uncle Umar on radio, and kuatkan level air cond betulkan kedudukan kerusi Dilin, biar Dilin selesa sikit. tidak berapa lama kemudian, Adilin tertidur.

Kereta Nisan Juke berwarna merah itu berhenti di sebuah rumah agam mewah.

" Dilin... bangun sayang, kita dah sampai ni.. Adilin.. " kejut Uncle Umar perlahan.

Adilin tersedar dari lenanya. Adilin yang masih mamai terus bergegas keluar mengekori langkah pak sunya. 

" kenapa ramai orang ni pak su ? " soal Adilin.

Uncle Umar hanya mampu tersenyum. " jom ? " Uncle Umar memimpin tangan anak buahnya untuk masuk ke dalam rumah.

Adilin membuka kasut sekolahnya. ' hmmm wanginya bau ni ' bisik hati kecil Adilin. Uncle Umar memimpin tangan Adilin dan menuju ke arah ruang tamu. makin dekat dengan ruang tamu, makin wangi. 

setapak..

dua tapak..

tiga tapak..

Uncle Umar mengemaskan lagi genggaman tangannya. ' Ya Allah. kuatkan dia.. Dilin Kuat ! Uncle tahu tu.. ' bisik hati kecil Uncle Umar. Uncle Umar melepaskan genggaman tangannya, memberi ruang kepada Adilin untuk melihat wajah arwah papa dan mamanya disebalik kain palas itu.

Uncle Umar menyelak kain palas yang menutupi wajah papa dan mama Adilin.

" papa ? mama ? " sambil tangan kanannya  mengusap lembut pipi mamanya. tangan kirinya pula diletakkan pada bahu arwah papanya.

" papa.. bangunlah.. papa.. " esak tangisnya sudah kedengaran. " papa.. mama.. bangunlaaaah.. "

" jangan tinggalkan Elyn sorang sorang.. Elyn nak ikut papa .. Elyn nak ikut mama.. paa.. maa.. bangunlaah.. "

Adilin berlari menuju ke arah kereta pak sunya, dia membuka pintu kereta dengan pantas lalu membuka zip begnya. dia mengeluarkan satu kertas A4.  Adilin berlari laju, menuju ke arah papa dan mamanya. dia mengesat air matanya, namun air matanya masih mengalir.

" paa.. maa.. Elyn bawkkan hadiah tau ? Elyn lukis gambar kita bertiga ni.. cantik.. papa dengan mama tak nak tengok ke ? "

" paa.. maa.. " Adilin menangis teresak esak. semua yang hadir turut sebak. masing masing berdoa' di dalam hati, agar budak perempuan ini kuat. ' Kuatkan dia Ya Allah.. '


* Sambungan Part 3 In Shaa Allah saya akan sambung bulan puasa nanti. doa'kan :)


Sunday 1 May 2016

Cerpen : Mendongak Part 1

12.3.2015

di tasik Agro Sirna itu. terlihat sekujur tubuh seorang wanita yang sedang duduk sambil kepalanya tertunduk. tangannya digenggam, sambil matanya melihat tanah. dalam kesunyian, dia meluahkan. " Allah.. aku tak kuat.. " dalam masa yang sama air matanya mula mengalir. satu demi satu air mata jernih itu mengalir. laju. badannya menggigil menahan rasa pedih yang tersimpan di dada. dia menangis dan terus menangis.


--

* di rumah *

" Ulfah, ada nampak Dilin tak hari ni ? " Awatif bertanya sambil matanya melilau mencari kelibat sahabatnya itu. diintai di luar, keretanya ada. 

Ulfah menggeleng laju kepalanya sehingga choki choki yang berada di mulutnya terpelanting. Ulfah tersenyum sendiri. 'nasib baik Atif tak nampak. hahahaha' luah Ulfah di dalam hati.

" Tadi, Dilin kata dia nak ambik angin sat kat tasik. tapi, sampai sekarang tak balik balik. risaulah. " luah Awatif sambil tangannya mengelap peluh di dahinya. fuhh, risau dia sampai tahap berpeluh.

" Dah lama ke Dilin keluar ? " soal Nadya yang baru sahaja keluar daripada ruang dapur sambil tangannya membawa dulang yang terdapat 3 mug berisikan air Milo suam.

" lamalah jugak. dari pukul 8 pagi tadi, sekarang dah pukul 12 lebih " jawab Awatif sambil terjengket jengket melihat cermin luar rumah. almaklomlah, cermin rumah sewa diaorang ni tinggi. Gaya dah macam budak kecik main loncat loncat. kejap jengkit, kejap loncat. Awatif, Awatif.

" Jom, pergi cari Dilin ? " cadang Ulfah.

belum pun sempat Nadya dan Awatif menjawab, terdengar laungan suara yang amat mereka kenali memberi salam. haa, panjang umur.

" Assalamualaikum.. " Adilin memasuki rumah sewanya sambil menghadiahkan senyuman yang ikhlas buat sahabat sahabatnya. 

Awatif terus memeluk sahabatnya itu sambil menangis. yelah, risau punya pasal.

Adilin yang masih terkejut dan tak tahu menahu apa apa hanya membiarkan badannya dipeluk. erat. senak kot. 

" Atif, udah udah lah tu. kesian Dilin tu. dah macam bantal peluk hang buat. "

Awatif yang baru perasan akan keterlanjuran tindakannya melepaskan pelukannya. " hehe, sorry " Awatif meminta maaf sambil mengankat kedua dua belah tangannya.

" lamanya Dilin ambik angin. risau kitaorang dibuatnya. " soal Ulfah.

Adilin hanya mampu senyum. ya, memang begitulah sikap Adilin Syuhada, apabila ditanya jawapannya hanya satu, senyuman.

" Adilin mintak izin naik atas dulu ya ? nak mandi. "

Ulfah dan Awatif hanya mengangguk. namun, Nadya hanya membatukan diri. Nadya tahu, Adilin yang berada di rumah sewa mereka ini bukannya Adilin yang sebenar. senyuman yang dihadiahkan Adilin tadi agak cacat. Nadya tahu, pasti ada sesuatu yang dirahsiakan sahabatnya itu daripada pengetahuan mereka.

--

malam itu. selesai sahaja solat isya', Ulfah dan Awatif turun ke bilik bacaan untuk mengulang kaji pelajaran mereka. Adilin pula membuat keputusan untuk mengulang kaji pelajarannya di luar rumah. alasannya, lebih sejuk.

Adilin cuba untuk fokus pada pelajarannya. namun, fokusnya terganggu dengan masalah yang dihadapinya. masakan tidak, asal nak start baca je, teringat. asal nak start menulis je, teringat. sampai nak tulis, Isnin pun boleh jadi Usnin.

" Haii, jauh termenung. " sapa Nadya sambil meletakkan dua mug yang berisi horlick suam di atas meja bulat itu.

sekali lagi, Adilin hanya senyum.

" jemput minum. " ajakan Nadya hanya disambut dengan anggukan oleh Adilin.

hampir satu jam lebih mereka mendiamkan diri. masing masing fokus untuk study. Nadya melihat jam tangannya.

tepat pukul 11 malam. 

" mind to share something with me ? " luah Nadya sambil matanya masih tertumpu pada nota notanya.

" ha ? " Adilin kehairanan. 

Nadya mengahadiahkan senyuman untuk sahabatnya. 

" Dilin okay ? seem like something wrong with you today. " soal Nadya sambil matanya tertumpu pada Adilin. Adilin gelabah, dan pura pura mencari penya di dalam mug.

" hahahaha, awak cari apa kat dalam Mug tu lin ? "

" saya cari pen. haa, pen biru ni, tetiba hilang pulak dia. ni, nasib baik dah jumpa. " sambil menayangkan pen biru tersebut kepada Nadya. Nadya hanya ketawa. lawak kot, pen biru tu dari tadi kat tangan dia, boleh pulak dia cari dalam mug. adeh, dilin, dilin..

keadaan menjadi sunyi seketika.

" cantikkan bintang bintang tu. " luah Nadya sambil matanya memandang ke arah langit.

" Subhanallah, cantik sangat. " luah Adilin sambil kepalanya didongakkan untuk melihat bintang yang tersusun indah di langit. Ya Allah, cantikkany ciptaan kau. bisik hati kecil Dilin.

" perasan tak ? bintang tu hanya bersinar time malam je. tapi, time siang dia tak bersinar. kenapa ya ?" soal Nadya drastik.

" Sebab, bintang bercahaya. time pagikan suasan kat langit cerah. so, kita takkan boleh nampak bintang. tapi, belah malam kita senang nampak bintang sebab cahaya bintang lebih terang dari langit yang gelap. " jawab Adilin sambil matanya masih memandang ke arah langit. serious, cantik sangat. :)

" Same like us. " ujar Nadya perlahan.

" mean ? " Adilin mengerutkan dahinya.

" bayangkan bintang tu kita, langit yang gelap tu ujian yang Dia beri. kalau bintang takkan bersinar tanpa bantuan langit yang gelap. kita pulak, takkan belajar untuk bangkit, kalau Dia tak berikan ujian. " terang Nadya perlahan, dengan harapan Adilin akan tertarik untuk mendengarkan sesi bebelannya.

Adilin tertunduk. dalam keheningan malam itu, buat pertama kalinya Nadya melihat Adilin menangis. air matanya turun dengan laju. suara esakkannya di tahan. badannya berjongket,turun dan naik selang seli. 

Nadya memeluk Adilin. erat. " nangislah puas puas. kasi lega sikit hati tu." pujuk Nadya sambil mengosok perlahan belakang Adilin.

20 minit jugak mereka berada dalam keadaan sebegitu.

Adilin mengangkat kepalanya. " Sorry, mesti lenguhkan ? " soal Adilin.

Nadya hanya menggeleng. " dah okay ? "

Adilin cuba untuk tersenyum. ya, dia berjaya untuk senyum. tetapi, senyumannya tawar.

" it's okay to keep it secret. btw, remember this. if you wanna share something after you share it to Him. find me, im here. " luah Nadya sambil tangannya menggenggam tangan sahabatnya itu.

Adilin hanya mengangguk.

" dah, jom masuk tidur ?. dah lewat sangat ni. takut takut terlepas subuh pulak esok." ajak Nadya sambil tangannya menyusun nota notanya dengan teliti. Adilin juga berbuat perkara yang sama sambil menggangukkan kepalanya.

" ya Allah. pujuklah hati Adilin untuk terus kuat dan tersenyum." doa' Nadya di dalam hati.