Tuesday 15 March 2016

Who we are ?






Assalamualaikum.



بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


اَللّٰهُمّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد. 

entry kali ini adalah pesanan khas buat para pendakwah.

--


" alah ! kau setakat tudung labuh tapi couple tak payah lah weh ! buat malu agama je."

" Ikhtilat tak jaga, ada hati nak jadi imam subuh ? "

" heh. buatlah lagi, kau kan memang tak sabar nak masuk neraka."

" sekolah maahad tapi perangai macam banduan. heh. "

" kak oii, kalau setakat tudung je labuh tapi stokin tak pakai tak guna."

  

--


kritik sana. kritik sini. kutuk sana. kutuk sini. bash sana. bash sini. tak habis habis cari kekurangan pada manusia. nampak orang tudung labuh tapi gelak sakan dengan ajnabi terus label dia perosak agama, dia pemusnah imej agama.

bukak mata hati kita. sampai bila nak teruskan mengkritik tapi usaha kita dalam menegur dengan cara baik tak ada ?

dalam sudut hati, tak henti henti mengata dia ni si pendosa dia ni tak layak masuk syurga. terlampau rasa diri dah cukup heybat sampai mampu nilai dia pendosa dia ahli neraka. ketuk hati kita dan sedar siapa kita yang sebenar. kita hanya hamba. tugas kita menegur dan membimbing mad'u untuk terus kuat dalam medan penghijrahan tugas kita bukan menghalang langkah mereka untuk berubah.

mana hilangnya sikap ihsan kita ?
mana hilangnya sikap husnudzhon kita ?

bersangka baik dalam semua perkara.

nampak orang buat kemungkaran. jangan terus hentam dia dengan cacian, makian, herdikan, kutukan. sebaliknya, tegur dengan beradab. 

husnudzhon. 

tak semestinya dia bertudung labuh dia suci tanpa dosa. tak semestinya berkopiah sentiasa dia tak pernah buat dosa.

ada orang dia tak tahu ikhtilat tu apa.
ada orang nak berubah, tapi dipertengahan perjuangan dia kalah.
ada orang teringin nak berislah, tapi disebabkan dicaci dan dimaki macam dia tak ada hati then, dia stopkan niat dia untuk berubah.

kita lahir lahir bukan terus pandai membaca, mengira, menulis, mengeja. mesti ada guru dan pembimbing untuk bantu kita.

same like us. 

kita sebagai daei kena faham makna membimbing bukan gunakan tittle pendakwah untuk hentam mad'u yang baru nak berubah.

ada kita tahu kepayahan yang dia kena tempuh time dia berhijrah ? ada kita rasa pengorbanan jiwa yang terpaksa dia korbankan untuk kejar ChentaNya ?

kita tak tahu. kita tak rasa.

para pendakwah sekalian, kita kena faham. bukan semua manusia lahir lahir terus baik, lahir lahir terus jadi anak yang soleh au solehah, terus pandai jaga aurat and ikhtilat.

setiap manusia ada plot cerita masing masing. lihat diri kita pada hari ini. ya, kita berjaya lalui fasa kepayahan, keperitan, kesakitan time proses penghijrahan. jika dulu kita tak lekang bermanja dengan kemungkaran, kini kita lebih gemar bermanja dengan kebaikan. jika dulu, kita hamba kepada Dunia. kini, kita abdikan diri kita sepenuhnya pada pencipta.

kita dapat rasa nikmatnya ChentaNya. kita dapat rasa betapa manisnya kasihNya.


tapi, lihat pada mereka. mereka masih terkapai kapai mencari cahaya. jadi, itu tanggungjawab kita sebagai pendakwah untuk bantu mereka cari cahaya tu. kita sepatutnya bantu mereka untuk istiqamah dalam mencari cahaya bukan menjadi tembok besar yang menghalang langkah kaki mereka untuk berhijrah.


sungguh. siapa yang menghalang manusia untuk mencari redhaNya adalah manusia yang kejam. 

why ?

sebab, teguran secara cacian, makian, sindiran bukan memotivatekan mad'u untuk lebih dekat dengan Dia dengan cara berhijrah. tapi, penggunaan dakwah yang berkonsepkan kekasaran akan membekukan hati mad'u untuk terima islam dalam kehidupan mereka. cara secara sindiran akan buatkan hati mad'u hilang daya tarikan untuk berhijrah.

Hati yang keras bila kita tegur dengan kekerasan like Cacian, makian, kutukan, amokkan, and semburan yang pedas kita bukan melembutkan hati mereka untuk kenal makna hijrah, malah akan mengeraskan lagi hati yang keras menjadi hati keras kuasa 2. sampaikan mereka tak nak ambil tahu langsung kemanisan hijrah dalam mengabdikan diri pada Tuhan. 

semua manusia diberi pilihan untuk berubah. 

jangan kita halang langkah mereka untuk berubah. bimbing dengan sebaik baik bimbingan. jangan pulaukan mereka dengan kutukan.

bantu mereka untuk kenal siapa Dia ? bantu mereka untuk pupuk rasa chenta pada pencipta. membimbing lebih baik daripada menghalang.

pilihan pada kita.

nak membimbing atau menjadi penghalang ?


kejamnya kita bila tak hulurkan tangan untuk bantu mereka mencari ' cahaya ' sebaliknya kita tolak mereka dan tutup mata hati mereka untuk mencari ' cahaya '.

ya, kejam.

ubah cara kita dalam berdakwah. jangan jadikan sindiran sebagai satu satunya cara untuk mengislah ummah.

islam ajar kita cara dakwah dengan beradab bukan biadab.

jangan salah gunakan tittle pendakwah.

tugas kita membantu bukan menjatuhkan.

moga Allah bantu kita untuk sama sama mengubah diri kita dan ummah.

moga Allah Redha :)


by : Asy.




No comments: