Thursday 16 August 2018

susahnya nak tulis.

 Bismillah.

assalamualaikum :)

" nak tulis, tapi tak tertulis."

ayat kat atas ni selalunya dah terbiasa terluah dalam isi hati  orang-orang yang suka menulis (macam aku.) mula-mula sebelum nak tulis tu rasa excited sangat. dalam otak dah pung pang pung pang idea keluar macam air terjun tapi -- bila nak mula menulis terus tak boleh.

sampai sekarang sifat ni ada lagi. nak tulis, dan dah tahu apa nak tulis tapi, tak boleh nak luah guna tulisan. faham tak stress dia macam mana?. 

sebelum buka laptop macam-macam idea ada. dah buka laptop terus rasa macam, "nak tulis macam mana eh?" 

so, sejak akhir-akhir ni aku dapat rawat sikit lah masalah aku ni. aku harap kawan-kawan yang minat tulis puisi, tulis blog, tulis channel kat telegram dan lain-lain tu dapat lah praktik kan teknik aku ni. (ceh, teknik sangat.)

baik, so mula-mula apa yang aku buat?. macam selalu lah yang penulis-penulis blog lain pun buat -- (kot?) haa apa dia?. tulis rangka kat buku nota or kertas kosong.

masa sekolah dulu pun cikgu pesan en suruh buat rangka?. so, sama je dengan cara aku, buat rangka sikit-sikit atas kertas. tak ada huraian pun tak apa (tapi kalau ada lagi bagus). 

bila kita ada rangka ni senang sikit. tak ada lah kita blur je lepas buka laptop. biar apa yang kita nak tulis ikut fasa.

2. set masa.

set kan masa nak menulis tu satu jam lah paling lama pun. bahagikan masa jadi beberapa bahagian. aku selalunya kalau otak tepu tapi rasa nak menulis tu masih ada, aku akan tulis santai-santai je 15 minit, rest 5 minit lepas tu sambung tulis balik sampai cukup satu jam. 

tapi, kalau waktu otak aku tak tepu -- tangan tak berhenti menaip. k.

3. set matlamat.

fikir balik, apa matlamat kita nak menulis blog ni?. nak buat orang happy? nak jadikan hobi? nak cari duit lebih?. tak salah nak tulis blog saja-saja untuk hilang bosan, tapi kalau ada matlamat tu rasa bersemangat sikit. 

4. jangan fikir tajuk entry.

selalu sangat jadi kat aku macam ni. aku nak tulis dah apa yang aku dah rangka tapi, fikir tajuk dia lama sangat terus sakit kepala lepastu give up nak tulis terus tutup laptop. so, apa yang aku buat ialah, aku tulis je ikut isi-isi yang aku rangka dah siap tulis tu baru aku fikir tajuk.

sebab pada pandangan aku (lain orang lain cara dia en?) lepas dah tulis semua isi lagi senang nak fikir tajuk apa nak letak daripada fikir tajuk dulu sebelum tulis isi. 

sebab apa? sebab bila kita dah tulis semua point yang kita nak then, baru lah kita compare beberapa tajuk yang sesuai. 

p/s : kalau korang jenis tulis tajuk dulu baru dapat tulis isi, aku tak galakkan cuba cara aku. 

ini jelah cara aku. minta maaf salah silap kalau ada terkurang dari segi isi or korang praktik kan cara aku tapi tak jadi apa-apa huhu. 

from me, Aisyah. 

Wednesday 8 August 2018

mental illness


before kome start baca, aku nak belanja satu video dulu.








Aku bukan lah pakar psikologi klinikal but yes, aku suka belajar benda-benda baru yang berkait rapat dengan psikologi. memang minat aku dari dulu lagi nak belajar mengenai ilmu kaji manusia ni uhuk. tapi, course yang aku ambil sekarang bukan ke arah tu, tapi if one day, aku dapat chance untuk sambung psikologi memang aku tak akan lepaskan.

so.. apa kaitan minat aku ni dengan mental illness?. 

sebelum tu, aku nak tanya korang beberapa soalan (tapi, aku nak ingatkan kome supaya jawab soalan ni dalam hati je. jangan tak jawab eh soalan aku ni.)

soalan pertama, ada tak dalam kalangan family or orang terdekat dengan kome yang ada mental illness?

soalan kedua, kome yakin ke kome tak ada mental illness?

soalan ketiga, kalau kome rasa kome ada mental illness, macam mana cara kome nak ubati penyakit tu? 

--

biasa dengar orang cakap pesakit mental ni gila. kan?

pagi tadi, aku ada class dengan lecturer daripada main kampus aku. beliau bagi pencerahan mengenai mental illness. i was like... em best weh tajuk tu.

tapi before aku cerita lebih jauh, aku nak share sikit lah apa yang jadi masa class dengan madam pagi tadi. uhuk.

aku tak tahu lah bagi korang cerita aku ni kelakar or tak. okay, ceritanya macam ni. masa tu, madam suruh kitaorang perkenal kan diri seorang demi seorang. aku duduk paling belakang. (sebenarnya, kedua terakhir). so, start perkenalkan diri tu daripada belakang. sampai je turn aku, aku bagi salam, aku bagi tahu nama, and umur. tapi, waktu tu aku tersilap cakap umur aku 19 padahal umur aku 18. waktu tu kawan aku yang satu line dengan aku dah gelak-gelak dah hahaha. serius malu sangat. 

aku cerita ni sebab nak bagi pengajaran, sebenarnya, waktu aku nak perkenalkan diri aku tu, aku terlampau yakin sangat sampai tersilap bagi maklumat peribadi kat orang ramai. uhuk. so, jangan lah ikut cara aku. so, lepas ni kalau nak buat apa-apa jangan yakin sangat, nanti kita tak fokus. sebab pengalaman aku bila aku bercakap time aku berani dengan penakut ni yang paling teratur waktu aku bagi point time aku takut sebenarnya. kk ikut masing-masing lah en. kk masuk topik tadi balik.

so, pasal mental illness. 

aku nak sentuh pasal mentaliti masyarakat zaman sekarang about sakit mental. 

if one day, ada antara family kita or kawan-kawan kita yang ada penyakit ni, please lah jangan ignore dia. jangan takut nak dekat dengan dia. bawak dia pergi jumpa pakar psikologi klinikal. jangan biarkan dia survive penyakit tu sorang-sorang.

aku mintak tolong sangat-sangat jangan panggil mereka gila. mereka tak gila, mereka cuma sakit dari segi sistem otak.

bila kome label diaorang ni gila, korang akan tutup ruang untuk diaorang buat rawatan lanjutan kat hospital.

korang kena faham, mental illness ni penyakit. setiap penyakit ada ubat. kita ikhtiar kan untuk cari jalan penyelesaian. so, no need to call them crazy.

autisme pun salah satu daripada penyakit mental. so, tak akan lah korang nak cakap kat budak-budak istimewa ni yang diaorang ni gila?. mesti lah tak, kan.

dan tolong lah jangan cakap orang yang ada penyakit ni orang yang lemah iman. guys, nak aku clear kan lagi ke? mental illness ni penyakit tau. yes, memang lah hujjah tu betul tapi, ini penyakit serius. sama juga macam sakit jantung. tak akan lah pesakit ni just nak solat, baca al-quran and buat ibadah-ibadah lain tapi tak ikhtiar dapat kan rawatan?. aku sebenarnya tertembak dengan apa yang madam cakap, "orang yang lemah iman je ke yang sakit jantung?." huhu, padu en..

so guys, ini berkaitan dengan otak. so, tak boleh lah kita nak judge diaorang ni macam ni. kita sama-sama bantu diaorang. 

so, sekarang aku akan nyatakan list tanda-tanda sama ada kita ada mental illness.

semua list ni by madam okay. aku share ilmu yang aku dapat jaa. if kome nak tahu lebih lanjut pasal mental illness, jumpa kaunselor or psikologi klinikal or seumpama dengannya.

1. sukar kawal emosi negatif
2. masalah ingatan (senang lupa or cepat lupa)
3. halusinasi  
4. delusi (persepsi negatif yang terlampau kuat). contoh : A nak pergi cafe, B pun keluar nak pergi cafe, tapi si A ni rasa si B ni saje nak ikut dia : culik or bunuh dia. padahal, si B memang niat nak makan kat cafe. -- if salah, tolong betulkan.
5. tertekan / sedih
6. merasa cemas
7. hilang keinginan seksual
8. perubahan rutin pemakanan. (sama ada makan banyak sangat or tak makan langsung)
9. keletihan yang melampau.
10. perubahan mood atau tingkah laku.
11. pernah berfikir untuk bunuh diri.

if ada antara senarai kat atas ni yang terkena batang hidung kita, so jangan malu or takut untuk jumpa doktor untuk buat pengesahan dan rawatan.

ada banyak jenis penyakit mental. antaranya, Neurosis, Skizofrenia (halusinasi dan delusi), Bipolar Disorder, Obsessive Compulsive Disorder (OCD), Multiple Identity Disorder, Bulimia Nervosa and banyak lagi. Nak tahu lebih? boleh tekan dua link kat bawah ni.

http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2633:artikel-psikologi-kaunseling&catid=525:perkhidmatan-psikologi&lang=ms


https://mypositiveparenting.org/ms/2015/02/17/penyakit-mental-remaja-ketahui-fakta-faktanya/

apa yang aku nak cakap ialah, korang tak bersendiri. masih ada ramai orang kat luar sana yang kisahkan kesihatan mental kita. jangan takut, dan beranikan diri berdepan dengan masalah ni. you don't deserve to walk alone. please, don't put yourself in this situation too long. kau boleh, kau kuat. aku tahu, tak semua orang cukup kuat untuk terima kenyataan ni. tapi, jangan sesekali biarkan diri kita dalam keadaan yang sama lama-lama. we need to change. we need to do something untuk bantu otak kita kembali pulih.





How to Help Them?

1. jangan cepat menghukum.

jangan cepat sangat meletakkan kesalahan atas bahu mereka. bukannya mereka minta untuk ada penyakit macam tu. Allah yang berikan mereka penyakit. sama juga macam pesakit kanser. mereka tak minta untuk ada penyakit tu, tapi Allah yang beri. jadi, kita jangan lah cepat menghukum diaorang ni attention seeker lah, mengada-ngada lah, pura-pura sakitlah or sebagainya. -- jangan cepat sangat nak melatah kat diaorang. boleh?

2. simpati.

pupuk rasa simpati dalam diri kita. jangan keraskan hati kita yang dah memang keras and berkarat ni lagi. belajar pupuk rasa simpati dalam diri kita.

3. empati. 

apa beza simpati dengan empati ni?. bahasa mudah nya empati ni maksudnya kita membayangkan diri kita ada dalam situasi dia. (umpama kita rasa apa yang dia rasa).

4. sabar, sabar, sabar, sabar, sabar.

kenapa kena banyak bersabar? sebab, mereka sakit. jadi, apa-apa pun yang mereka buat, mereka tak akan sedar. jadi kita jangan melenting, kita kena sabar.

5. let they know you're here.

how? always ada dengan dia. sembang, ajak pergi makan, ajak pergi bercuti, buat dia rasa happy, layan dia dengan baik.

6. jangan nasihat, tapi cadangkan.

boleh nak nasihat, tapi selitkan cadangan juga untuk dia. sebab apa? sebab untuk cakap macam ni, "sabar weh. kau boleh. kau kuat. kau mampu." budak darjah 3 pun boleh cakap. tapi, untuk buat dia rasa lebih selesa dengan situasi dia, kita berikan dia cadangan dan nasihat. biar dia rasa, ada banyak lagi pintu yang terbuka untuk orang-orang macam dia. biar dia rasa yakin pada diri dia, masih ada peluang untuk dia sembuh.

7. jangan give up.

jangan give up pada diri kita dan jangan give up dengan mereka. 

8. dengar, dengar, dengar.

apa yang mereka nak luah, dengar. dengar isi hati mereka. dengar segala masalah yang mereka kongsikan kepada kita. if kita tak tahu macam mana nak bagi dia kata-kata semangat dan cadangan untuk selesaikan masalah tu, cukup kita jadi tempat untuk dia luah masalah dia. they need us. 

9. komen positif.

puji dia. cakap dia cantik, kacak, baik hati, pemurah, penyayang. kita puji dia untuk buat dia tak rasa terasing. 

10. cari ilmu.

baca buku-buku mengenai masalah kesihatan mental. tengok video-video tentang kesihatan mental. cari ilmu psikologi. bukan untuk mereka sahaja, malah untuk kita sendiri.

sekarang aku nak share mengenai tips penjagaan mental oleh madam.

1. bersenam. 

sekurang-kurangnya 30 minit sehari. kalau rasa malas nak bersenam, bawaklah kereta jalan-jalan hilangkan stress tu pergi taman ke, tengok wayang ke.

2. pemakanan.

amalkan makan makanan yang seimbang. 

3. seimbangkan emosi. 

jangan stress sangat, jangan rasa sedih sangat, jangan marah sangat. buat sesuatu yang boleh hilangkan rasa stress tu macam ajak kawan-kawan keluar jalan-jalan or kalau kita jenis suka melukis, lukis lah. buat perkara yang kita suka nak buat sampai perasaan sedih, perasaan marah and stress yang melampau tu hilang.

4. bantuan.

bantuan dari segi kata-kata semangat, boleh tengok kat youtube. kalau nak lebih real, jumpa face to face dengan kaunselor. tak salah untuk seek for help. itu hak untuk diri kita. kita berhak untuk bantu diri kita. kalau bukan kita, siapa lagi nak bantu diri kita 100% ?

5. komuniti.

join lah gotong royong ke, sukarelawan ke, aktiviti jelajah berbasikal ke, mendaki gunung ke, buat aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang boleh buatkan kita lupa sekejap masalah kita. dalam masa yang sama kita dapat tambah kenalan-kenalan baru and tambah kan pengalaman kita.

so, aku rasa ini jelah apa yang aku nak tulis mengenai mental illness.

ingat, buka sedikit pemikiran kita. sudah-sudah lah dengan pandangan bahawa mereka gila, lemah iman, dan sebagainya. mereka sedang bertarung untuk hidup sama seperti penghidap sakit jantung, sakit kanser, sakit buah pinggang dan sebagainya. jadi, tak rasa kita ni kurang common sense ke bila kita utarakan "kau gila." " ni mesti kes solat selalu tinggal ni. " 

kita bantu mereka, orang lain akan bantu kita. 


p/s :aku tulis entry ni pukul 8.10 p.m 3/8/2018 lepas tu sambung tulis balik 8/8/2018 huhu. lama sangat en baru nak publish?. maaf atas kelewatan ini and also with the typo. tak sempat nak betul kan typo.

Light Up Malaysia ! with love, Aisyah. 

ohya, lupa pula. aku nak share satu video mengenai Breaking Stigmatism on Mental Illness.









Thursday 2 August 2018

Pekak.



aku tak tahu lah sama ada bagi orang lain kelakar atau pun tak, tapi bagi aku my journey time sambung belajar adalah perkara yang paling kelakar (bukan lah kelakar pun sebenarnya tapi lebih kepada rasa miracle terjadi dalam hidup aku.)

sebab apa? sebab aku tak yakin pun aku dapat sambung belajar.

why?

sebab ramai sangat-sangat orang yang aku kenal dapat straight A, malah straight A plus pun ada yang tak dapat tawaran belajar di universiti.

terkejut ke? huhu, this is the fact. 

aku tak lah sepandai orang lain, result spm aku biasa-biasa je, result spm aku tak dapat capai target yang pihak sekolah nak aku capai pun, tapi Alhamdulillah Allah bagi aku keputusan spm yang terbaik untuk aku. i'm happy with it.

so, nak dipendekkan cerita..

kawan waktu sekolah aku dulu tanya soalan ni, "weh, untungkan kau dapat sambung diploma. aku dapat matrik. aku takut weh nak survive. dahlah one year je."

aku tersentap sebenarnya sebab aku teringat kat member-member aku yang aku kenal dulu-dulu (bukan by sekolah menengah) but still, aku teringat kat diaorang.

how they try hard weh untuk survive.

ada yang kerja. ada yang ambik keputusan untuk mohon SPA 8i. ada yang nak tanggung adik beradik yang lain.

i was like...

life aku dah sesenang macam ni pun aku mengeluh lagi. teruk sangat tahap syukur aku dengan nikmat yang Allah bagi kat aku. 

niat aku tulis entry kali ni aku nak cakap untuk kawan-kawan seperjuangan aku (2000) and untuk semua yang tengah give up dengan life study korang. please, don't give up with yourself. 

jangan rasa putus asa tu lama sangat. yes, aku tahu susah nak adapt. aku faham perasaan orang yang tak dapat nak accepted fact yang takdir dia tak sama dengan apa yang dia mintak time doa'. but, please. jangan give up dengan yourself.

dulu, aku pun pernah jatuh. aku pernah buat something yang tak make sense langsung untuk masa depan aku. aku pernah rasa give up dengan diri aku juga. aku rasa sakit tu. tapi aku tahu, kesakitan dan kepahitan yang kita rasa tak sama sebab kau diuji dengan perkara lain dan aku diuji dengan perkara lain. ujian kita tak sama, tapi mungkin kita berkongsi kesedihan yang sama.

ya, aku mungkin tak pernah rasa orang perlekeh aku macam ni, " kau dapat ni je? layak ke masuk u?" 

ya, aku juga tak pernah rasa sakit hati bila kena kecam, " anak cikgu, tapi result spm macam bukan anak cikgu."

ya, aku juga tak pernah rasa kecewa bila orang cakap macam ni, " eh kenapa sambung swasta ? result teruk eh? "

tapi, aku pernah rasa kecik hati bila orang cakap, " study 2 tahun tapi nak dapat straight A pun tak boleh? " (jangan baca dalam nada marah, baca lah dalam nada sinis.)

dan aku juga pernah rasa sedih bila orang cakap, " tak dapat straight A pun dapat sambung ipt?"

serius aku tak tahu sama ada itu soalan yang memang betul-betul nak kan jawapan ikhlas aku or saja-saja tanya untuk sakit kan hati aku. so, aku cuma bersangka baik, maybe dia bergurau. maybe.

huhu, agak-agak aku nangis ke tak bila orang cakap pasal result spm aku?

luls. mestilah awal-awal tu nangis. sedih weh tak capai target sekolah (tapi, ranking sekolah naik huhu, Alhamdulillah).

tapi, masa ambil result aku tak nangis, aku boleh gelak-gelak lagi sambil beli ais kepal kat koop depan sekolah dengan kawan-kawan. bila dah balik rumah baru aku nangis kat dalam bilik. huhu. (malu weh nak nangis depan member).

so guys, tak kisahlah sekecewa macam mana pun korang dulu (time dapat result spm), tak dapat tawaran ipta, or kena reject asasi or matrik, or else. jangan tumbang lama-lama.

tak salah nak sedih, nak nangis, nangis lah. jangan pendam rasa sedih tu. luah kan rasa sedih tu dengan menangis. malu nak nangis depan orang ramai, nangis lah dalam bilik, dalam kereta, dalam bilik air. pasang shower, nangis. nangis bagi puas.

siapa kita nak elak rasa sedih, betul?.

pekak kan je telinga kita bila ada orang bercakap buruk pasal kita punya future planning.

mereka bukan kita. life mereka, biar mereka yang uruskan. kita fokus untuk life and future kita.

aku tahu, tak senang. sangat-sangat lah susah nak kuat bila bab survive ni. yes, campur pula dengan kehadiran mak cik bawang en, so lagilah frust huhu. 

but takpe guys, apa yang kita dapat adalah yang terbaik untuk kita. rezeki Allah tak pernah salah alamat. bila Allah takdirkan kita dapat A, walau macam mana pun halangan yang kita hadapi, kita still akan dapat A. tapi, bila Allah dah tetapkan rezeki kita B, maka B lah.

jangan sedih lama-lama. kita sedih terlampau lama tapi tak make a move pun tak ubah apa-apa. tapi, kita yang rugi sebab masa terus berjalan tapi kita pula sibuk bersedih tak habis-habis. bila kita nak buat plan untuk diam kan mulut mak cik-mak cik bawang tu?

if kau ada impian, tapi disebabkan result spm kau tak okay, kau tak boleh terus kuburkan impian kau. kau boleh je cuba untuk cipta impian lain yang seakan - akan sama dengan impian kau yang dulu. 

cukup kau tak give up pada diri kau sendiri je. kau kena yakin, hidup kau bukan terletak pada apa yang haters kau cakap. mereka tak akan berhenti bercakap pasal keburukan kita (hatta kita buat baik pun mereka still kutuk. huhu, haters berjaya kata ko.) so, endahkan je diaorang. kita kena terus berjalan.

dah ada plan A, tapi plan A tak jadi? buat plan baru. dah buat plan baru tapi sama juga? buat plan yang lain. ulang planning sampai kita berjaya.

guys, just love yourself first. buat diri kita yang akan datang rasa bangga dengan diri kita yang sekarang. 

please, jadilah pekak untuk buat masa ni. pekak kan telinga dan emosi daripada apa yang mak cik2 bawang cakap pasal kita. (tapi, if orang nasihat kita untuk berubah jadi lebih baik jangan jadi pekak pula. accepted it. )

tak kisah lah apa pun perjalanan hidup kita lepas ni, hadapi jalan cerita kita dengan baik. (don't stress too much.) tak kisah kita suka atau pun tak, cuba lah untuk belajar terima takdir dengan redha step by step. slow-slow adapt dengan suasana.

kat mana pun kita lepas ni, kita belajar kat mana, kita kerja kat mana, or kita buat apa apa jelah en lepas ni, just make it fun. 

so, rasanya tu je lah daripada aku. sorry if ada typo. 

with love, Aisyah.





Wednesday 1 August 2018

Apa Manfaat Dosa?

cerita ni mengenai Si Putih.

pada suatu hari, Si Putih bermonolog di dalam hati. 

"aku ni asyik tambah dosa je.. hari ni tambah dosa.. semalam pun tambah dosa.."

tiba-tiba, Si Putih ternampak Si Biru dan Si Merah sedang bergelak ketawa. Si Putih pun melangkahkan kaki ke arah mereka. 

"hi Biru dan Merah ! " Si Putih menegur dengan nada yang sangat ceria. Namun, Si Merah dan Si Biru tidak mahu membalas sapaan itu. 

mereka melihat Si Putih dengan pandangan yang penuh dengan rasa benci. "ish dia ni lagi.. dahlah kotor.. sibuk nak tegur aku." sumpah Si Merah di dalam hati.

"Biru.. jomlah kita pergi tempat lain. kat sini busuk lah." Si Merah dan Si Biru pun pergi meninggalkan Si Putih berseorangan di situ.

Si Putih melihat ke bawah tanah. melihat kaki putihnya yang kian bertukar warna seakan akan lumpur.

Si Putih tidak dapat menahan tangisannya. Si Putih berasa sedih kerana tiada sesiapa pun yang ingin berkawan dengan diri nya disebabkan oleh warna nya yang putih itu mudah kotor.

"kenapa semua orang tidak mahu berkawan dengan aku?"  air mata Si Putih makin deras membasahi pipinya.

"jijik sangat kah pendosa seperti aku? adakah sebab warna mereka yang tidak secerah aku yang membuatkan kotoran dosa-dosa yang mereka lakukan tidak terlekat pada diri mereka?"

tiba-tiba Si Putih merasakan bahunya seperti ditepuk perlahan. 

Si Putih menoleh ke arah empunya tangan yang sedang menepuk bahunya itu. 

"Si Hitam.."

Si Hitam duduk disamping Si Putih lalu menghadiahkan senyuman untuk Si Putih.

"Putih.. kenapa menangis ni?" tanya Si Hitam.

"tidak ada apa-apa lah Hitam.."

Si Hitam memandang Si Putih sambil berkata " Putih.. dalam hidup ni, kita semua kotor dengan lumpur dosa pada diri kita. cuma yang membezakan kita semua adalah, sama ada dosa kita itu dipertontonkan depan orang atau kita buat perbuatan yang mendatangkan dosa itu di belakang orang ramai."

"putih.. ada manfaatnya awak ditakdirkan menjadi Si Putih.. bukan sebagai warna Biru.. Hijau.. mahupun Hitam.. awak ada kelebihan awak sendiri Putih."

Si Putih menarik hingusnya (hahaha kk ni aku tengah tak tahu nak bagi perkataan apa, nak tarik hingus or sedut hingus). 

" betul ke ni Si Hitam? "

" Eh.. mestilah Putih. awak tahu tak kelebihan awak adalah setiap kali bila awak buat kemungkaran, kotoran dosa yang terpalit pada diri awak akan buatkan awak nak terus bersihkan dosa itu dengan taubat. sekarang, cuba awak tengok Si Merah dan Si Biru, warna mereka gelap, bila mereka buat kemungkaran, kita tak dapat nak nampak calitan dosa pada diri mereka, jadi mereka boleh berbangga dengan diri mereka yang kotor tu dan menangguhkan taubat. Putih.. awak tahu tak yang Allah ni Maha Penyayang dan Allah Maha Pengampun ?"

Si Putih menjawab dengan nada yang perlahan, "tahu.."

"jadi, bersyukurlah dengan diri awak. Allah ciptakan awak dalam keadaan yang suasana disekeliling awak  yang membuatkan awak boleh sedar dengan kemungkaran yang awak buat. sedangkan orang lain bila buat dosa, mereka tangguh taubat sebab tak ada rasa malu dengan Allah. lain lah awak."

--

#cerita ni tiada kaitan dengan yang hidup atau pun mati.


gelaran pendosa bukan alasan untuk kita tak melakukan kebaikan.
setiap orang ada sisi baik masing-masing.
kita tak perlu untuk jadi 'orang lain' semata-mata untuk menjadi perhatian orang ramai.
tak guna juga kita dikenali oleh manusia tapi tidak dikenali oleh penduduk langit.
saya juga manusia yang inginkan perubahan.
penghijrahan saya bermula dari satu fasa ke satu fasa.
saya tak terus melompat ke satu fasa yang tinggi dalam perubahan saya.
dulu saya sangat-sangat teruk.
jadi, saya memilih untuk menjadi seperti si putih. 
saya cuba untuk sedar diri yang saya ni banyak dosa, dan kurang amalan soleh.
tapi, saya juga manusia.
saya pernah dalam fasa hijrah kemudian saya kalah dengan nafsu.
saya pernah rasa futur itu bagaimana.
saya pernah rasa putus asa untuk berubah itu sesakit mana.
saya pernah rasa diri saya tak layak untuk berubah.
saya juga pernah rasa betapa sedihnya bila perubahan kita diejek oleh orang yang rapat dengan saya.

kecewa?
ya, saya kecewa. tapi, itu dulu.
sekarang?
ya, saya juga masih belum berpuas hati dengan diri saya yang sekarang sebab saya bukan orang yang baik.
saya pendosa yang cuba untuk berubah.

saya pernah juga tertekan bila orang kutuk saya kerana perubahan saya.
ya, saya sedih dan saya menangis.
sakit sangat-sangat hati saya waktu tu.
saya rasa macam semua orang benci saya bila saya pakai pakaian tutup aurat tapi buat kemungkaran. 
saya rasa terhina sangat-sangat bila dengar umpatan orang terhadap diri saya.
saya luah pada parents saya ke?
haha, mestilah tidak. saya tak nak mereka risau.
saya nak mereka tahu keadaan saya sentiasa okay.
tapi, apa yang saya belajar daripada kisah saya yang lepas ialah, saya tak boleh berhenti untuk cuba berubah dari semasa ke semasa.
ya, saya memang bukan lahir-lahir terus ada iman sekuat para sahabat.
mestilah tidak.
dan, anda semua pun sama sahaja macam saya. 

jadi, tak ada sebab untuk kita bagi alasan "keluarga background islamic" or else.
jenis keluarga bukan pengukur iman kita. 
sebab, kita sendiri yang menentukan sama ada iman kita ni tinggi atau rendah.
ya, ada keluarga berlatar belakangkan agama yang tinggi memang satu kelebihan.
tapi, bagi yang bukan daripada latar belakang keluarga islamik tak bermakna tak boleh berubah.

kita sama-sama cuba berubah.
saya tak baik, anda pun sama.
kita sama-sama pendosa.
jadi, kita sama-sama juga berubah untuk jadi pendosa yang cuba untuk berubah. 
jangan sekadar menjadi pendosa tapi tak inginkan perubahan.

PS : untuk mana-mana typo yang mungkin ada di atas, saya minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak betulkan. busy sikit huhu.

with love, Aisyah. 


Hidup ni menyusahkan ke?


bila orang tanya aku soalan pasal, 

" life ni susah tak? "


or..


" macam mana kau survive masalah kau eh? "


or..


" masalah ni memang menyusahkan hidup kita kan? "


aku terdiam.


serius aku tak tahu apa aku nak jawab. Bila ada kawan-kawan aku yang share problems diaorang kat aku, and bila diaorang tanya aku soalan yang aku sendiri terdiam lama tu memang buat aku rasa sakit sangat dalam hati ni. (sayu)

aku tahu, bukan aku sorang je dalam dunia ni yang ada masalah. aku yakin sangat semua orang ada masalah masing-masing cuma terletak pada diri sendiri sama ada pandai atau tak nak sembunyikan masalah tu daripada semua orang.

aku kalau ada masalah, aku akan diam. aku pendam. aku jerit dalam hati kuat-kuat. (tapi, if dengan orang yang aku selesa aku akan luahkan masalah aku).


aku bukan jenis yang berani nak share masalah aku dengan orang -- if rasa aku tak mampu control masalah tu sangat baru aku cari orang untuk tolong aku, and support aku.


so..


bila orang cakap muka aku macam tak ada masalah.. i be like emm. haha, luls. aku pun ada masalah. aku pun sama macam korang, tak pernah lari daripada masalah.


malah, aku juga pernah jadi punca masalah, and i learnt from mistakes. 


guys.. if kita rasa kita ni jenis yang tak boleh pendam masalah kita sorang-sorang, jadi carilah seseorang untuk kita share masalah kita.


jangan kita putus asa dengan diri kita sendiri. jangan. cerminan diri kita pada masa hadapan adalah diri kita yang sekarang. siapa lagi nak bantu diri kita kalau bukan kita sendiri?. ya, kita memang lemah, kita tak ada apa-apa daya melainkan dengan izin Allah. itu aku setuju. tapi, please jangan lah sampai tak put effort untuk diri sendiri keluar daripada masalah tu.

jangan terlampau lama bersedih dan layan perasaan lemah tu. kita tak akan selama-lamanya terluka. 


lagi satu, please jangan salahkan kehidupan kita (bahasa mudah nak faham ; takdir)


hari ni kita sedih, belum tentu esok kita perlu ada dalam situation yang sama. kita sendiri yang kena kuatkan semangat kita untuk tak layan rasa sedih tu.


sungguh aku cakap, aku bukannya mental kuat mana pun. ada masa aku tak boleh nak tahan rasa sedih tu, aku akan nangis juga. i'm not a robot.


jadi, pesanan aku ialah kita janganlah terlampau sedih sampai salahkan takdir Allah. aku tahu, kadang-kadang tu sampai satu tahap ada satu ujian yang kita tak boleh nak tahan air mata weh. 


contohnya macam : 

parents meninggal. 


yes, aku tahu memang kita akan rasa give up sangat-sangat. but please, jangan lah terlintas dalam hati 'kejamnya Allah kat aku' 'jahatnya Allah kat aku'.


jangan, please?.


aku tahu, ada sesetengah daripada kita luah macam tu. jadi permintaan aku untuk korang if kawan korang luah macam tu depan korang, korang please lah bagi dia kata-kata semangat and jangan biarkan dia duduk sorang-sorang.


they need us.


bantu dia untuk ingat Allah. jangan biar dia hanyut dengan rasa sedih dia tu lama-lama.


with love, Aisyah.