Monday 30 May 2016

Luahan Si Pendosa

Monolog Hati.

--

hanya luahan hati.
yang aku rungkai dalam bentuk aksara.

mengenai luahan rasa yang terpendam lama.
aku nukilkan bicara.

aku wakilkan diri untuk mereka.
aku ingin mereka tahu.

bahawa, 
aku juga 'pendosa.'

dan,

aku mahu mereka tahu.
bahawa, 
mereka juga berpeluang untuk merasa.
betapa manisnya dichentai dan menchentai.
betapa manisnya chenta hamba buat Ilahi.

sungguh, masih ada harapan untuk kita semua (pendosa).

sungguh, masih ada jalan untuk menggapai Redha dan ChentaNya.

hanya tinggal kita.
yang harus berusah berpuluh kali ganda untuk mencari.
dan, terus mencari. 


--

*saya tak gunakan kau aku untuk entry ni, sebab ianya berkaitan dengan hati.*

k tak ada kena mengena. haha haha.

--

nak tahu tak. ? dalam hidup ni, kita semua ada kisah tersendiri. ada rentetan kisah yang tersendiri.

ada orang, Allah dah memang tetapkan yang dia terpaksa redah jahiliah dulu sebelum hijrah.

ada orang, mula mula fasa kehidupan dia hijrah, tapi pada akhir nafasnya kufur.

saya, anda malah mereka. ya, kita semua. sama.

sama sama pegang tittle pendosa.

saya tahu, dan saya yakin. semua orang tertarik untuk jadi baik. semua orang terasa dan teringin nak hafaz 30 juzuk al Quran, semua orang teringin nak mati syahid, semua orang teringin nak jadi soleh au solehah, semua orang teringin nak masuk jannah.

ya, saya yakin. semua orang pernah terdetik pada hati. ' aku nak berubah.. '

saya tahu, yang diluar sana mesti ada yang sedang berjuang untuk berhijrah. nasihat saya, teruskan. teruskan melangkah ke arah jalan yang diredhai Tuhan. 

jatuh ?

bangkit.

terulang dosa yang dulu ?

taubat.

dikritik oleh masyarakat ?

sabar dan senyum.

yakinlah, Allah ada sentiasa dengan kita. Allah yang nilai usaha kita macam mana, Allah lebih tahu dan sebaik baik penilai adalah Allah. abaikan tohmahan manusia.

kadang tu bukannya apa, mungkin mereka tak boleh terima bila tengok perubahan drastik kita. antara salah satu cara mereka nak kembalikan kita kepada diri kita yang jahil dulu adalah dengan mengkritik, menjatuhkan kita, memaki kita. 

mereka buat macam tu sebab mereka tahu, yang kita tak mampu nak tahan telinga daripada dengar orang mengutuk kita macam macam. and, akhirnya kita buat keputusan untuk tutup pintu hijrah dan kembali menjadi jahil.

pesanan saya cuma satu, sabar.

saya tahu, tak mudah. saya tahu hijrah ni susah. saya pernah rasa. jatuh, bangkit, perit dan sakitnya bila nak tinggalkan cik jahiliah.

saya pernah rasa.


--

seusai tazkirah dhuha.

" Kak Sya, saya nak berubah.. "

si naqibah mendiamkan diri, si naqibah memberi peluang untuk anak usrahnya meluahkan segala yang ingin diluah.

" tapi, saya takut.. saya banyak dosa.. banyak sangat sangat. kalau Allah tak ampunkan saya macam mana.? saya tak nak masuk neraka.. "

si naqibah tersenyum.

" kalau Allah boleh ampunkan dosa saidina umar yang dulunya tegas menentang islam, inikan pulak awak yang lahir lahir terus islam ? "

dia tunduk. kainnya basah dengan air mata. 

si naqibah menyambung bicaranya.

" awak nak tahu tak ? ada satu hadith daripada riwayat muslim. Rasulullah bersabda, bahawa Allah berfirman : " aku sesuai dengan prasangka hamba ku terhadap aku, dan aku selalu bersamanya ketika dia mengingati aku. apabila dia mengingati aku dalam dirinya, aku mengingatinya dalam diri ku. apabila dia mengingati aku dalam satu jemaah manusia, aku mengingatinya dalam satu kumpulan mahluk yang lebih baik dari mereka. apabila dia mendekati aku sejengkal, maka aku mendekatinya sehasta. apabila dia mendekati ku sehasta, aku akan mendekatinya sedepa. dan, apabila dia datang kepada ku dengan berjalan, maka aku akan datang kepadanya dengan berlari. sweet kan Allah dengan kita yang nak berubah ni ? "

kepalanya masih ditundukkan. makin deras air matanya mengalir.

" Allah baik sangat kak... saya ni je yang teruk.. tak pernah hargai kasih sayang Allah.. sayang ke Allah kat saya lepas saya abaikan Allah ? "

si naqibah memujuk lembut.

" Shh, hey, jangan macam ni. nak tahu tak, sekarang ni pun Allah tengah limpahkan kasih sayangNya kat awak tau. "

dia mengangkat kepala.

" mana akak tahu ? "

si naqibah menggenggam tangannya erat. sebuah senyuman yang paling macho si naqibah ni bagi kat anak usrah dia.  erk, k.

" tanda Allah sayang, Allah akan kurniakan hidayah kepada hambaNya supaya hambaNya usaha sehabis mungkin untuk ke jannahNya. samalah macam sekarang, awak menangis bila kenangkan dosa awak, awak rasa bersalah, awak takut neraka, inilah hidayah. Allah jentik hati awak untuk berubah jadi lebih baik. "

dia terus peluk si naqibah sambil menangis teresak esak.

si naqibah berkata perlahan sambil menepuk perlahan belakang badan anak usrahnya."Allah sayangkan awak, Allah nak awak masuk syurgaNya." 


--

bukan semua orang lahir lahir terus jadi solehah dan soleh.
bukan semua orang lahir lahir terus fasih baca al quran.
bukan semua orang lahir lahir terus tahu, mana yang haram mana yang halal.
bukan semua.

ada yang diantara kita, tak tahu ikhtilat tu apa.
ada yang diantara kita, tak tahu solat tu macam mana.

semua orang layak berkenalan dengan cik hijrah. semua orang layak untuk berubah. tinggal pada diri kita, hendak atau pun tak hendak.

pilihan untuk berubah tu ada, cuma kekuatan yang masih tak ada.

untuk para muslimat yang sedang mencari kekuatan dan sokongan untuk berhijrah boleh hantar email kepada saya : sitiaisyahahmadzuhri@gmail.com

In Shaa Allah, saya akan cuba bantu mana yang saya mampu.

saya tahu, ada yang di sini hatinya dah tercuit untuk berubah, tapi selalu sangat rebah bila dicuit oleh nafsu dan iblis. 

usaha, jangan berhenti usaha. yakinlah, Allah nilai semua usaha kita ni.

Moga Allah redha. :)



--



okay, sebagai penambahan saya letakkan lirik nasyid kumpulan rabithah. bolehlah nyanyi sambil menghayati. 


--

Allah, entah sampai bila ?
ku diulit gelisah.
diriku seakan rebah.
bagai tiada arah.

Allah, aku mengakui.
aku hamba hina.
penuh dengan dosa.
namun sampai bila ?

Allah ku ingin berubah.
namun amat payah.
kurniakan hidayah.
Allah engkau tahu.
betapa seksanya.
tika ku berdosa.
diulit resah gelisah

oh, aku pernah cuba.
namun tak berjaya.
ku masih ulangi.
dosa dosa ku lagi.

Allah, entah sampai bila ?
ku rebah bangkit rebah bangkit.
ku ingin bangkit selamanya.
tiada lagi rebah.

Allah ku ingin berubah.
namun amat payah.
kurniakan hidayah.
Allah engkau tahu.
di sudut hati ku.
ku cinta dirimu.
hatiku rindu padamu.

aku tidak tenang.
selagi ku tak berlinang.
air mata keinsafan..