Saturday, 23 September 2017

Cukuplah Allah Bagi Ku

Assalamualaikum semua.

saya mintak maaf sebab dah lama sangat tak on blog untuk menulis. Alhamdulillah, selepas berbulan bulan membiarkan blog saya berkulat sebab tak dibukak, petang ni Allah beri peluang kepada saya untuk lepaskan rindu pada penulisan dakwah. Alhamdulillah. :')


maka, tanpa melengahkan masa dan peluang saya nak terus masuk kepada tajuk saya. Alhamdulillah, tajuk saya petang ni atas ilham daripada Yang Maha Bijaksana, Allah s.w.t. iaitu, berkaitan dengan perkataan, "hasbiyallah".

sebelum saya teruskan, saya nak kongsi puisi yang saya tulis. saya masih belajar dalam menulis puisi, kalau ada yang tak kena atau ada yang nak ditegur boleh email saya personal ya? email ada di bahagian sebelah kanan sudut biografi. terima kasih.

bismillah,

jeng jeng jeng, terima lah..

--

Ya Allah..
hati ini sakit,
luka ini tersangat perit,

Ya Allah..
hati ini malu,
aku selalu melupakan Mu,
aku mencari manusia lebih daripada Mu,

Ya Allah..
ampunkan aku,
kerana dahulukan manusia,
dan jadikan Kau pertolongan yang kedua,

Ya Allah..
saat aku berduka,
yang aku inginkan ada penawar untuk nya,
lalu aku kejar manusia,
untuk aku lepaskan segala,
sedangkan kau lebih setia daripada mereka,

aku buta ya Allah..
aku lebih nampak mereka daripada Mu,
aku lebih memilih mereka daripada Mu,
hati ini buta..

aku cari manusia,
manusia mengendahkan dan pergi begitu saja,
aku bertambah kecewa,
lagi kerana manusia,

walaupun begitu,
aku tidak serik dibuat begitu,
aku cari manusia yang lain,
mencari mereka yang boleh mendengar,
mencari mereka yang boleh menenangkan,
sedangkan, Aku ada Mu..

untuk keberapa kali aku kecewa,
manusia yang setia,
berlari meninggalkan,
baru aku sedar..
aku ada Mu..

Ya Allah..
ampunkan aku,
aku hambaMu yang lupa,
lupa bahawa, 
hanya engkau yang mampu menukarkan duka,
kepada bahagia..

Ya Allah..
cukuplah hanya Engkau..
tiada yang lain tempat aku bergantung..
cukuplah Allah bagi ku..


5.43 p.m. / 23 sept 2017

--

kawan kawan..

dengarlah kata kata yang hadir dari hati saya. nasihat saya, dari hati moga moga akan sampai pada hati semua yang membaca.

kawan kawan..

hari ni, kita ada apa yang kita perlu. iman, nyawa, keluarga, ilmu, harta. kita ada semua yang kita perlu. tapi, masih ramai antara kita yang tak syukur. masih ramai antara kita yang persoalkan kenapa apa yang dimahukan tidak dapat?.

kawan kawan, pejamkan mata kita. beristighfarllah seketika. pegang dada kita. nilai diri kita. apa lagi yang tak cukup pada kita?. 

tangan? kaki? mata? perut? nikmat berjalan?.

kawan kawan, jangan merajuk dengan Allah sebab tak beri apa yang kita mahu. tapi, bersyukurlah kepada Allah kerana Allah beri apa yang kita perlu. 

belum tentu apa yang kita mintak, baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. ingat tu.

kawan kawan, letakkan tangan pada dada kita. katakanlah, cukuplah hanya Allah.


--

bila kita susah, normalnya kita akan cari kawan atau keluarga kita untuk kongsi masalah. kita berharap, dengan kongsi masalah, stress kita akan hilang, kesedihan kita akan pergi. yes, in fact is semua perasaan tu hilang. tapi, tak lama.

dia sanggup search google and taip, ' cara cara untuk hilangkan stress.' orang putih kata, nak hilang stress gelak banyak banyak. hamboih, dia kemain lah ketawa dengan kawan kawan. tapi, dia lupa satu. Allah.

kawan kawan, jangan lah jadi dia yang di atas. tapi, jadilah dia yang di bawah.

dia rasa stress. rasa nak menangis. dia tahan dan pergi ke toilet untuk mengambil air wuduk. seusai wuduk, dia melakukan solat sunat 2 rakaat. hati rasa sedikit tenang saat dahinya diletakkan di sejadah. air matanya mula mengalir, setitis demi setitis. bunyi sendu menahan tangisan kedengaran. hatinya berbisik, "ya Allah.. aku tak kuat.." dia berkeadaan sebegitu agak lama sehinggalah hatinya terasa dipujuk. dia mengangkat mukannya yang basah, hatinya rasa tenang. ucapan yang terkeluar daripada bibirnya ialah, "Alhamdulillah." dia redha dengan qada' dan qadar daripada Allah s.w.t


kawan kawan, saya yakin dan pasti. semua orang ada ujian masing masing mengikut tahap masing masing malah saya pun ada. saya tahu, setiap ujian itu pedih. setiap ujian itu sakit. setiap ujian itu menguji hati kita.

tapi, itu tak bermakna kita kena mengalah dan berhenti. Allah berfirman dalam Al - Quran, jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah.

kawan kawan, ini bukan masanya untuk kita putus asa. bukan masanya untuk kita mengalah. kuatlah kerana Allah sentiasa ada dengan kita. malah, Allah lebih dekat daripada urat leher kita. kuat lah kerana Allah. Allah tak pernah tinggalkan kita.

tak kisahlah apa pun ujian yang kita kena tempuh, dihina orang, difitnah, dikutuk, sabar. jangan tunjuk pada manusia kita ni lemah. cukuplah kita mengaku kelemahan kita kepada Allah. 

ustazah saya pernah cakap. " kita manusia, dan mereka pun manusia. buat apa nak mintak tolong pada orang yang sama sama lemah macam kita?. mintak tolong pada Allah. "

akhir daripada saya, jangan putus harapan pada Allah. doalah sentiasa pada Allah. apa apa pun yang jadi, Allah yang pertama. 

salam ikhlas daripada saudaramu, 

Aisyah. :)