Wednesday, 29 November 2017

Nasihat Ustaz.


bismillah, allahumma solli ala muhammad.

Assalamualaikum semua. hehe, in shaa Allah hari saya akan kongsikan sedikit ilmu yang ustaz saya sampaikan pada akhir persekolahan 2017. Alhamdulillah, spm dah pun habis huhu. terima kasih untuk kalian yang mendoakan saya dalam keadaan saya tahu atau pun tidak, terima kasih. Semoga Allah rahmati kalian. :)

baiklah, hari ni saya akan kongsikan apa yang ustaz sampaikan pada hari jumaat terakhir di sekolah, huhu. 

tajuk besarnya adalah ilmu.

serius saya cakap, sebelum ni masa saya duduk dan dengar nasihat ustaz, saya tak pernah sefokus macam hari jumaat last tu. sebab selama ni, kadang kadang tengah ustaz bagi tazkirah, kawan sibuk nak tanya pasal homework and else huhu. Alhamdulillah, Allah rezekikan telinga saya, mata saya, tubuh badan saya dan paling penting, hati saya untuk duduk dan dengar apa yang ustaz cakap. masa hari tu, apa kawan tanya pun saya tak layan, mata fokus tengok ustaz. 

mula-mula ustaz beri salam macam biasa, dan ustaz mulakan tazkirah dengan satu ayat, saya tak pasti sama ada itu adalah ayat Al-Quran atau pun doa, ustaz baca serangkap dalam bahasa arab, dan ustaz translate, kemudian rangkap seterusnya pulak. 

jujur saya katakan, saya tak boleh lupa perasaan saya waktu dengar ustaz translate doa atau ayat yang ustaz baca. saya terus rasa macam, "sebaik ni Allah kat aku selama ni, tapi aku nak taat kat Allah walaupun sehari pun susah, ada je dosa aku buat."

selepas tu, ustaz mulakan dengan tazkirah mengenai ilmu.

saya tersentap lagi sekali bila dengar ustaz cakap, "kita sepatutnya bersyukur dipilih oleh Allah untuk berada dalam majlis ilmu. duduk dalam majlis ilmu di bawah sayap malaikat. tempat lain tak jumpa."

saya hadam ayat ni, saya tengok lantai sekolah, dalam hati saya cakap "lepas ni tak rasa dah macam ni."

dalam perkongsian ni, ustaz ada cerita tentang perbezaan ilmu dan sijil. orang ada ilmu, nilai diri dia tinggi, tapi sijil hanya perantaraan.

orang yang alim, akan dikejar. orang tak alim, tak di cari.

ada satu soalan ustaz tanya secara umum, "apa balasan orang yang berzina?"

kami dari belakang pun jawab, " sebat 100 kali untuk belum kawen dan rejam sampai mati untuk yang dah kawen."

ustaz pun cakap, " ini jawapan orang yang ada ilmu. cuba tanya orang yang tak ada ilmu?. dulu saya mengajar di sabah. kawan saya buat soalan periksa, lepas tu tanda kertas sorang pelajar ni. dia jawab jugak soalan apa hukuman orang berzina, jawapan dia apa?. rejam dengan air panas. "

masa dengar jawapan ustaz, ramai yang gelak. tapi inilah hakikat, orang yang tiada ilmu tiada isinya. saya tahu, lawak yang ustaz bawa memang kena sampai hati. lawak lawak jugak tapi siapa faham isi sebalik lawak tu, nak gelak pun tak jadi sebab tersentap. yelah, kita kenal diri kita, kita tahu penguasaan ilmu kita di sekolah macam mana, if kita gelak umpama kita gelakkan diri kita yang turut sama tiada ilmu dalam bidang lain.

ustaz tanya, " 2x2 berapa?"

dalam hati saya jawab, "4" 

tahu ustaz kata apa? "2x2=8. betul ke salah?"

ustaz : " kalau kita ada ilmu, kita tak akan senang senang percaya. betul?."

ustaz ada juga sentuh, orang yang berilmu ni kita statik je, orang yang berebut nak kan kita. ini kelebihannya. 

orang terkejar kejar kan kita. sebab apa? sebab ilmu kita, kepakaran kita.

14 tahun belajar, tapi tak amalkan ilmu macam pokok tak berbuah.

ustaz pesan "sijil itu buah, ilmu itu pokok. kalau tak ada pokok macam mana nak ada buah?. dari pokok lah kita dapat buah. pokok kalau tak ada gunanya, tak boleh berbuah kita tebang macam pokok kat belakang tu."

orang ada ilmu, campak dekat hutan belentara pun boleh hidup. sebab apa? sebab ada ilmu dalam menguruskan diri dalam hutan macam kita join aktiviti perkemahan kat sekolah tu. 

dan, ustaz ada tambah sikit mengenai ilmu, amal dan singkatnya umur.

ustaz, " ingat tak yang lima perkara?. sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati. "

kawan kawan masih ingat?.

ustaz, " andaikan umur saya sekarang 50 tahun. nabi kata apa?, umur ummat aku dalam 60 tahun hingga 70 tahun. 60 tahun - 50 tahun, lama ke sekejap?. lagi lama waktu muda daripada waktu tua. tapi orang kita tunggu tua baru nak pergi masjid. betul?"

ustaz bacakan satu hadith, 

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيْهِمَا كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ


maksudnya : " ada dua nikmat yang kebanyakan orang tertipu padanya, iaitu nikmat sihat dan lapang." - hadith imam Al-Bukhari dan At-Tirmidzi 

ustaz, " imam an nawawi sampai tak sempat kawen sebab menuntut ilmu. tengoklah cara beliau bersungguh sungguh menggunakan masa untuk Allah, agama dan ilmu."

lagi sekali saya tersentap. dalam hati, "aku kalau banyak masa kat asrama selalunya bukan baca Al-Quran pun, tapi banyak bersembang. ish, teruknya aku ni." 

kawan kawan, saya nak pesan, jangan tunggu kita ada banyak duit baru kita nak bersedekah. jangan tunggu kita sakit, baru nak beribadat. jangan tunggu hujan baru nak angkat kain. kk tetiba haha, sorry. jangan tunggu tua baru nak berjihad untuk agama. 


saya minta maaf atas kekurangan dalam perkongsian kali ini, sekiranya ada apa apa nak komen atau nak kongsi masalah, boleh cari saya by gmail saya yang tertera pada biodata di sebelah kanan anda, just tekan link tu then you can start to chat me. huhu. 

saya doakan semoga kita semua terus dalam hidayah Allah. moga perubahan yang kita buat dalam hidup, diterima oleh Allah. terima kasih kerana luang kan masa membaca post saya kali ni. 

Sama.


Assalamualaikum :)

Bismillah. Allahumma solli ala muhammad.

today, i just want to write about a similar things between us. (you and me).

kalian pernah rasa letih?.

rasa macam dah tak larat nak teruskan something. pernah?.

kalian pernah rasa ragu ragu?.

rasa ragu ragu dengan diri sendiri sama ada mampu atau tidak untuk buat yang terbaik untuk kehidupan yang bakal mendatang.

kalian pernah rasa kecewa?.

rasa tak tahan sangat untuk menangis. akhirnya, kita pilih untuk menangis tanpa keluarkan suara. ada antara kita yang memilih untuk menangis sambil ketawa. tapi, adakah itu satu jurang perbezaan rasa? lain ke rasa sedih orang yang menangis tanpa suara dengan orang yang menangis sambil ketawa?.

kalian pernah rasa berharap?.

berharap pada selain Allah, yang akhirnya menyakitkan hati kita.

kalian pernah rasa perasaan ditinggalkan?.

sakitkan?. wujud rasa rindu pada mereka yang rapat dalam hidup kita yang sudah tiada di dunia ini lagi. sakitnya tahan rindu. nak luah, kita tak mampu. kita tahan.

kalian pernah rasa tak mampu?.

tak mampu untuk memenuhi hasrat manusia. kejayaan, kemenangan, pencapaian yang kadang kadang kita rasa kita dikongkong dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita.

kalian pernah rasa marah dan benci pada diri sendiri?.

benci pada diri yang tak mampu untuk bantu diri sendiri untuk berubah. benci pada diri sendiri yang senang sangat buat maksiat.

kalian pernah rasa susah untuk menangis?.

usaha macam macam untuk keluarkan air mata, haha tapi kalian tak mampu. tertanya - tanya ?.

kalian pernah rasa tiba tiba menangis tanpa sebab?.

lihat orang yang kita tak kenal, tiba tiba hati rasa nak menangis atau terdengar perkhabaran ada orang yang meninggal (even kita tak kenal) tiba tiba kita rasa nak menangis. apa maknanya?.

kawan, andai kau rasa antara aku dan juga kau berbeza dari segi rupa, pendidikan, harta, dan pangkat tapi ingatlah, kita sama dari segi hati. perasaan kita sama.

benar, kalau yang merawat seorang pesakit ialah seorang doktor, tapi apa kau sangka yang merawat seorang doktor itu tidak boleh daripada kalangan pesakit?.

kawan, jangan cari kesempurnaan pada diri kita, kita tak akan jumpa. nak atau tak nak, kita perlu terima siapa diri kita, kesempurnaan tidak tunggu kita untuk berubah. jadi, untuk berubah kita tidak perlu tunggu untuk jadi sempurna.

kawan, aku juga tak sempurna. mana mungkin aku sempurna sedangkan khilaf ku banyak. kawan, aku tahu, antara kita ada yang sama, iaitu qalbu.

kau rasa apa yang aku rasa, tak lebih dan tak kurang jumlah perasaan dalam hati kita.

kita sama.

tak ada yang berbeza, kawan. aku mohon, janagn terus rasa yang diri kau jauh dan tidak layak, kau layak dan kau boleh berubah.

percayalah, kawan.

ingatlah, kita sama. :)

Saturday, 23 September 2017

Cukuplah Allah Bagi Ku

Assalamualaikum semua.

saya mintak maaf sebab dah lama sangat tak on blog untuk menulis. Alhamdulillah, selepas berbulan bulan membiarkan blog saya berkulat sebab tak dibukak, petang ni Allah beri peluang kepada saya untuk lepaskan rindu pada penulisan dakwah. Alhamdulillah. :')


maka, tanpa melengahkan masa dan peluang saya nak terus masuk kepada tajuk saya. Alhamdulillah, tajuk saya petang ni atas ilham daripada Yang Maha Bijaksana, Allah s.w.t. iaitu, berkaitan dengan perkataan, "hasbiyallah".

sebelum saya teruskan, saya nak kongsi puisi yang saya tulis. saya masih belajar dalam menulis puisi, kalau ada yang tak kena atau ada yang nak ditegur boleh email saya personal ya? email ada di bahagian sebelah kanan sudut biografi. terima kasih.

bismillah,

jeng jeng jeng, terima lah..

--

Ya Allah..
hati ini sakit,
luka ini tersangat perit,

Ya Allah..
hati ini malu,
aku selalu melupakan Mu,
aku mencari manusia lebih daripada Mu,

Ya Allah..
ampunkan aku,
kerana dahulukan manusia,
dan jadikan Kau pertolongan yang kedua,

Ya Allah..
saat aku berduka,
yang aku inginkan ada penawar untuk nya,
lalu aku kejar manusia,
untuk aku lepaskan segala,
sedangkan kau lebih setia daripada mereka,

aku buta ya Allah..
aku lebih nampak mereka daripada Mu,
aku lebih memilih mereka daripada Mu,
hati ini buta..

aku cari manusia,
manusia mengendahkan dan pergi begitu saja,
aku bertambah kecewa,
lagi kerana manusia,

walaupun begitu,
aku tidak serik dibuat begitu,
aku cari manusia yang lain,
mencari mereka yang boleh mendengar,
mencari mereka yang boleh menenangkan,
sedangkan, Aku ada Mu..

untuk keberapa kali aku kecewa,
manusia yang setia,
berlari meninggalkan,
baru aku sedar..
aku ada Mu..

Ya Allah..
ampunkan aku,
aku hambaMu yang lupa,
lupa bahawa, 
hanya engkau yang mampu menukarkan duka,
kepada bahagia..

Ya Allah..
cukuplah hanya Engkau..
tiada yang lain tempat aku bergantung..
cukuplah Allah bagi ku..


5.43 p.m. / 23 sept 2017

--

kawan kawan..

dengarlah kata kata yang hadir dari hati saya. nasihat saya, dari hati moga moga akan sampai pada hati semua yang membaca.

kawan kawan..

hari ni, kita ada apa yang kita perlu. iman, nyawa, keluarga, ilmu, harta. kita ada semua yang kita perlu. tapi, masih ramai antara kita yang tak syukur. masih ramai antara kita yang persoalkan kenapa apa yang dimahukan tidak dapat?.

kawan kawan, pejamkan mata kita. beristighfarllah seketika. pegang dada kita. nilai diri kita. apa lagi yang tak cukup pada kita?. 

tangan? kaki? mata? perut? nikmat berjalan?.

kawan kawan, jangan merajuk dengan Allah sebab tak beri apa yang kita mahu. tapi, bersyukurlah kepada Allah kerana Allah beri apa yang kita perlu. 

belum tentu apa yang kita mintak, baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. ingat tu.

kawan kawan, letakkan tangan pada dada kita. katakanlah, cukuplah hanya Allah.


--

bila kita susah, normalnya kita akan cari kawan atau keluarga kita untuk kongsi masalah. kita berharap, dengan kongsi masalah, stress kita akan hilang, kesedihan kita akan pergi. yes, in fact is semua perasaan tu hilang. tapi, tak lama.

dia sanggup search google and taip, ' cara cara untuk hilangkan stress.' orang putih kata, nak hilang stress gelak banyak banyak. hamboih, dia kemain lah ketawa dengan kawan kawan. tapi, dia lupa satu. Allah.

kawan kawan, jangan lah jadi dia yang di atas. tapi, jadilah dia yang di bawah.

dia rasa stress. rasa nak menangis. dia tahan dan pergi ke toilet untuk mengambil air wuduk. seusai wuduk, dia melakukan solat sunat 2 rakaat. hati rasa sedikit tenang saat dahinya diletakkan di sejadah. air matanya mula mengalir, setitis demi setitis. bunyi sendu menahan tangisan kedengaran. hatinya berbisik, "ya Allah.. aku tak kuat.." dia berkeadaan sebegitu agak lama sehinggalah hatinya terasa dipujuk. dia mengangkat mukannya yang basah, hatinya rasa tenang. ucapan yang terkeluar daripada bibirnya ialah, "Alhamdulillah." dia redha dengan qada' dan qadar daripada Allah s.w.t


kawan kawan, saya yakin dan pasti. semua orang ada ujian masing masing mengikut tahap masing masing malah saya pun ada. saya tahu, setiap ujian itu pedih. setiap ujian itu sakit. setiap ujian itu menguji hati kita.

tapi, itu tak bermakna kita kena mengalah dan berhenti. Allah berfirman dalam Al - Quran, jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah.

kawan kawan, ini bukan masanya untuk kita putus asa. bukan masanya untuk kita mengalah. kuatlah kerana Allah sentiasa ada dengan kita. malah, Allah lebih dekat daripada urat leher kita. kuat lah kerana Allah. Allah tak pernah tinggalkan kita.

tak kisahlah apa pun ujian yang kita kena tempuh, dihina orang, difitnah, dikutuk, sabar. jangan tunjuk pada manusia kita ni lemah. cukuplah kita mengaku kelemahan kita kepada Allah. 

ustazah saya pernah cakap. " kita manusia, dan mereka pun manusia. buat apa nak mintak tolong pada orang yang sama sama lemah macam kita?. mintak tolong pada Allah. "

akhir daripada saya, jangan putus harapan pada Allah. doalah sentiasa pada Allah. apa apa pun yang jadi, Allah yang pertama. 

salam ikhlas daripada saudaramu, 

Aisyah. :)




Sunday, 19 March 2017

Mencari Fatih yang Hilang.



" tak guna ! "  dia menghentakkan meja sekuat hatinya. jeritanya yang terlampau kuat menyebabkan akuarium yang diisi dengan belut eletrik itu pecah. 

disebalik bilik kaca yang kalis peluru itu, kelihatan dua orang lelaki berbadan sasa yang tingginya 190 cm lebih itu hanya mampu menundukkan kepala kerana ketakutan. terdapat beberapa tompok darah yang berwarna merah kehitaman melekat pada jaket kulit hitam mereka. tompok darah yang berwarna kehitaman itu sebagai bukti bahawa kesan darah itu sudah lama.

dari kiri bilik yang terpisah oleh sebuah kaca itu, kelihatan satu susuk tubuh yang sedang menahan rasa marahnya. matanya yang berwarna hijau pekat itu memandang tepat ke arah dua orang lelaki itu. 

" siapa yang arahkan korang balik dengan tangan kosong.?!" dia berdiri dan melangkah ke arah kaca yang memisahkan dua bilik itu.  tapak tangannya diletakkan pada kaca itu. dengan sekali nafas, kaca yang kalis peluru itu retak sedikit. dua orang lelaki sasa itu menapak ke belakang menjauhi cermin itu.

" takut.?" dia bertanya sambil tangannya dialihkan daripada kaca itu. " aku nak kau cari sampai jumpa. selagi tak jumpa, jangan balik. faham.? "

" faham Vel..." belum sempat mereka menyebut nama 'dia', darah keluar laju dari mulut mereka. kedua dua pemuda itu jatuh tersembam menahan kesakitan yang teramat di dada. 

" ini hadiah untuk kauorang sebab gagal jalankan tugas. pergi!" dia berkata sambil menutup wajahnya dengan topeng besi.

belut eletrik yang jatuh di atas lantai diambil oleh 'dia' dan diusap badan belut itu dengan lembut. tenaga eletrik pada belut itu diserap menggunakan tapak tangan besinya itu. belut itu lama kelamaan mengecut dan akhirnya mati kekeringan dan kehabisan tenaga.

--

Berita Massa : 23 september 9001.

Tajuk Utama : SYABAB kekalkan dakwah walaupun kehilangan 'permata istimewa'.


Presiden gagasan SYABAB Malaysia, Dato' Burhanuddin al-Amin dan isterinya, Datin Saidatul Solehah ditemui mati di rumah agam mereka pada pukul 10:47 malam. punca punca kematian masih cuba dikenal pasti oleh pihak berkuasa. 


--

" Amar.. " bunyi pintu diketuk bertalu talu dari luar.

pintu dibuka, terpacul wajah seorang lelaki berbangsa arab yang agak berumur yang berpakaian lengkap dengan t-shirt ungu berbelang hitam dan seluar slack hitam untuk menguruskan jenazah kedua dua orang majikannya yang mati akibat dibunuh.

" jenazah dah sampai, jom kita uruskan." ujar lelaki tua itu.

" Pak Arab turun dulu, nanti saya follow." Pak Arab hanya mengangguk dan berlalu dari bilik Amar.

walaupun wajahnya tenang apabila bercakap dengan Pak Arab, tetapi dalamanya dia rapuh. masakan tiada rasa sedih yang bertalu dalam hatinya sebagai seorang anak yang kehilangan dua insan yang tiada galang gantinya.?

air mata yang mengalir, diseka perlahan. dia melangkah ke arah meja belajarnya dan  sekali lagi button play pada skrin ditekan. dia melihat semula rakaman pembunuhan ibu bapanya. Dia mati akal kerana di dalam cctv itu tiada satu susuk tubuh pun yang kelihatan memasuki ruang tamu rumahnya. tetapi, yang menjadi persoalannya mengapa ayahnya berdiri lama menghadap ke arah pintu seolah olah sedang bersembang dengan seseorang. 

rakaman cctv ini juga yang diberikan kepada pihak polis untuk disiasat. Amar sedar, kebarangkalian untuk mendapatkan bukti kukuh atas pembunuhan adalah tipis. pihak forensik membuat pemerhatian, tiada sebarang peluru yang terdapat di dalam badan kedua dua ibu bapanya. 

dalam tidak sedar, api kemarahan sudah mula membesar di dalam hatinya. dia menekadkan azam bahawa dia akan menemukan pembunuh.

rakaman ditutup, Amar keluar dari bilik. button lock di sebelah pintu bilik ditekan sebagai keselamatan. 

--

kereta audi hitam berhenti di hadapan rumah agam itu. " kau nak buat sekarang ke ?" tanya lelaki yang duduk bersebelahan pemandu. " tak. kita buat malam ni. "

kereta audi itu memecut laju meninggalkan kawasan perumahan itu. 

--
seusai tahlil.

" Amar, boleh Pak Arab cakap sikit.? " 

" boleh. " 

Pak Arab berdiam sebentar untuk menyusun ayat.

" Amar tahu bukan arwah Tuan Burhan merupakan Presiden SYABAB untuk negara Malaysia. lusa ni, Presiden SYABAB dari Syria dan Turkey akan datang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Amar. Ada perkara yang nak dibincangkan." 

Amar hanya menganggukkan kepalanya. dia berasa gementar untuk bertemu dengan dua orang sahabat arwah bapanya. walaupun sebelum ini mereka pernah bersua muka tetapi pada masa itu Amar baru berumur 15 tahun. kini, umurnya telah mencecah 24 tahun. jaraknya berbeza. 

Pak Arab yang dapat meneka apa yang tersirat di dalam hati anak muda itu terus berkata, " jangan risau. Pak Arab teman Amar jumpa mereka nanti."

Amar hanya mampu tersenyum. " okaylah Pak Arab, Amar masuk tidur dulu yaa.? Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam."


--

3 : 27 pagi. 

kereta audi berwarna hitam itu berhenti jauh sedikit daripada rumah agam itu kerana terdapat cctv di pagar rumah agam itu.

butang pada jam besi yang dipakai oleh mereka ditekan. dengan serta merta mereka berada di dalam bilik khas Dato' Burhanuddin. 

tiba tiba, kedengaran tombol pintu dibuka. 

* bersambung





Saturday, 7 January 2017

tentang aku.


bismillah

ada banyak benda yang kalau boleh aku nak rahsiakan dan terus pendam. tapi aku tahu, sekali pun aku usaha untuk buat macam tu, hati aku takkan tenang. dulu aku pernah rasa yang budak budak ajet alim pakai jubah bagai ni poyo. 

orang orang yang bertudung labuh ni semua hipokrit. haha. aku tak tahu lah kenapa sejak aku sekolah rendah lagi aku rasa menyampah sangat dengan golongan yang people will calling " golongan yg cinta high class utk Allah dan rasulullah. " 

kesian betul aku ni, dari sekolah rendah hati dah busuk sebab benci orang yg cintanya tulus pada Allah. dulu, aku pernah gak cerita pasal ni kat someone. aku baru cerita tak sampai klimaks pun lagi dia terus fire aku beb. 

dia kata, aku ni itu lah ini lah. sedangkan masa tu zaman budaj sejolah rendah aku. (k tahu ada typo kat situ. sis malas nak betulkan sebab typo tak dikira typo bagi aku kalau korang masih boleh faham apa yang aku nak sampaikan) aku baru nak cerita kat dia sebab sebenar kenapa aku boleh benci gila ngan orang bajet muslim muslimah ni tapi dia bla dulu. k sadis.

so, hari ni aku putuskan untuk ceritaaaaaa k banyak en A kat situ ? haha k dengan harapan aku dapat banyak A dalam exam k tetiba. haha. okay, proceed.

aku akan cerita semua dari mula sampai habis bila aku start benci, bila aku start nak lari dari orang macam ni, bila aku start jatuh cinta untuk berubah. 

aku start era hasad dalam diri aku dekat bebudak alim ni masa aku darjah 1. masa tu, ada akak senior aku, pengawas sekolah. aku tak ingat nama tapi aku ingat muka. masa tu, aku angin sangat sebab dia langsung tak adil bila buat kerja.

aku tak tahu apa masalah akak tu layanan dia kat aku lain gila ngan layanan dia kat budak lain. asyik nampak aku je muka singa. sampai aku nampak dia dari jauh pun aku sanggup u-turn turun tangga dari koperasi. 

aku pelik sangat. dia berhandsock, pakai tutup dagu, muka baik tapi akhlak berterabur.
paling tak boleh bla tu bila batch lain buat salah, dia tahan. tapi, batch dia buat salah, dia biarkan je (?) mana adilnya seorang pengawas kat situ ?.

sejak tu aku rasa yg orang bajet baik ni, hipokriksss. aku naik menyampah sampailah aku darjah 3. masuk darjah 4, yang ajar aku english Teacher Yazidah. Tchr pakai purdah masa mengajar. 

masa aku first time belajar ngan tchr, aku ingatkan tchr pakai topeng tutup muka sebab jerebu, rupanya aku salah. benda tu orang panggil such as niqab. tchr yazidah ni lah yg buatkan aku rasa nak berubah. 

cara dia mengajar tegas tapi ada lembutnya. paling fav teacher lah yg ada. tchr kalau ajar student, mesti bawak rotan kayu yang tebal tu. sakit woi kalau kena rotan. :')

tapi bila dah besar ni, baru aku sedar yg rotan tu yang mengajar aku makna makna tarbiyah yang sebenar. yalah, semua orang ada jahiliah memasing en, aku pun ada gak. tapi, malas nak ungkit kat public macam ni, rasa geli nak flash back dosa lama.

sejak tu aku tekadkan niat yg aku nak jadi budak baik. aku nak jadi budak pandai. aku nak jadi budak yg dengar cakap. alhamdulillah, Allah bantu aku.

start darjah 5, slow slow aku cuba penuhkan solat. slow slow aku cuba hafal surah surah lazim, baca al Quran. masuk F1, tarbiyah yang aku dapat dari senior sekolah pun zup masuk dalam hati. 

aku pakai handsock, iner neck, tudung labuh lepas dada, ikhtilat aku elakkan and else. sekarang ni, aku rasa macam kekadang tu bila bangun pagi aku rasa macam aku ni super hero eh salah super girl sebab yelah aku kena bantu orang yang lalai sebab tergoda dengan hidangan dunia ni.

aku tahu, sekarang ni ramai dah yang jadi dai (pendakwah) tapi tulah, aku jarang sangat jumpa dai yang menegur dengan hikmah bukan marah marah. sampai aku rasa tarbiyah islam makin hilang bila akhlak pun kurang asam keping.

aku sedih tengok dai zaman ni yalah termasuk aku sendiri, kita tak usaha faham situation mad'u kita tu macam mana. kita tak kaji, apa sebab dia buat kemungkaran tu? dia ada masalah keluarga ke? sebab aku ada terbaca, orang yang jauh dari agama ni sebab dia ada problem dia sendiri. mungkin family dia selalu gaduh, atau sebab sebab yg lain. kita sebagai dai kena tahu pasal mad'u

janganlah just pasang target untuk tegur mad'u just sebab nak makin ramai masuk syurga, ya memang tak salah. tapi, pastikan kita usaha untuk buat macam tu dengan cara yang mad'u selesa. bukan dengan cara yang mad'u tak suka.

ya, walaupun ada yang cakap cara kasar sesuai untuk zaman ni, tapi bagi aku ikut sunnah nabi tu lebih utama dari berdakwah dengan cara maki hamun. 

biarlah kita berdakwah ikut cara nabi. cara yang Allah redha. cara kita lembut macam mana sekalipun, yang bagi hidayah tu Allah bukan kita, sama jugak kalau kita guna cara kasar, sinis and smirk. kita istiqamah macam mana pun dengan cara tu tapai kalau Allah dah tetapkan yang hidayah bukan milik dia, dia still takkan berubah.

so, ubahlah cara kita. jangan lah sebab cara kita, kita buat mad'u makin jauh dari Allah. aku pernah kena tegur dengan makian, apa yang aku rasa bila kena maki tu sakit hati. malah, aku tak terasa langsung nak berubah jadi baik bila orang layan aku kasar kasar. aku makin rasa menyampah, and benci dengan apa yang dia tegur. 

tapi, bila aku ditegur dengan cara baik, aku rasa macam orang tu ikhlas nak dakwah aku. ikhlas nak tarik aku masuk syurga sama sama. aku rasa malu pun ya bila orang layan kita baik sangat ni. bila dah rasa malu, ofcos lah timbul rasa nak ubah sebab yelah orang layan kita dengan baik takkan kita tanak ikut cakap dia kan ? paling paling pun ubah sikit pun jadilah.

so, here we are. bila aku cerita ' tentang aku ' that's mean aku bercerita pasal pandangan aku. bukan pasal life aku.

so, harap korang dapat ibrah dari apa yang aku tulis. akhir kalam, moga Allah Redha. :)

Wednesday, 30 November 2016

Cerpen : Mendongak Part 5


" eh, tapi kan mamat yang tanya abah (Ustaz Ibrahim : ayah Awatif)  soalan tadi tu muka dia sebijik betul dengan Dilin kan ? " ujar Awatif sepontan sambil matanya terarah pada talifon bimbitnya.

" yeke ? tak perasan pulak Nad tadi. Dilin perasan ke ? " tanya Nadya sambil sepotong kek span pandan dimasukkan ke dalam mulutnya.

Adilin cuba mengelak untuk menjawab persoalan Nadya. " Atif salah tengok kot. eh korang, Dilin nak jumpa ustazah hayati sekejap. " ujar Adilin sambil membawa satu bekas yang berisi bihun di dalamnya.

" Ustazah, ni bihun yang ustazah mintak hari tu. " hulur Adilin kepada ustazah Hayati. 

ustazah Hayati tersenyum gembira. akhirnya, dapat jugak dia merasa bihun goreng Adilin yang diidamkan sejak minggu lepas.

" terima kasih ya Syuhada. " ya, hanya ustazah Hayati dan suaminya ustaz ibrahim sahaja yang memanggilnya dengan panggilan Syuhada. bagi mereka berdua, Adilin sudah dianggap seperti anak mereka sendiri. 

" sama sama. " ucap Adilin sambil wajahnya dimaniskan.

" Syuhada boleh tolong saya angkat polisterin ni kat meja lelaki kat hujung sana tu ?"

" boleh boleh."


* di meja makan lelaki *

" Afif ? " bisik hati Adilin. " Ya Allah, kenapa sekarang kau temukan aku dengan dia ? aku masih tak bersedia nak hadap semua ni. "

tiba tiba Adilin teringat peristiwa semasa mendengar tazkirah maghrib tadi. pemuda yang memakai kemeja merah. ya, dia kenal pada susuk tubuh dan suara itu. pada mulanya, dia cuba menafikan. tapi, bila dah face to face macam ni, tak kan dia nak sedap kan hati dengan buat andaian yang ada depan dia sekarang ni saka Afif kot ?.

air yang sedang diminum oleh Afif tersembur sedikit. bukan kerana kopi itu terasa kelat. tetapi kerana dia terkejut melihat Adilin di depannya.

" Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah. Kau dah makbulkan doa' aku. " bisik Afif dalam hatinya.

" ustazah, saya balik dulu ya ?" ujar Adilin sambil matanya dihalakan pada wajah ustazah Hayati. " eh haa awalnya nak balik ? apa apa pun terima kasih tolong tadi." 

Adilin hanya tersenyum. dia bersalaman dengan ustazah Hayati sambil langkah kakinya dilajukan ke arah sahabat sahabatnya.

dari jauh, Afif hanya memerhati. hatinya sakit. bukan sakit kerana ditinggalkan. tetapi sakit kerana dia tidak mampu menegur wanita yang sudah lama dia cari dan tunggu itu.

Adilin mengemas buku notanya dan diletakkan di dalam beg sisi yang berisi telekung. Nadya yang baru sahaja nak menghabiskan tegukan air nya yang terakhir berhenti. " nak balik dah ke ? " soal Nadya. Adilin hanya mengangguk mengiyakan. 

Nadya cepat cepat menghabiskan minumannya dan membuang cawan polisterin ke dalam tong sampah yang disediakan. Awatif mengemas barang barangnya dan kunci kereta Honda City nya diberikan kepada Nadya. 

" Nad, start kereta dulu. Atif nak jumpa abah dengan ibu sekejap. " ujar Awatif sambil membaiki lipatan tudung bawal kuningnya.

" okay. " ujar Nadya. 


" eh, Dilin. nampak tak apa yang Nad nampak ? " ujar Nadya di bahagian pemandu. " nampak apa ? " jawab Adilin malas malas. " tu haa lelaki yang Atif kata muka macam Dilin tu. haah lah. muka korang nampak seiras sangat. " Adilin cuba menyanggah. " tak sama lah, hahahaha Nad ni ada pulak macam tu. salah tengok kot. "

belum pun sempat Nadya membela dirinya, Awatif terlebih dahulu memasuki kereta. " okay done. jom gerak. " Fuhh, selamat Dilin.

" haa, mana boleh gerak lagi. doa belum baca. " ujar Nadya. " eh haah hahahaha lupa pulak. "


* di rumah sewa Afif dan Aswad *


Afif sedang membaca buku di ruang tamu sambil televisyen dibuka. sungguh, fokusnya terganggu apabila teringat kejadian di masjid pada hari ini.

Aswad meletak kan satu sampul surat di atas meja. pandangan mata Afif masih tidak berganjak daripada melihat isi buku yang dibaca. 

" aku mintak maaf pasal petang tadi. " 

suasana sepi, lama.

kemudian, terdengar bunyi Afif berdehem. kini matanya terarah di arah jam dinding. 

11 : 48 malam.

" malam ni Chelsea lawan Arsenal. Jom lepak Kedai Abang Im " tanpa menunggu jawapan daripada Aswad, Afif terlebih dahulu mencapai kunci kereta HR-V nya.

* di kedai abang Im *

" haa dua brother handsome nak pesan apa ? " tanya si pelayan.

" macam biasa bang. " jawab Aswad dan Afif serentak. 

tidak berapa lama kemudian, kedua dua mereka ketawa serentak.

" hahahaha. " ketawa Afif paling terserlah kerana gaya ketawanya ala ala chipmunks.

apabila keadaan kembali reda, Aswad mencelah " aku mintak maaf pasal petang tadi." Afif hanya tersenyum. 

" aku jumpa dia tadi. betul betul dia As." Aswad tersedak. " serius bro ? " Afif tersenyum sumbing. " yup. tapi sayang, aku tak berani nak tegur dia. haha " ketawanya kedengaran plastik oleh Aswad.

" kat mana kau jumpa dia ? " 

" masjid kat taman tu. " jawab Afif sambil tangan kirinya bermain main dengan straw di dalam cawan yang berisi air teh o ais yang baru sampai itu.

" aku ingat sabtu ni aku nak jumpa mama aku. " luah Afif. " okay bro. aku okay je tinggal  sorang kat rumah. " 

" em thanks As "

* jumaat malam *

Afif teringat kembali kisah 12 tahun yang lalu. masa itu umurnya dalam lingkungan 13 tahun. pada waktu itu, cuti akhir tahun. dia dan keluarganya bercuti di kampung.

pada hari terakhir sebelum percutian mereka di kampung tamat. Adilin ada meluahkan keinginannya untuk bermandi manda di sungai. lalu,  Abang Afif, Fateh membuat keputusan untuk mandi di sungai. namun, Adilin dan Afif membuat keputusan untuk tinggal sahaja di rumah dan menikmati juajah yang disediakan oleh Opah mereka memandangkan cuaca sudah mula mendung.

Fateh mandi di sungai seorang diri. tidak berapa lama kemudian, hujan turun dengan sangat lebat. 

tiba tiba Ayahnya teringat pada abangnya, Fateh.  Afif dan Adilin terpaksa berlaku jujur menjawab pertanyaan ayahnya. kemudian, mereka bertiga pergi mencari Fateh di sungai.

* di sungai *

" hiuw, sejuknya air. hehe bagus kalau berenang lama lagi ni. " luah Fateh. 

tiba tiba Fateh terasa kakinya seperti dibelit sesuatu. dia mula cemas. kakinya tidak dapat digerakkan. dari permurkaan air, kelihatan seekor ular yang sebesar pinggangnya sedang membelit kakinya.

Fateh menjadi cemas dan melaung meminta pertolongan.

" tolong ! " " tolong ! " " papa ! tolong abang pa ! "

mereka bertiga yang terdengar jeritan Fateh terus berlari ke arah sungai. Ayahnya terkejut melihat anaknya dilit ular yang sebesar pinggang anaknya itu. tanpa berlingah, dia berenang ke arah anaknya dan cuba membantu.

" Elyn ! bagi uncle kayu tu " Adilin menghulurkan kayu yang dimaksudkan pak ciknya itu. pergelutan demi pergelutan. namun, tidak berapa lama kemudian,  jasad ayahnya dan abangnya sudah tidak kelihatan di permurkaan sungai. mereka menjadi cemas dan berlari pulang untuk meminta bantuan.

namun, apabila sanak saudara yang lain datang, khabar duka yang mereka dapat. kedua dua jasad insan yang berada di sungai itu, dikeluarkan oleh pasukan penyelamat.

kedua dua mereka sudah tidak bernyawa lagi. Ayahnya, Omar Hussaini bin Abdul Jalil meninggal akibat bersungguh ingin menyelamatkan abangnya, Fateh.   

* di rumah Opah *

" Adik, cepat bagi tahu mama. macam mana boleh jadi macam ni ? " soal Puan Maisarah sambil teresak esak menangis.

" mula mula kitaorang main dekat depan rumah je. lepas tu, kakak Elyn cakap dia teringin nak mandi sungai. lepas tu, abang ajak lah kitaorang pergi. tapi, kitaorang tak nak. abang pergi sorang. lepastu, papa tanya abang kat mana ? kitaorang cakap abang mandi sungai. then, sampai je kat sungai papa terus berenang nak selamatkan abang sebab terdengar abang menjerit mintak tolong. "

Puan Maisarah mengalihkan pandangannya ke arah Adilin yang sedang menangis di hujung sudut pintu bilik. dengan laju Puan Maisarah menuju ke arah Adilin.

" budak tak guna ! sebab kau lah suami dengan anak aku mati ! ". ujar Puan Maisarah sambil tangan mengenggam bahu Adilin dengan kuat.

" sepatutnya kau yang mati. bukan diaorang. kau yang sepatutnya ikut jejak mak bapak kau yang dalam kubur tu ! " emosinya sudah berada di kemuncak. 

" Mai.. sudah lah tu ! " jerit Opah sambil menarik tangan Puan Maisarah daripada terus mencengkam bahu Adilin.

" sabar mai.. ini dah memang ketentuan Allah.. kamu kena terima."  pujuk Opah sambil melindungi Adilin didakapannya.

" kau duduk je dalam bilik ! tak payah keluar tengok diaorang. aku tak izin kan tangan kau yang kotor tu sentuh jasad suami dengan anak aku ! "

Adilin menangis semahu mahunya. Opah tidak mampu berbuat apa apa selain daripada menurut apa yang dikatakan anaknya itu.

ya, sejak daripada itu lah layanan mamanya terhadap Adilin sudah tidak seperti dulu lagi. 

tanpa sedar, air mata Afif mengalir perlahan. ya, dia rindu kan papa dan abangnya. 

perlahan lahan air matanya diseka. sehingga kini dia berasa bersalah dan bersimpati pada Adilin atas layanan mamanya padanya. dia tidak mampu berbuat apa apa untuk melindungi wanita itu. sehinggalah 6 tahun yang lepas, semasa dia pulang daripada sekolah, kelibat Adilin sudah tidak kelihatan di rumahnya lagi. 


selama 6 tahun, Afif cuba untuk menghubunginya tetapi di halang keras oleh mamanya atas alasan tidak mahu mengganggu fokus pelajarannya di Singapura. dan, yang paling menghairankannya ialah, mereka berpindah rumah di Damansara pada awal tahun pertama ketiadaan Adilin di rumah.

ya. dia tekad. esok, dia akan pulang ke rumah mamanya dan bertanyakan tentang perihal yang sebenar.

* bersambung *










Tuesday, 29 November 2016

cerpen : mendongak Part 4


" Afif ! " dia malas untuk menoleh. 

" Afif ! " pergerakannya dilajukan.

Aswad berlari dan menghalang perjalanan sahabatnya.

" Wei, asal kau ni ?"

" As, please. forward. " dia menolak perlahan bahu Aswad. sambil tangan sebelah kirinya membetulkan kedudukan beg sandang yang hampir terjatuh daripada bahu kanannya.

" Bro, asal ?  aku salah cakap ke ? " Aswad masih menahan perjalanan sahabatnya itu. kali ini, bahu Afif dipegang erat.

" looks your words. aku chaw dulu. " Afif menepis kuat tangan Aswad yang mencengkam bahunya. lalu dengan pantas langkah kakinya dilajukan meninggalkan Aswad di situ.

 Aswad mengeluh. peristiwa di perpustakaan sebentar tadi terlintas kembali. 

" Bro, malam ni nak makan kat mana ? " Aswad meletakkan pen yang sedang dipegangnya. dia memandang aneh gelagat sahabatnya. 

" Bro ? " Aswad mencucuk cucuk pipi sahabatnya dengan hujung penutup pennya.

Afif yang sedang leka mengelamun terus tersedar. 

" ish, kau ni dah kenapa As ? " Afif mengerutkan dahinya sambil menggosok pipinya yang terasa geli itu. 

" tak ada lah aku nampak kau asyik diam je dari tadi. lepas tu, aku tanya kau nak makan mana malam ni kau tak jawab. kau ada masalah ke ? "

" nampak muka aku macam ada masalah ke ? "

" bro, kau hidup dengan aku dah dekat 12 tahun. "

" kau ingat lagi kat Dilin ? " 

" Dilin mana ni ? "

" Adilin Syuhada "

" haaa err ingat. asal ? "

" dua bulan lepas aku terserempak dengan dia. " Afif menjawab sambil bibirnya digumamkan.

" kat mana ? "

" Taman Agro Sinar. "

" kau sure ke tu dia ? "

" aku tak pasti. aku tengok sekilas je. "

" entah entah orang lain kot. lagi pun, bukan mama kau kata dia sekarang kat singapore sambung medic ? "

" aku tak rasa mama aku jujur dengan aku. "

" bro, tak baik tuduh mama kau macam tu. "

" bukan tuduh. cuma, tak logik. kalau betul lah dia kat singapore, kenapa mama aku tak pernah  bagi aku keizinan pun untuk contact dia selama 6 tahun ni ?  "

" kau yakin tak salah orang ? "

" tak pasti. " Afif mengerling jam g-shocknya, 5 : 40 p.m. dia mengemas barang barangnya.

" kau nak pergi mana ni ? "

" cari dia. "

Aswad tergesa gesa mengemas barangnya dan mengejar Afif yang sudah melangkah beberapa tapak menjauhinya. " Bro,tak nak makan dulu ke ? aku lapar ni. "

" kau makan lah kat mana mana je. nanti aku makan time on the way balik rumah. "

" kau boleh jadi selfish semata mata sebab perempuan tak guna tu ? "

Afif memberhentikan langkah kakinya. badannya dipusingkan. matanya memandang tajam ke arah Aswad. " kau tak layak nak cakap bukan bukan pasal dia Aswad ! "

" apa ? salah ke aku cakap macam ni ? lepas apa dia buat kat family kau, kau boleh lagi nak protect dia ? "

Afif membetulkan cermin mata yang dipakainya. " behave with your words dude. sebelum kita nilai keburukan orang lain, kita kena nilai dulu diri kita. siapa kita nak cari cacat cela orang ? dosa sendiri pun berterabur. " tanpa berlengah Afif melajukan langkahnya.



* di Taman Agro Sinar *

sudah sebulan, Afif ulang rutin yang sama. menunggu seseorang yang sudah lama menghilang  untuk keluar berjogging di taman itu.

" Dilin, come on.. where are you ? " dia mengalah. jam menunjukkan pukul 7 : 00 petang. 

* azan maghrib berkumandang *

seperti biasa, Afif akan berhenti untuk solat berjemaah di Masjid Al - Amin di Taman Perumahan  itu.


seusai mengaminkan doa' yang dibacakan oleh imam, air mata Afif mengalir deras. dia tersentuh dengan bacaan yang dibaca oleh imam pada rakaat kedua. surah az zumar ayat 10 :

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ



" sesungguhnya, hanya orang - orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. "


ya, kini dia tersedar. berapa banyak ujian yang Allah s.w.t beri, dia mengeluh. malah, paling menyedihkan, dia menyalah kan takdir Allah dengan persoalan ' kenapa aku ? ' sedangkan dia lupa, dia hanya hamba. dia layak untuk diuji.


dia membuat keputusan untuk mendengar tazkirah yang akan disampaikan oleh Imam masjid. dan melaksanakan solat isya' di situ.

" Kalau kita nak pertolongan, yang pertama carilah Allah. memang salah lah cara kita mintak bantuan kalau kita bergantung pada manusia dan alatan semata mata. kalau kita faham maksud dan kuasa doa' sesaat pun kita tak nak tinggalkan amalan membaca doa'. "

tiba tiba ada sesusuk tubuh yang berbaju kemeja merah mengankat tangan. 

" Ustaz, saya nak tanya. kenapa ada sesetengah doa' yang kita mintak Allah tak makbulkan ? "

ustaz Ibrahim menghadiahkan senyuman buat pemuda itu.

" bagus soalan kamu tu. kita doa'lah macam mana panjang pun ayat tu, tapi kalau ikhlas dalam doa' tu tiada, tak berbaloi. orang kata apa ? buat bazir air liur je. sebab ibnu kathir menukilkan dalam tafsir ibnu kathir, tuan tuan boleh rujuk setiap orang yang beribadah dan berdoa' kena ada keikhlasan dalam melaksanakannya. lagi satu yang saya nak tekankan kat sini, dalam kitab Doa' wa dzikir dan kitab Da'awat, hadis sahih imam bukhari tentang doa'. Rasulullah s.a.w bersabda, " akan dikabulkan permintaan seseorang diantara kamu, selagi tidak tergesa gesa. iaitu, mengatakan : " saya dah doa' tapi Allah tak makbulkan. ". jangan tergesa gesa. kita kena yakin, Allah Maha Mendengar. mungkin kita nak sangat sesuatu tu sampai kita tak nampak kesan buruk dia pada kita. Tapi, Allah tahu dan Allah nampak kesan buruk dia pada kita. jadi, jangan marah dan perlekehkan kuasa Allah kalau doa' kita tak dimakbulkan. Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. "


* seusai solat isya' *

" nak, sini kejap. " ustaz Ibrahim memanggil Afif yang baru sahaja hendak keluar daripada masjid. 

" ya ustaz ? " huluran tangan daripada ustaz disambut.

" nama siapa ? "

" Afif Shauqi "

" haa Afif, jom makan dulu ? memang dah biasa masjid ni buat makan makan lepas solat isya' "

Afif menggaru garu tangannya. " ehh, tak palah ustaz. saya singgah makan kat luar je nanti. saya segan lah. saya tak alim. "

" Apa yang nak disegankan ? hahaha. jom, makan. "

" baik ustaz" Afif hanya menurut. 

entah mana silapnya, mungkin malam itu adalah rezekinya kelibat Adilin kelihatan di hujung meja bersama sama sekumpulan perempuan yang lain.

" kakak... "


*bersambung*