Wednesday 29 November 2017

Nasihat Ustaz.


bismillah, allahumma solli ala muhammad.

Assalamualaikum semua. hehe, in shaa Allah hari saya akan kongsikan sedikit ilmu yang ustaz saya sampaikan pada akhir persekolahan 2017. Alhamdulillah, spm dah pun habis huhu. terima kasih untuk kalian yang mendoakan saya dalam keadaan saya tahu atau pun tidak, terima kasih. Semoga Allah rahmati kalian. :)

baiklah, hari ni saya akan kongsikan apa yang ustaz sampaikan pada hari jumaat terakhir di sekolah, huhu. 

tajuk besarnya adalah ilmu.

serius saya cakap, sebelum ni masa saya duduk dan dengar nasihat ustaz, saya tak pernah sefokus macam hari jumaat last tu. sebab selama ni, kadang kadang tengah ustaz bagi tazkirah, kawan sibuk nak tanya pasal homework and else huhu. Alhamdulillah, Allah rezekikan telinga saya, mata saya, tubuh badan saya dan paling penting, hati saya untuk duduk dan dengar apa yang ustaz cakap. masa hari tu, apa kawan tanya pun saya tak layan, mata fokus tengok ustaz. 

mula-mula ustaz beri salam macam biasa, dan ustaz mulakan tazkirah dengan satu ayat, saya tak pasti sama ada itu adalah ayat Al-Quran atau pun doa, ustaz baca serangkap dalam bahasa arab, dan ustaz translate, kemudian rangkap seterusnya pulak. 

jujur saya katakan, saya tak boleh lupa perasaan saya waktu dengar ustaz translate doa atau ayat yang ustaz baca. saya terus rasa macam, "sebaik ni Allah kat aku selama ni, tapi aku nak taat kat Allah walaupun sehari pun susah, ada je dosa aku buat."

selepas tu, ustaz mulakan dengan tazkirah mengenai ilmu.

saya tersentap lagi sekali bila dengar ustaz cakap, "kita sepatutnya bersyukur dipilih oleh Allah untuk berada dalam majlis ilmu. duduk dalam majlis ilmu di bawah sayap malaikat. tempat lain tak jumpa."

saya hadam ayat ni, saya tengok lantai sekolah, dalam hati saya cakap "lepas ni tak rasa dah macam ni."

dalam perkongsian ni, ustaz ada cerita tentang perbezaan ilmu dan sijil. orang ada ilmu, nilai diri dia tinggi, tapi sijil hanya perantaraan.

orang yang alim, akan dikejar. orang tak alim, tak di cari.

ada satu soalan ustaz tanya secara umum, "apa balasan orang yang berzina?"

kami dari belakang pun jawab, " sebat 100 kali untuk belum kawen dan rejam sampai mati untuk yang dah kawen."

ustaz pun cakap, " ini jawapan orang yang ada ilmu. cuba tanya orang yang tak ada ilmu?. dulu saya mengajar di sabah. kawan saya buat soalan periksa, lepas tu tanda kertas sorang pelajar ni. dia jawab jugak soalan apa hukuman orang berzina, jawapan dia apa?. rejam dengan air panas. "

masa dengar jawapan ustaz, ramai yang gelak. tapi inilah hakikat, orang yang tiada ilmu tiada isinya. saya tahu, lawak yang ustaz bawa memang kena sampai hati. lawak lawak jugak tapi siapa faham isi sebalik lawak tu, nak gelak pun tak jadi sebab tersentap. yelah, kita kenal diri kita, kita tahu penguasaan ilmu kita di sekolah macam mana, if kita gelak umpama kita gelakkan diri kita yang turut sama tiada ilmu dalam bidang lain.

ustaz tanya, " 2x2 berapa?"

dalam hati saya jawab, "4" 

tahu ustaz kata apa? "2x2=8. betul ke salah?"

ustaz : " kalau kita ada ilmu, kita tak akan senang senang percaya. betul?."

ustaz ada juga sentuh, orang yang berilmu ni kita statik je, orang yang berebut nak kan kita. ini kelebihannya. 

orang terkejar kejar kan kita. sebab apa? sebab ilmu kita, kepakaran kita.

14 tahun belajar, tapi tak amalkan ilmu macam pokok tak berbuah.

ustaz pesan "sijil itu buah, ilmu itu pokok. kalau tak ada pokok macam mana nak ada buah?. dari pokok lah kita dapat buah. pokok kalau tak ada gunanya, tak boleh berbuah kita tebang macam pokok kat belakang tu."

orang ada ilmu, campak dekat hutan belentara pun boleh hidup. sebab apa? sebab ada ilmu dalam menguruskan diri dalam hutan macam kita join aktiviti perkemahan kat sekolah tu. 

dan, ustaz ada tambah sikit mengenai ilmu, amal dan singkatnya umur.

ustaz, " ingat tak yang lima perkara?. sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati. "

kawan kawan masih ingat?.

ustaz, " andaikan umur saya sekarang 50 tahun. nabi kata apa?, umur ummat aku dalam 60 tahun hingga 70 tahun. 60 tahun - 50 tahun, lama ke sekejap?. lagi lama waktu muda daripada waktu tua. tapi orang kita tunggu tua baru nak pergi masjid. betul?"

ustaz bacakan satu hadith, 

نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيْهِمَا كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ، الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ


maksudnya : " ada dua nikmat yang kebanyakan orang tertipu padanya, iaitu nikmat sihat dan lapang." - hadith imam Al-Bukhari dan At-Tirmidzi 

ustaz, " imam an nawawi sampai tak sempat kawen sebab menuntut ilmu. tengoklah cara beliau bersungguh sungguh menggunakan masa untuk Allah, agama dan ilmu."

lagi sekali saya tersentap. dalam hati, "aku kalau banyak masa kat asrama selalunya bukan baca Al-Quran pun, tapi banyak bersembang. ish, teruknya aku ni." 

kawan kawan, saya nak pesan, jangan tunggu kita ada banyak duit baru kita nak bersedekah. jangan tunggu kita sakit, baru nak beribadat. jangan tunggu hujan baru nak angkat kain. kk tetiba haha, sorry. jangan tunggu tua baru nak berjihad untuk agama. 


saya minta maaf atas kekurangan dalam perkongsian kali ini, sekiranya ada apa apa nak komen atau nak kongsi masalah, boleh cari saya by gmail saya yang tertera pada biodata di sebelah kanan anda, just tekan link tu then you can start to chat me. huhu. 

saya doakan semoga kita semua terus dalam hidayah Allah. moga perubahan yang kita buat dalam hidup, diterima oleh Allah. terima kasih kerana luang kan masa membaca post saya kali ni. 

No comments: