Wednesday 29 November 2017

Sama.


Assalamualaikum :)

Bismillah. Allahumma solli ala muhammad.

today, i just want to write about a similar things between us. (you and me).

kalian pernah rasa letih?.

rasa macam dah tak larat nak teruskan something. pernah?.

kalian pernah rasa ragu ragu?.

rasa ragu ragu dengan diri sendiri sama ada mampu atau tidak untuk buat yang terbaik untuk kehidupan yang bakal mendatang.

kalian pernah rasa kecewa?.

rasa tak tahan sangat untuk menangis. akhirnya, kita pilih untuk menangis tanpa keluarkan suara. ada antara kita yang memilih untuk menangis sambil ketawa. tapi, adakah itu satu jurang perbezaan rasa? lain ke rasa sedih orang yang menangis tanpa suara dengan orang yang menangis sambil ketawa?.

kalian pernah rasa berharap?.

berharap pada selain Allah, yang akhirnya menyakitkan hati kita.

kalian pernah rasa perasaan ditinggalkan?.

sakitkan?. wujud rasa rindu pada mereka yang rapat dalam hidup kita yang sudah tiada di dunia ini lagi. sakitnya tahan rindu. nak luah, kita tak mampu. kita tahan.

kalian pernah rasa tak mampu?.

tak mampu untuk memenuhi hasrat manusia. kejayaan, kemenangan, pencapaian yang kadang kadang kita rasa kita dikongkong dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita.

kalian pernah rasa marah dan benci pada diri sendiri?.

benci pada diri yang tak mampu untuk bantu diri sendiri untuk berubah. benci pada diri sendiri yang senang sangat buat maksiat.

kalian pernah rasa susah untuk menangis?.

usaha macam macam untuk keluarkan air mata, haha tapi kalian tak mampu. tertanya - tanya ?.

kalian pernah rasa tiba tiba menangis tanpa sebab?.

lihat orang yang kita tak kenal, tiba tiba hati rasa nak menangis atau terdengar perkhabaran ada orang yang meninggal (even kita tak kenal) tiba tiba kita rasa nak menangis. apa maknanya?.

kawan, andai kau rasa antara aku dan juga kau berbeza dari segi rupa, pendidikan, harta, dan pangkat tapi ingatlah, kita sama dari segi hati. perasaan kita sama.

benar, kalau yang merawat seorang pesakit ialah seorang doktor, tapi apa kau sangka yang merawat seorang doktor itu tidak boleh daripada kalangan pesakit?.

kawan, jangan cari kesempurnaan pada diri kita, kita tak akan jumpa. nak atau tak nak, kita perlu terima siapa diri kita, kesempurnaan tidak tunggu kita untuk berubah. jadi, untuk berubah kita tidak perlu tunggu untuk jadi sempurna.

kawan, aku juga tak sempurna. mana mungkin aku sempurna sedangkan khilaf ku banyak. kawan, aku tahu, antara kita ada yang sama, iaitu qalbu.

kau rasa apa yang aku rasa, tak lebih dan tak kurang jumlah perasaan dalam hati kita.

kita sama.

tak ada yang berbeza, kawan. aku mohon, janagn terus rasa yang diri kau jauh dan tidak layak, kau layak dan kau boleh berubah.

percayalah, kawan.

ingatlah, kita sama. :)

No comments: