Saturday 14 May 2016

Cerpen : Mendongak Part 2

Pada Malam itu, dikawasan sekitar bandar Suria Siber itu diturunkan oleh Al-Rahim dengan hujan. hujan yang sangat sangat lebat.angin bertiup kencang. laju. sehingga kesejukan angin tersebut menembusi tulang belakangnya. ' macam dah kat kutub utara rasanya. ' bisik hati kecil Adilin.

Adilin melihat jam tangan Fossil merah jambunya.jam tangan ni Atif yang bagi time hari jadi Dilin tahun lepas.

' pukul 2 : 26 pagi '

Adilin memeluk tubuh. ' fuuhh, sejuk sangat ni ' bisik hati monggel Adilin, sambil menutup slide di biliknya. badannya direbahkan ke atas katil.

Adilin mengeluh berat. Sungguh, dia langsung tak suka suasana hujan, walaupun orang kata hujan tu rahmat, tapi bagi Adilin, hujan adalah perosak. sebab kan hujan, hidupnya sampai sekarang ditindas.

orang selalu kata lepas hujan, adanya pelangi same like lepas kita tempuh pahitnya ujian, kita akan rasa manisnya kesabaran. tapi, Dilin tak berapa suka dengan perumpamaan tu. sebab, bagi Dilin, pelangi hanya akan muncul sekiranya hujan tu berlaku time siang, kalau berlaku time malam, macam sekarang ni, ada ke pelangi muncul lepas hujan ? tak dan takkan. 

bagi Adilin, langit yang cerah tu khusus untuk mereka yang terpilih. tapi, macam mana dengan nasib Adilin yang tergolong dalam suasana malam yang gelap ? kosong. 

Adilin membuka laci mejanya. dia mengeluarkan surat khabar 10 tahun yang lalu. diletakkan surat khabar itu di atas katil. pada muka surat tengah tersimpan sekeping gambar. dia melihat gambar itu,dia tersenyum sumbing. dia membaca semula keratan akhbar yang berada di atas katil itu. Adilin membaca tajuk tersebut perlahan " 2 orang jutawan terkenal maut di jalan raya ".

entah apa yang difikirkannya, tiba tiba air mata yang mahal itu mengalir untuk yang keberapa kalinya pun tak tahu. tangisannya makin kuat sambil tangannya memeluk erat gambar arwah papa dan mamanya.

" papa.. elyn rindu papa.. mama.. i need you.. elyn perlukan mama and papa.. "

esakkannya semakin kuat. kali ini dia tidak merasa terganggu untuk menangis, kerana bunyi air hujan yang bergema di atas bumbung menenggelamkan suara Adilin daripada didengari oleh sahabat sahabatnya.

5 minit.

10 minit.

15 minit.

matanya sudah terasa berat. akhirnya dia tertidur sambil tangannya memeluk erat gambar arwah papa dan mamanya. Okay readers, perasan tak ? kadang tu, bila kita ada problem besar, for sure kita akan nangis kan ? after nangis, kita akan terus terasa mengantuk. Orang selalu kata ' maybe sebab penat menangis (?)'. Tapi, bagi saya, perasaan nak tidur tu takkan terjadi tanpa aturan Dia. Dia tahu, hanya dengan tidur, kita dapat rest sekejap daripada luka yang kita rasa tu. jadi, lepas ni kalau kita dapat nikmat 'tidur' after nangis, ucap Alhamdulillah, berterima kasih pada Allah sebab Allah tengah pujuk hati kita tau time tu. kuat ! :)

k hahaha terbebel pulak. okay, proceed to cerpen.

10 tahun yang lalu.

di kelas 4 As-Siddiq kedengaran riuh rendah suara kanak kanak bergelak ketawa sambil terkinja kinja. ada yang terlompat lompat, ada yang main gelek gelek telur dan ada yang tengah bergosip, and paling tak tahan ada yang tengah rushing siapkan homework semalam, yang teacher nak hari tu, ayok dik, tulah tak siap kerja lagi. 

tetapi, dibahagian hadapan kelas. hanya ada seorang budak perempuan duduk menyendiri sambil tangannya menulis sesuatu di dalam buku kecil. 

tiba tiba ada seorang pelajar lelaki menjerit " wei korang, cikgu mai ! cikgu nak mai wei ! duduk cepat. "

dalam sekelip mata je, kelas terus sunyi. hanya kedengaran bunyi kipas. hahaha hipokrik betul budak budak ni. semua acah keluarkan buku plus buat muka fokus untuk study.

" Banguuun, Assalamualaikum cikgu "

bergema satu kelas dengan suara pelajar sekolah rendah memberi salam dan bacaan doa' sebelum belajar. 

15 minit selepas cikgu mengajar.

" knock knock "

pandangan Teacher Ros terus tertumpu ke arah pintu kelas. tchr Ros terus melangkah menuju ke arah pintu. 

Adilin mengerutkan dahinya. " Pak Su ? " luah Adilin perlahan. ' apa pak su buat kat kelas ni ? nak belajar math jugak ke ? ' bisik hati kecil Adilin.

Tchr Ros mengangguk dan menapak terus menuju ke arah meja Adilin. Tchr Ros menghadiahkan seulum senyuman. senyuman yang tawar. " Dilin, awak boleh balik awal hari ni " Adilin hairan. ' aik ? baru pukul 10 : 45 awalnya ? ' bisik hati kecil Adilin. 

Adilin hanya menurut. dia mengemas semua barang barangnya dan dimasukkan ke dalam beg roda barbie yang dibelikan oleh papanya. cantik, kaler pink.

--

*di dalam kereta*

" Pak su, kita nak pergi mana ni ? " soal Adilin sambil tangannya menggaru garu kepalanya.

Pak su senyum. " kita nak pergi jumpa papa dan mama. "

" Ouhh.. okay "

Uncle Umar on radio, and kuatkan level air cond betulkan kedudukan kerusi Dilin, biar Dilin selesa sikit. tidak berapa lama kemudian, Adilin tertidur.

Kereta Nisan Juke berwarna merah itu berhenti di sebuah rumah agam mewah.

" Dilin... bangun sayang, kita dah sampai ni.. Adilin.. " kejut Uncle Umar perlahan.

Adilin tersedar dari lenanya. Adilin yang masih mamai terus bergegas keluar mengekori langkah pak sunya. 

" kenapa ramai orang ni pak su ? " soal Adilin.

Uncle Umar hanya mampu tersenyum. " jom ? " Uncle Umar memimpin tangan anak buahnya untuk masuk ke dalam rumah.

Adilin membuka kasut sekolahnya. ' hmmm wanginya bau ni ' bisik hati kecil Adilin. Uncle Umar memimpin tangan Adilin dan menuju ke arah ruang tamu. makin dekat dengan ruang tamu, makin wangi. 

setapak..

dua tapak..

tiga tapak..

Uncle Umar mengemaskan lagi genggaman tangannya. ' Ya Allah. kuatkan dia.. Dilin Kuat ! Uncle tahu tu.. ' bisik hati kecil Uncle Umar. Uncle Umar melepaskan genggaman tangannya, memberi ruang kepada Adilin untuk melihat wajah arwah papa dan mamanya disebalik kain palas itu.

Uncle Umar menyelak kain palas yang menutupi wajah papa dan mama Adilin.

" papa ? mama ? " sambil tangan kanannya  mengusap lembut pipi mamanya. tangan kirinya pula diletakkan pada bahu arwah papanya.

" papa.. bangunlah.. papa.. " esak tangisnya sudah kedengaran. " papa.. mama.. bangunlaaaah.. "

" jangan tinggalkan Elyn sorang sorang.. Elyn nak ikut papa .. Elyn nak ikut mama.. paa.. maa.. bangunlaah.. "

Adilin berlari menuju ke arah kereta pak sunya, dia membuka pintu kereta dengan pantas lalu membuka zip begnya. dia mengeluarkan satu kertas A4.  Adilin berlari laju, menuju ke arah papa dan mamanya. dia mengesat air matanya, namun air matanya masih mengalir.

" paa.. maa.. Elyn bawkkan hadiah tau ? Elyn lukis gambar kita bertiga ni.. cantik.. papa dengan mama tak nak tengok ke ? "

" paa.. maa.. " Adilin menangis teresak esak. semua yang hadir turut sebak. masing masing berdoa' di dalam hati, agar budak perempuan ini kuat. ' Kuatkan dia Ya Allah.. '


* Sambungan Part 3 In Shaa Allah saya akan sambung bulan puasa nanti. doa'kan :)