Friday 4 December 2015

التمتع بالهدوء











Assalamualaikum, 


Bismillah =)

ma ma'na التمتع بالهدوء  ?

Cik Mujahadah semua boleh tau apa makna ayat yang kat atas ni lepas dah habis baca entry. apa keistimewanya ayat ni sampai saya terdetik nak jadikan ayat ni sebagai tajuk untuk entry kali ni ?

* untuk Cik Mujahadahs yang belajar bahasa arab mungkin dah tahu *


--

Hari ini, penulisan yang akan saya bentangkan agak santai.

sebelum kita start pada point sebenar. Saya nak Para Mujahadahs sekalian menjawab beberapa soalan yang akan saya lontarkan di bawah ini.

tapi, ada syaratnya.

Saya nak yang jawab persoalan-persoalan ini Cik hati bukan Puan Nafsu or Mak Cik Ego.

--

1. Bila kali terakhir hati kita rasa seronok beribadah pada Pencipta ?
2. Bila kali terakhir hati kita rasa rindu pada Dia ?
3. Bila kali terakhir hati kita rasa tenang bila berzikir ?
4. Bila kali terakhir hati kita merintih memohon keampunan kepadaNya ?
5. Bila kali terakhir hati kita bergetar time baca kalamNya ?
6. Bila kali terakhir hati kita rasa hubungan kita dengan Dia makin dekat ?

*Para Mujahadahs sekalian jangan risau, sebab masa yang diperlukan untuk menjawab persoalan di atas adalah bebas. Saya tidak menghadkan masa. Tapi, satu permintaan daripada saya tolong buka ( tingkap iman ) untuk bertanya khabar iman masing-masing*

--

Tak kira, alam maya mahupun alam nyata orang yang mai tanya saya ataupun mungkin Cik Mujahadahs sekalian jugak pernah ditanya mengenai  HOW TO FIND MRS CALM ?

"Asyh, How can I make my heart feel calm ?."

Yeah. and i answer.

Allah said that by remembering Him, our heart will feel calm. =)

'' kalau nak ketenangan, kegembiraan, keseronokkan just mintak pada pemilik kedai kebahagian yakni Allah s.w.t. "

' kedai kebahagian ? wujud ke Asyh ? '

* angguk *

kedai bahagia ni dibukak setiap hari 5 kali sehari. apa dia ya ?

solat fardhu. 

1. subuh 

2. zuhur

3. asar

4. maghrib

5. isya'

--

Sebenarnya cabang kegembiraan yang asli hadir daripada ketenangan. bukti ? 

A

Si ibu menangis sebab anaknya demam panas. 

menangis = sedih

sedih = tak tenang

B

Si ibu tersenyum gembira melihat anaknya berjaya menggapai cita-citanya

senyum = bahagia

bahagia = tenang


situasi A kenapa ibu tu menangis ? sebab jiwanya tak tenang bila tengok anak yang sakit.

situasi B kenapa ibu tu tersenyum ? sebab jiwanya tenang kerana berjaya mendidik anaknya sehingga berjaya.

kalau sedih kita dalam keadaan tenang ke ? tak en.

Tapi, kalau tenang automatik kita akan rasa bahagia, aman, seronok.

nak bukti lagi ?

contohlah. kita tengah jog dengan kawan kat taman then ada anjing kejar tapi kita sempat nyorok kawan kita tak, time tu apa yang kita rasa ? rasa rileks, selamat, tenang. tapi, kawan yang kena kejar anjing tu apa yang dia rasa ? takut, gelisah, nak nangis mungkin (?)


--


so, terbuktilah bahagia, seronok, ketawa, gembira semua datang daripada satu rasa iaitu ketenangan.

Tapi, ramai yang bahagia masih tak tenang. 

' ha ? macam mana tu ? tak faham. '

okaylah, saya nak tanya. Bahagia tak ada rumah besar ? kereta cantik ? makanan yang sedap-sedap ?

*jawab dalam hati*

Tapi, time beribadah pada Dia rasa tak ketenangan ? kemanisan ? kebahagian yang super power punya level ?

* jawab dalam hati *

Jadi, Para Mujahadahs sekalian dah faham definisi ketenangan yang saya maksudkan.

iaitu ketengan ketika kita merasakan Dia sentiasa dekat.


--


Allah nyatakan dalam surah Ar-Ra'd ayat 28

" iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Asy-Syahid Syed Qutb ulaskan maksud ayat 28 surah Ar-Ra'd yang beliau nyatakan dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran. 

apa yang Asy-Syahid Syed Qutb tulis ?

Asy-syahid Syed Qutb tulis :

" ayat yang berikut melukiskan gambaran hati orang-orang yang beriman yang amat halus, yang sentiasa berada di dalam suasana tenteram, mesra, senyuman manis dan damai :

' iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram kerana mengingati Allah '


   Yakin mereka merasa tenteram kerana hubungan mereka yang rapat dengan Allah, merasa mesra berada di samping-Nya, dan merasa aman berada di bawah lindunganNya. Mereka merasa tenteram dari kegelisahan, keseorangan dan kebingungan di jalan kerana memahami hikmah Allah menciptakan mereka, hikmah bermulanya hidup di dunia dan berakhirnya di akhirat. Mereka merasa aman tenteram dengan perlindungan Allah dari segala pencerobohan, segala kemudaratan dan segala kejahatan kecuali apa yang dikehendaki Allah, serta mereka bersikap redha menerima ujian Allah dan bersabar dalam menghadapi kesusahan. mereka berasa tenteram dengan rahmat Allah yang mengurniakan hidayah, rezeki dan perlindungan di dunia dan akhirat.


' ingatlah, hanya dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia. '

Ketenteraman dengan mengingati Allah yang wujud di dalam hati orang-orang yang beriman itu merupakan satu hakikat yang mendalam, yang diketahui oleh mereka yang menikmati kemanisan iman di dalam hati mereka dan membuat mereka sentiasa berhubung dengan Allah. "


--



Hari ini.

kita berzikir, bila orang suruh zikir.
kita tak faham, dan hayati makna zikir.

kita solat, bila orang suruh solat.
kita tak nak cuba khusyukkan diri kita time solat.

kita pulun habis baca al-quran, bila time bulan Ramadhan
kita tak cuba nak tunaikan hak-hak terhadap al-quran.

kita lebih utamakan dunia.
akhirat dan chenta Dia kita tolak tepi.

kita lupa berdoa pada Dia after solat
sebab asyik dengan media massa dekat handset.

kita lebih suka telaah novel, majalah k-pop.
namun, hakikatnya kalamullah Dia kita langsung tak baca.


that's why kita susah nak cari MRS CALM dalam HATI kita.


muhasabah diri dan semak balik amalan-amalan kita. cuba sehabis baik untuk tinggalkan virus yang boleh menyebabkan jarak kita dengan Dia makin jauh.

--

' Eleh, aku kalau stress makan je, pastu stress aku hilang '

' aku kalau tension aku g taman. tenang je weh '

' aku kalau dah parah sangat aku tidur je '

okay, then ? 

lepas makan esok harinya still rasa tenang ? 
lepas pergi taman esok harinya still tenang ?
lepas tidur terus semua problem terbang ?

Sekejapnya jangka masa ketenangan yang hang ada ?

Kita nak ketenangan ni everytime, everywhere. Kita nak ketenangan ni datang direct time kita perlukan dia tak kiralah time tu kita keseorangan ataupun dikelilingi berbillion-billion manusia.


' Bila kita percaya, kita akan tenang. '

Percaya apa ? 

" sesungguhnya Allah s.w.t berkuasa atas segala sesuatu "

macam mana nak percaya ?

Mantapkan lagi keimanan kita pada Dia.

macam mana nak mantapkan keimanan kita pada Dia ?

Jaga hubungan kita dengan Dia.


bila hubungan Dia dengan kita dah erat. kita akan yakin dan akan sentiasa tenang walaupun ujian datang menyinggah. sebab kita yakin, Dia berkuasa atas segala sesuatu dan kita yakin ujian itu adalah mesej rindu dari Dia dan kita yakin yang ujian itu sebagai ubat untuk kita kekal kuat untuk hari yang mendatang.


jawapannya, ketenangan itu sentiasa ada untuk mereka yang percaya dan menjaga.


--

aku cemburu Ya Rabb
cemburu melihat tawa mereka
cemburu melihat senyuman manis mereka
aku cemburu melihat manisan sabar mereka

aku malu Ya Rabb
kau ulang berkali-kali dalam kalamMu.
sesungguhnya engkau sentiasa dekat dengan HambaMu.
tapi sebaliknya aku berpulun habis menjauhkan jarakku dengan Mu.

aku seperti insan yang kehausan
aku hanya meminta ketika aku dalam kesusahan.
aku hanya meminta ketika aku diuji mehna kefuturan.
ya, aku hamba yang hanya mengingatiMu bilamana aku diuji dugaan.

Ya Rabb.
kini ku sedar,
akar kebahagian itu datangnya dari ketenangan yang kau lempar.
kini ku sedar,
Makna Khalifah yang sebenar.


Salam Sayang, Asyh.