Wednesday 30 November 2016

Cerpen : Mendongak Part 5


" eh, tapi kan mamat yang tanya abah (Ustaz Ibrahim : ayah Awatif)  soalan tadi tu muka dia sebijik betul dengan Dilin kan ? " ujar Awatif sepontan sambil matanya terarah pada talifon bimbitnya.

" yeke ? tak perasan pulak Nad tadi. Dilin perasan ke ? " tanya Nadya sambil sepotong kek span pandan dimasukkan ke dalam mulutnya.

Adilin cuba mengelak untuk menjawab persoalan Nadya. " Atif salah tengok kot. eh korang, Dilin nak jumpa ustazah hayati sekejap. " ujar Adilin sambil membawa satu bekas yang berisi bihun di dalamnya.

" Ustazah, ni bihun yang ustazah mintak hari tu. " hulur Adilin kepada ustazah Hayati. 

ustazah Hayati tersenyum gembira. akhirnya, dapat jugak dia merasa bihun goreng Adilin yang diidamkan sejak minggu lepas.

" terima kasih ya Syuhada. " ya, hanya ustazah Hayati dan suaminya ustaz ibrahim sahaja yang memanggilnya dengan panggilan Syuhada. bagi mereka berdua, Adilin sudah dianggap seperti anak mereka sendiri. 

" sama sama. " ucap Adilin sambil wajahnya dimaniskan.

" Syuhada boleh tolong saya angkat polisterin ni kat meja lelaki kat hujung sana tu ?"

" boleh boleh."


* di meja makan lelaki *

" Afif ? " bisik hati Adilin. " Ya Allah, kenapa sekarang kau temukan aku dengan dia ? aku masih tak bersedia nak hadap semua ni. "

tiba tiba Adilin teringat peristiwa semasa mendengar tazkirah maghrib tadi. pemuda yang memakai kemeja merah. ya, dia kenal pada susuk tubuh dan suara itu. pada mulanya, dia cuba menafikan. tapi, bila dah face to face macam ni, tak kan dia nak sedap kan hati dengan buat andaian yang ada depan dia sekarang ni saka Afif kot ?.

air yang sedang diminum oleh Afif tersembur sedikit. bukan kerana kopi itu terasa kelat. tetapi kerana dia terkejut melihat Adilin di depannya.

" Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah. Kau dah makbulkan doa' aku. " bisik Afif dalam hatinya.

" ustazah, saya balik dulu ya ?" ujar Adilin sambil matanya dihalakan pada wajah ustazah Hayati. " eh haa awalnya nak balik ? apa apa pun terima kasih tolong tadi." 

Adilin hanya tersenyum. dia bersalaman dengan ustazah Hayati sambil langkah kakinya dilajukan ke arah sahabat sahabatnya.

dari jauh, Afif hanya memerhati. hatinya sakit. bukan sakit kerana ditinggalkan. tetapi sakit kerana dia tidak mampu menegur wanita yang sudah lama dia cari dan tunggu itu.

Adilin mengemas buku notanya dan diletakkan di dalam beg sisi yang berisi telekung. Nadya yang baru sahaja nak menghabiskan tegukan air nya yang terakhir berhenti. " nak balik dah ke ? " soal Nadya. Adilin hanya mengangguk mengiyakan. 

Nadya cepat cepat menghabiskan minumannya dan membuang cawan polisterin ke dalam tong sampah yang disediakan. Awatif mengemas barang barangnya dan kunci kereta Honda City nya diberikan kepada Nadya. 

" Nad, start kereta dulu. Atif nak jumpa abah dengan ibu sekejap. " ujar Awatif sambil membaiki lipatan tudung bawal kuningnya.

" okay. " ujar Nadya. 


" eh, Dilin. nampak tak apa yang Nad nampak ? " ujar Nadya di bahagian pemandu. " nampak apa ? " jawab Adilin malas malas. " tu haa lelaki yang Atif kata muka macam Dilin tu. haah lah. muka korang nampak seiras sangat. " Adilin cuba menyanggah. " tak sama lah, hahahaha Nad ni ada pulak macam tu. salah tengok kot. "

belum pun sempat Nadya membela dirinya, Awatif terlebih dahulu memasuki kereta. " okay done. jom gerak. " Fuhh, selamat Dilin.

" haa, mana boleh gerak lagi. doa belum baca. " ujar Nadya. " eh haah hahahaha lupa pulak. "


* di rumah sewa Afif dan Aswad *


Afif sedang membaca buku di ruang tamu sambil televisyen dibuka. sungguh, fokusnya terganggu apabila teringat kejadian di masjid pada hari ini.

Aswad meletak kan satu sampul surat di atas meja. pandangan mata Afif masih tidak berganjak daripada melihat isi buku yang dibaca. 

" aku mintak maaf pasal petang tadi. " 

suasana sepi, lama.

kemudian, terdengar bunyi Afif berdehem. kini matanya terarah di arah jam dinding. 

11 : 48 malam.

" malam ni Chelsea lawan Arsenal. Jom lepak Kedai Abang Im " tanpa menunggu jawapan daripada Aswad, Afif terlebih dahulu mencapai kunci kereta HR-V nya.

* di kedai abang Im *

" haa dua brother handsome nak pesan apa ? " tanya si pelayan.

" macam biasa bang. " jawab Aswad dan Afif serentak. 

tidak berapa lama kemudian, kedua dua mereka ketawa serentak.

" hahahaha. " ketawa Afif paling terserlah kerana gaya ketawanya ala ala chipmunks.

apabila keadaan kembali reda, Aswad mencelah " aku mintak maaf pasal petang tadi." Afif hanya tersenyum. 

" aku jumpa dia tadi. betul betul dia As." Aswad tersedak. " serius bro ? " Afif tersenyum sumbing. " yup. tapi sayang, aku tak berani nak tegur dia. haha " ketawanya kedengaran plastik oleh Aswad.

" kat mana kau jumpa dia ? " 

" masjid kat taman tu. " jawab Afif sambil tangan kirinya bermain main dengan straw di dalam cawan yang berisi air teh o ais yang baru sampai itu.

" aku ingat sabtu ni aku nak jumpa mama aku. " luah Afif. " okay bro. aku okay je tinggal  sorang kat rumah. " 

" em thanks As "

* jumaat malam *

Afif teringat kembali kisah 12 tahun yang lalu. masa itu umurnya dalam lingkungan 13 tahun. pada waktu itu, cuti akhir tahun. dia dan keluarganya bercuti di kampung.

pada hari terakhir sebelum percutian mereka di kampung tamat. Adilin ada meluahkan keinginannya untuk bermandi manda di sungai. lalu,  Abang Afif, Fateh membuat keputusan untuk mandi di sungai. namun, Adilin dan Afif membuat keputusan untuk tinggal sahaja di rumah dan menikmati juajah yang disediakan oleh Opah mereka memandangkan cuaca sudah mula mendung.

Fateh mandi di sungai seorang diri. tidak berapa lama kemudian, hujan turun dengan sangat lebat. 

tiba tiba Ayahnya teringat pada abangnya, Fateh.  Afif dan Adilin terpaksa berlaku jujur menjawab pertanyaan ayahnya. kemudian, mereka bertiga pergi mencari Fateh di sungai.

* di sungai *

" hiuw, sejuknya air. hehe bagus kalau berenang lama lagi ni. " luah Fateh. 

tiba tiba Fateh terasa kakinya seperti dibelit sesuatu. dia mula cemas. kakinya tidak dapat digerakkan. dari permurkaan air, kelihatan seekor ular yang sebesar pinggangnya sedang membelit kakinya.

Fateh menjadi cemas dan melaung meminta pertolongan.

" tolong ! " " tolong ! " " papa ! tolong abang pa ! "

mereka bertiga yang terdengar jeritan Fateh terus berlari ke arah sungai. Ayahnya terkejut melihat anaknya dilit ular yang sebesar pinggang anaknya itu. tanpa berlingah, dia berenang ke arah anaknya dan cuba membantu.

" Elyn ! bagi uncle kayu tu " Adilin menghulurkan kayu yang dimaksudkan pak ciknya itu. pergelutan demi pergelutan. namun, tidak berapa lama kemudian,  jasad ayahnya dan abangnya sudah tidak kelihatan di permurkaan sungai. mereka menjadi cemas dan berlari pulang untuk meminta bantuan.

namun, apabila sanak saudara yang lain datang, khabar duka yang mereka dapat. kedua dua jasad insan yang berada di sungai itu, dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

kedua dua mereka sudah tidak bernyawa lagi. Ayahnya, Omar Hussaini bin Abdul Jalil meninggal akibat bersungguh ingin menyelamatkan abangnya, Fateh.   

* di rumah Opah *

" Adik, cepat bagi tahu mama. macam mana boleh jadi macam ni ? " soal Puan Maisarah sambil teresak esak menangis.

" mula mula kitaorang main dekat depan rumah je. lepas tu, kakak Elyn cakap dia teringin nak mandi sungai. lepas tu, abang ajak lah kitaorang pergi. tapi, kitaorang tak nak. abang pergi sorang. lepastu, papa tanya abang kat mana ? kitaorang cakap abang mandi sungai. then, sampai je kat sungai papa terus berenang nak selamatkan abang sebab terdengar abang menjerit mintak tolong. "

Puan Maisarah mengalihkan pandangannya ke arah Adilin yang sedang menangis di hujung sudut pintu bilik. dengan laju Puan Maisarah menuju ke arah Adilin.

" budak tak guna ! sebab kau lah suami dengan anak aku mati ! ". ujar Puan Maisarah sambil tangan mengenggam bahu Adilin dengan kuat.

" sepatutnya kau yang mati. bukan diaorang. kau yang sepatutnya ikut jejak mak bapak kau yang dalam kubur tu ! " emosinya sudah berada di kemuncak. 

" Mai.. sudah lah tu ! " jerit Opah sambil menarik tangan Puan Maisarah daripada terus mencengkam bahu Adilin.

" sabar mai.. ini dah memang ketentuan Allah.. kamu kena terima."  pujuk Opah sambil melindungi Adilin didakapannya.

" kau duduk je dalam bilik ! tak payah keluar tengok diaorang. aku tak izin kan tangan kau yang kotor tu sentuh jasad suami dengan anak aku ! "

Adilin menangis semahu mahunya. Opah tidak mampu berbuat apa apa selain daripada menurut apa yang dikatakan anaknya itu.

ya, sejak daripada itu lah layanan mamanya terhadap Adilin sudah tidak seperti dulu lagi. 

tanpa sedar, air mata Afif mengalir perlahan. ya, dia rindu kan papa dan abangnya. 

perlahan lahan air matanya diseka. sehingga kini dia berasa bersalah dan bersimpati pada Adilin atas layanan mamanya padanya. dia tidak mampu berbuat apa apa untuk melindungi wanita itu. sehinggalah 6 tahun yang lepas, semasa dia pulang daripada sekolah, kelibat Adilin sudah tidak kelihatan di rumahnya lagi. 


selama 6 tahun, Afif cuba untuk menghubunginya tetapi di halang keras oleh mamanya atas alasan tidak mahu mengganggu fokus pelajarannya di Singapura. dan, yang paling menghairankannya ialah, mereka berpindah rumah di Damansara pada awal tahun pertama ketiadaan Adilin di rumah.

ya. dia tekad. esok, dia akan pulang ke rumah mamanya dan bertanyakan tentang perihal yang sebenar.

* bersambung *