Saturday 12 March 2016

Mereka Tak Tahu.

Entah sejak bila.
hati ini mudah terasa.
entah kenapa.
air mata ini.
asyik mengalir tanpa asbab yang nyata.

akal ku persoalkan.
sejak bila kau lemah begini ?
sejak bila air mata kau mengalir tak reti berhenti ?

entah macam mana.
terdetik dalam hati.
mungkin menjauh cara yang terbaik.
mungkin dengan cara ini.
hati akan lebih bahagia ?

pabila derapan langkah ini bermula.
tiba tiba.
air mata ini mengalir laju.
lebih laju dari sebelumnya.

hatiku mula persoalkan.
mengapa ?
kenapa ?

ah!
bukankan dulu kau biasa ditinggalkan dan melepaskan ?
kenapa kini payah ?
kenapa kini rentak kekuatan kau berubah ?
kenapa ?

hari demi hari.
luka ini makin sakit.
rindu yang pada awalnya manis.
berubah terus kepada pahit.

hati ini sakit.
luka ini makin pahit.

sakit.
bila mereka anggap diri ini pergi untuk menjauh.
sakit.
bila mereka anggap diri ini membenci.
sakit.
bila mereka katakan ukhuwah ini hancur.
sakit.

jujur.
aku pergi bukan untuk melupakan.
bukan untuk meninggalkan kau keseorangan tanpa teman.
aku pergi untuk mencari.
dimana kekuatan aku yang dulu ?
dimana hati aku yang dulu ?

maafkan aku.
kerana hadir lalu pergi.
maafkan aku.
sebab tak pandai menjaga kemanisan dalam ukhuwah ini.

maafkan aku sahabat.



pelukis.

Assalamualaikum.


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


اَللّٰهُمّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد.


alhamdulillah hari ini saya dikurniakan olehNya sedikit pinjaman masa 'khas' untuk meneruskan perjuangan kecil saya ini.


ada apa pada topik kali ini ?


apa kaitannya pelukis dengan life kita ?


apa pointer yang akan para mujahadah dapat daripada tajuk kali ni ?


--


seperti biasa cara penyampaian yang akan saya lakukan kali ini juga masih berkonsepkan ' santai '. tidak terlampau tegas tidak terlampau pedas tidak juga berkonsepkan menindas. tujuan saya menulis entry kali ini adalah untuk membuka ' mata hati ' para mujahadah sekalian bahawa ' cahaya ' itu milik semua. 


cahaya itu milik semua.


cahaya = hijrah.



--


kita semua pelukis.


tapi, tittle pelukis yang kita pegang ada dua.


1. melukis hanya untuk dunya.

2. melukis jalan untuk akhirat.

apa perbezaan dua tittle pelukis ni ya ?

Melukis Hanya Untuk Dunya.


pemadam, pencil,  pencil warna, berus. tanpa semua peralatan ni,  sebuah lukisan takkan wujud. And lukisan yang terhasil pulak sama ada atas keinginan diri sendiri tak pun mengikut kehendak pelanggan. then, lukisan yang dah siap dijual dan kita akan dapat hasil yang agak lumayan. 



tapi.


Melukis Jalan Untuk Akhirat.



pelukis yang melukis jalan untuk akhirat pun ada peralatan dan hasilnya. tapi, sebelum saya huraikan peralatan dan hasil saya nak terangkan dulu definisi sebenar MJUA ni and kenapa pentingnya melukis jalan untuk akhirat ni then syarat-syarat dia.


apa maksud sebenar MJUA ni ya ?


let's see.


Maksud MJUA.


melukis jalan akhirat bukan bermakna kita kena melukis bentuk rupa jalan time kita di 'sana' nanti. tidak. tapi, apa yang saya nak para mujahadah fahamkan adalah cara kita menentukan diri kita ni kemana pada akhirnya. sama ada ke syurga atau pun sebaliknya.


apa kaitannya dengan pelukis ?


kita semua pelukis. kita pelukis untuk menentukan jalan and lorong mana yang kita nak pilih.


sama ada lorong yang kita pilih itu :


lorong yang penuh dengan Rahmat Allah.


atau


lorong yang penuh dengan murka Allah.


kita ada pilihan untuk melukis corak kehidupan kita.


sama ada kita nak :


kita nak bersusah dahulu bersenang lenang kemudian 


or 


kita nak berseronok dahulu bersusah payah kemudian.


see ? 


pilihan terletak pada kita. sama ada nak lukis plot kehidupan kita yang pada endingnya kita bahagia atau pun sengsara.



kenapa penting ?


jawapannya hanya satu.


sebab ia penentu arah kita di 'sana' nanti.


now, let's move on pada syarat-syaratnya.


1. berkeinginan untuk berubah.


2. berusaha untuk berubah.


3. cuba sedaya upaya untuk istiqamah.


4. nak gapai Rahmat dan Redha Allah.


and berita baik untuk para muja


now, saya nak fokuskan pada peralatan-peralatan yang diperlukan untuk MJUA.


peralatan untuk MJUA hanya ada 5. yang bestnya semua peralatan ni tak perlukan duit. kita hanya perlu cari.


1. usaha.

2. ilmu
3. sabar.
4. tabah.
5. ikhlas.

saya akan kupas satu persatu daripada semua kelima-lima peralatan ni.


1. usaha.


kenapa pentingnya usaha ni ya ?


sebelum saya kupas lebih dalam saya nak kita semua hadam baik baik kenyataan kehidupan kita kat dunia ni. imbas balik setiap episod cerita kehidupan kita. sedar tak sepanjang anjuran nafas kita ni kita tak pernah dapat something yang kita nak tanpa usaha.


saya bagi contoh.


contoh paling simple :


time tu baru balik merentas desa. penat masih ada. tetiba pulak perut kita berbunyi mintak diisi. lapar nak matey then tiba tiba ummi ketuk pintu ajak makan kat bawah.


" adik, jom turun makan ? "


time tu kita usaha nak bangun katil even kita penat then turun bawah dan dan pulak rumah bertangga lagi terasa malas tu makin tinggi, tapi disebabkan kita lapar kita usaha jugak turun untuk makan.


dalam tak sedar. kita kekenyangan.


cuba bayangkan. kalau tak ada usaha nak turun makan, agak agak perut kita kenyang tak ? 


see ?


semuanya kena ada usaha.


same like us. 


nak masuk syurga perlukan usaha. bukan hanya pada kata kata. jika benar inginkan syurgaNya. buktikan.


jangan biarkan hati terdetik nak ke syurga tapi amalan untuk ke sana tak ada.


jangan.


jangan biarkan angan angan kita sekadar angan angan. semua orang nak syurga tapi, tak semua orang usaha sungguh sungguh untuk ke sana.


bibir mungkin boleh tipu akal kita. tapi, hati kita lebih kenal macam mana sikap kita yang sebenar. banyak mana level usaha yang kita kumpul. 


saya ulang.


usaha kena ada bukan sekadar mainan bicara.


jika benar hati dan jasad kita benar benar dambakan syurgaNya buktikan dengan usaha.



2. ilmu.


usaha dah ada tapi ilmu tak ada umpama kita beriya riya nak bawak kereta tapi ilmu untuk bawak kereta tu tak ada.


agak agak lah en kereta tu gerak tak ?


same like this life.


untuk kejar redha Allah kita kena ada ilmu.


kenapa kena ada ilmu ?


sebab, dengan adanya ilmu kita dapat tahu apa yang Allah larang and apa yang Allah suruh and dengan adanya ilmu kita dapat halang diri kita daripada buat apa yang Allah murka and in the same time kita dapat buka hati kita untuk buat apa yang Allah suka. 


3. Sabar.


sabar 

sabar
sabar

mungkin bagi sesetengah orang dia akan rasa sabar ni payah. nak jadi orang yang penyabar ni susah.


ya. saya akui.


nak bersabar memang susah.


tapi, dalam hidup kita kalau tak ada kesabaran dalam menghadapi dugaan macam mana dengan hari hari yang seterusnya ?


bila kita sabar, dalam tak sedar hati kita akan redha.


redha bahawa ujian itu tanda Dia chenta. tanda Dia sayang. tanda Dia kasih akan hambaNya.


4 tabah.


siapa yang tak pernah rebah bila kena tolak dengan cik futur kan ?


siapa yang tak pernah rasa nak menangis bila rasa futur kan ?


siapa yang tak pernah rasa sedih ?


siapa yang tak pernah rasa sakit hati, kecewa and else ?


semua orang pernah rasa.


sedih.

kecewa.
lifeless.
heartless.
rasa kosong.
menangis.

ya, hanya satu pengubat untuk semua perasaan ni. yakni berbalik pada Dia. turn to Him. 


tipulah kalau kita mengaku kita 24/7 days dalam life kita ni kita sentiasa tabah. akan ada satu masa kita dah tak setabah macam selalu. kita akan rasa nak menangis. 


hati kita start merintih.


'' aku tak kuat.. aku tak mampu.. "


akan sampai satu masa kita akan rasa dah penat sangat sangat. kan ?


tapi, sampai bila nak biarkan cik futur hempap kita en ?


yakin, seberat berat ujian Tuhan pada hambaNya bukan untuk menyiksa hambaNya. sebaliknya, Dia nak kita tahu, hanya Dia lah yang Maha Berkuasa.


Dia Maha mendegar lagi dekat.


Dia sentiasa ada.  


mintak pada Dia kekuatan. sungguh, Dia Maha Perkasa.



5. ikhlas.


tanpa ikhlas lukisan kita akan cacat.


ruginya orang yang tak letakkan ikhlas sebagai kunci dalam ibadat.


banyak mana pun amalan yang kita buat tapi kalau keikhlasan kita tak ada umpama kita isi air dalam baldi yang berlobang lobang. 


penat kita dapat. tapi, ganjaran kita tak dapat.


pentingnya ikhlas ni sebab tanpa ikhlas kita takkan dapat ganjaran.


yakni, ganjaran pahala.



--


baik perancangan pelukis baiklah bentuk lukisan. buruk perancangan pelukis teruklah hasil lukisan.


kita penentu pemilihan jalan.


kita ada pilihan. dan kita masih ada peluang untuk buat pilihan.


ingatlah, Allah berfirman :



Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (QS. Al Hujurat: 13)




--



kita semua pelukis. tapi yang membezakan kita semua adalah sama ada kita pelukis yang melukis jalan untuk akhiratnya dengan baik ataupun tidak.



by : Asy.