Sunday 19 March 2017

Mencari Fatih yang Hilang.



" tak guna ! "  dia menghentakkan meja sekuat hatinya. jeritanya yang terlampau kuat menyebabkan akuarium yang diisi dengan belut eletrik itu pecah. 

disebalik bilik kaca yang kalis peluru itu, kelihatan dua orang lelaki berbadan sasa yang tingginya 190 cm lebih itu hanya mampu menundukkan kepala kerana ketakutan. terdapat beberapa tompok darah yang berwarna merah kehitaman melekat pada jaket kulit hitam mereka. tompok darah yang berwarna kehitaman itu sebagai bukti bahawa kesan darah itu sudah lama.

dari kiri bilik yang terpisah oleh sebuah kaca itu, kelihatan satu susuk tubuh yang sedang menahan rasa marahnya. matanya yang berwarna hijau pekat itu memandang tepat ke arah dua orang lelaki itu. 

" siapa yang arahkan korang balik dengan tangan kosong.?!" dia berdiri dan melangkah ke arah kaca yang memisahkan dua bilik itu.  tapak tangannya diletakkan pada kaca itu. dengan sekali nafas, kaca yang kalis peluru itu retak sedikit. dua orang lelaki sasa itu menapak ke belakang menjauhi cermin itu.

" takut.?" dia bertanya sambil tangannya dialihkan daripada kaca itu. " aku nak kau cari sampai jumpa. selagi tak jumpa, jangan balik. faham.? "

" faham Vel..." belum sempat mereka menyebut nama 'dia', darah keluar laju dari mulut mereka. kedua dua pemuda itu jatuh tersembam menahan kesakitan yang teramat di dada. 

" ini hadiah untuk kauorang sebab gagal jalankan tugas. pergi!" dia berkata sambil menutup wajahnya dengan topeng besi.

belut eletrik yang jatuh di atas lantai diambil oleh 'dia' dan diusap badan belut itu dengan lembut. tenaga eletrik pada belut itu diserap menggunakan tapak tangan besinya itu. belut itu lama kelamaan mengecut dan akhirnya mati kekeringan dan kehabisan tenaga.

--

Berita Massa : 23 september 9001.

Tajuk Utama : SYABAB kekalkan dakwah walaupun kehilangan 'permata istimewa'.


Presiden gagasan SYABAB Malaysia, Dato' Burhanuddin al-Amin dan isterinya, Datin Saidatul Solehah ditemui mati di rumah agam mereka pada pukul 10:47 malam. punca punca kematian masih cuba dikenal pasti oleh pihak berkuasa. 


--

" Amar.. " bunyi pintu diketuk bertalu talu dari luar.

pintu dibuka, terpacul wajah seorang lelaki berbangsa arab yang agak berumur yang berpakaian lengkap dengan t-shirt ungu berbelang hitam dan seluar slack hitam untuk menguruskan jenazah kedua dua orang majikannya yang mati akibat dibunuh.

" jenazah dah sampai, jom kita uruskan." ujar lelaki tua itu.

" Pak Arab turun dulu, nanti saya follow." Pak Arab hanya mengangguk dan berlalu dari bilik Amar.

walaupun wajahnya tenang apabila bercakap dengan Pak Arab, tetapi dalamanya dia rapuh. masakan tiada rasa sedih yang bertalu dalam hatinya sebagai seorang anak yang kehilangan dua insan yang tiada galang gantinya.?

air mata yang mengalir, diseka perlahan. dia melangkah ke arah meja belajarnya dan  sekali lagi button play pada skrin ditekan. dia melihat semula rakaman pembunuhan ibu bapanya. Dia mati akal kerana di dalam cctv itu tiada satu susuk tubuh pun yang kelihatan memasuki ruang tamu rumahnya. tetapi, yang menjadi persoalannya mengapa ayahnya berdiri lama menghadap ke arah pintu seolah olah sedang bersembang dengan seseorang. 

rakaman cctv ini juga yang diberikan kepada pihak polis untuk disiasat. Amar sedar, kebarangkalian untuk mendapatkan bukti kukuh atas pembunuhan adalah tipis. pihak forensik membuat pemerhatian, tiada sebarang peluru yang terdapat di dalam badan kedua dua ibu bapanya. 

dalam tidak sedar, api kemarahan sudah mula membesar di dalam hatinya. dia menekadkan azam bahawa dia akan menemukan pembunuh.

rakaman ditutup, Amar keluar dari bilik. button lock di sebelah pintu bilik ditekan sebagai keselamatan. 

--

kereta audi hitam berhenti di hadapan rumah agam itu. " kau nak buat sekarang ke ?" tanya lelaki yang duduk bersebelahan pemandu. " tak. kita buat malam ni. "

kereta audi itu memecut laju meninggalkan kawasan perumahan itu. 

--
seusai tahlil.

" Amar, boleh Pak Arab cakap sikit.? " 

" boleh. " 

Pak Arab berdiam sebentar untuk menyusun ayat.

" Amar tahu bukan arwah Tuan Burhan merupakan Presiden SYABAB untuk negara Malaysia. lusa ni, Presiden SYABAB dari Syria dan Turkey akan datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Amar. Ada perkara yang nak dibincangkan." 

Amar hanya menganggukkan kepalanya. dia berasa gementar untuk bertemu dengan dua orang sahabat arwah bapanya. walaupun sebelum ini mereka pernah bersua muka tetapi pada masa itu Amar baru berumur 15 tahun. kini, umurnya telah mencecah 24 tahun. jaraknya berbeza. 

Pak Arab yang dapat meneka apa yang tersirat di dalam hati anak muda itu terus berkata, " jangan risau. Pak Arab teman Amar jumpa mereka nanti."

Amar hanya mampu tersenyum. " okaylah Pak Arab, Amar masuk tidur dulu yaa.? Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam."


--

3 : 27 pagi. 

kereta audi berwarna hitam itu berhenti jauh sedikit daripada rumah agam itu kerana terdapat cctv di pagar rumah agam itu.

butang pada jam besi yang dipakai oleh mereka ditekan. dengan serta merta mereka berada di dalam bilik khas Dato' Burhanuddin. 

tiba tiba, kedengaran tombol pintu dibuka. 

* bersambung





No comments: